Jika anda adalah Polis tersebut adakah anda akan menembak remaja tersebut?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Polis hanya boleh tembak untuk pertahan diri – Musa

KUALA LUMPUR – Polis hanya boleh melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Mengulas kematian Aminulrasyid Amzah, 15, yang dilaporkan ditembak oleh polis di Shah Alam Isnin lepas, Musa berkata, beliau tidak hendak membuat spekulasi, tetapi tembakan itu berlaku pada 2 pagi dan kereta yang dinaiki remaja itu dipandu dengan cara yang mencurigakan.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapat pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

Dan jikalau saya berada di tempat polis tersebut saya juga kemungkinan akan bertindak sama dan saya semestinya menjangkakan pemandu tersebut adalah orang dewasa. pengeRindu

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di sini hari ini.

Musa berkata, sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata... senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguat kuasa,” kata beliau.

Bayangkan bila anda mengejar suspek yang tidak dipastikan samaada membawa senjata atau tidak tambahan pula suspek membawa dan cuba melarikan diri daripada Polis tiba - tiba berundur sehingga cuba merempuh anda dan mungkin anda juga akan melepaskan tembakan. pengeRindu.

Jadi pada pendapat pengerindu, Polis tersebut tidak boleh dipersalahkan dan dalam situasi tersebut banyak perkara perlu diperincikan dan nasihat pengerindu awasilah anak anda walau kemana jua pergi.


Salam ceria ,
Subscribe
untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

6 comments:

Whoopz berkata...

Ape cerita sebenarnya? Betol ke arwah reverse keta nak langgar polis?
'with great power.. come great responsibility..'

Polis juga manusia.. Mungkin kali ni diorg ter.. Silap..
Kesilapan yg mengorbankan nyawa.. Ishk..

arif othman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

jgn main ckp je kwn...

fakta sebenar kes:
1) kereta bdk 15thn memecut laju bila mlihat kereta polis
2) polis memberi arahan bhenti tp bdk 2 memecut jgak (polis xleh mmintas kereta bdk 2 sbb jln sempit)
3) polis menembak tayar belakang kereta bdk 2 & tbabas & bhenti
4) polis keluar dr kereta & menuju ke kereta bdk 2
5) bdk 2 tetibe mengundur dgn laju kereta
6) polis melepaskn tembakan kedua ke arah kereta (kebetulan pulak kena kepala bdk 2)

berdasar fakta2 di atas...ape anda akan lakukan sekiranya anda polis 2?

renung-renungkanlah...

Tanpa Nama berkata...

ya,....setuju dgn anon di atas... tak boleh salahkan polis gak... apa ke jadahnya budak 15thun memandu kereta mlm2 yang kita tahu bdak 15tahun takkan dpt lesen...

reminder: nobody will tell their parents the truth behind all their activities....that's included that kids...

kadang2....budak2 ni pandai main psikologi gak...dpan mak bapak, pijak semut pun x mati...

anyway, just let the responsible person to investigate it.... we can't really speculate anything on this case

Bukan Eciz berkata...

tak perlu salahkan polis semata2. dan budak tu jua. ajal maut sudah ditentukan. dan cara kematiannya juga sudah ditentukan. senang kan ulasan saya? ;D redha

NISECA suka merapu

MCM berkata...

emmm....no komen...baru nak komen tadi supaya polis tu supaya tembak tayar dia dulu, Anon tu kata polis dah tembak tayarnya, dan ia terbabas...polis keluar nak pegi situ, budak tu pulak gostan laju nak langgar itu pulis, so pulis tu jaga keselamatan dia, tembak itu pemandu, al-kebetulan memang steady jugak itu polik membidik kena kepala itu budak, so mati la budak tu...so amacam?

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©