Gam disangka Jeli - Awasi pemakanan anak anda

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

ALOR SETAR - Gurauan maut. Demikian nasib seorang murid tahun tiga, Norawatif Azalela, 9, pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di sini apabila dia mati dipercayai termakan gam yang diletakkan dalam bekas jeli semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik dikatakan pengsan di dalam kelas selepas memakan gam tersebut yang disangka jeli.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Poliklinik Simpang Kuala namun dia disahkan meninggal dunia di poliklinik pada pukul 5 petang.

http://graeme.woaf.net/otherbits/jellypics/jelly_set.jpg

sekadar gambar hiasan.

Cerita bapa saudara mangsa, Rosli Ahmad, 40, mangsa didakwa mati selepas dia memakan gam yang diletakkan dalam bekas jeli oleh rakan-rakan sekelasnya dengan niat untuk bergurau.

"Rakan-rakan Norawatif mendakwa mereka mahu bergurau dengan memasukkan gam yang digunakan untuk menampal buku ke dalam bekas jeli.

"Namun selepas makan gam yang disangka mangsa sebagai jeli, Norawatif pengsan," kata Rosli ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar semalam.

Katanya, guru yang mengetahui kejadian itu telah membawa mangsa ke surau sekolah sebelum dihantar ke poliklinik.

Bagaimanapun, jelas Rosli, anak saudara gagal diselamatkan dan mayatnya dihantar ke HSB.

Rosli memberitahu, mangsa mempunyai penyakit asma namun buat masa ini, punca kematian sebenar Norawatif belum diketahui.

Sehari sebelum kematiannya, menurut Rosli, mangsa memaklumkan dia tidak mahu ke sekolah kerana berasa tidak sihat.

"Namun dia pergi juga ke sekolah hari ini (semalam) dan sekolah mangsa hanya terletak di hadapan rumah mangsa," katanya. kosmo



Salam ceria ,
Subscribe
untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASHhttp://wangtsunami.co.cc/
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©