Semangat Tatu pada Badan si Pemenggal Kepala di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sedikit infomasi yang menarik iaitu mengenai ritual bertatu di Sarawak dan sekiranya anda bertandang ke Sarawak jangan terkejut kerana rata - rata tersempak dengan kebanyakkannya bertatu di seluruh badan baik yang muda mahupun yang tua.

Suatu masa dahulu Pulau Borneo sangat digeruni kerana dengan adat " Ngayau " diantara pelbagai suku kaum di Borneo tidak hanya diamalkan di Sarawak malah di Brunei , Sabah dan juga Kalimantan atau lebih tepat lagi Pulau Borneo .

Tetapi itu semua hanyalah cerita lampau yang masih tetap diingati untuk generai sekarang.



KISAH si pemenggal kepala di Sarawak sangat dekat dengan kehidupan artis tatu keturunan Iban, Ernesto Kalum, 39. Walaupun sebahagian besar usianya dihabiskan di bandar raya Kuching, Ernesto tidak pernah lupa asal-usulnya yang bermula di rumah panjang kaum Iban di tebing Sungai Saribas, Betong.

"Saya pernah menyaksikan lelaki tua Iban memiliki tatu di tangan tetapi bilangannya sangat sedikit. Mereka hanya boleh ditemui di penempatan hulu sungai, jauh di pedalaman," kata Ernesto, bekas budak penghantar piza yang kini terkenal di kalangan peminat tatu antarabangsa kerana menggunakan teknik tradisional Iban untuk mencacah tatu.

Suatu ketika dahulu, lelaki Iban akan mencacah tatu berbintik kecil di tangan, dipanggil tegulun, yang menandakan mereka pernah memenggal kepala musuh. Bilangan tatu itu bergantung kepada berapa banyak mangsa yang mereka berjaya bunuh.

Ernesto ialah pengasas dan pemilik kedai tatu, Borneo Headhunters Tattoo & Piercing di Kuching. Walaupun memiliki ijazah undang-undang dari sebuah universiti di Britain, pada tahun 1999 beliau mengembara ke kawasan-kawasan pedalaman di Kapit, Lubok Antu, Layar, Sibu dan Miri untuk bertemu orang-orang lama bagi mengetahui motif, falsafah dan teknik tradisional yang digunakan untuk membuat tatu.

Teknik Kuno


HANYA individu yang berjiwa kental sahaja sanggup mengharungi keperitan paluan jarum halus dan kayu pengetuk untuk mendapatkan tatu bermotif bunga terung ini.

"Ini cara saya mengangkat martabat budaya kaum saya," ungkap Ernesto yang memilih teknik mengetuk yang telah digunakan sejak beratus tahun lalu berbanding mesin sebagai simbolik kecintaannya pada etnik Iban.

Katanya, ada kekuatan spiritual yang terkandung dalam setiap motif tatu orang Iban.

"Kini ekspresi motif tatu tidak lebih kepada satu jenis seni," ujar lulusan Sekolah Undang-Undang Wolverhamptom, England ini.

Menurut Ernesto, teknik membuat tatu secara tradisional itu sebenarnya sudah pupus semasa beliau melakukan kajian.

"Apa yang saya pelajari ini hanya melalui cerita orang lama iaitu secara teori kerana mereka sendiri bukanlah pembuat tatu," katanya.

Teknik tersebut menggunakan sebatang kayu yang berjarum di hujungnya serta pemalu kayu.

"Perlahan-lahan, pemalu kayu tersebut akan diketuk bagi memasukkan dakwat yang berwarna hitam ke dalam kulit pelanggan," jelasnya sambil menunjukkan peralatan tatu tradisional tersebut.

Bagi memastikan kuantiti dakwat yang memasuki kulit adalah sama, latihan berterusan harus dilakukan bagi mendapatkan kesan yang memuaskan.

Jelas Ernesto, teknik lama itu mengalami evolusi selama 150 tahun atau lebih lama dengan rata-ratanya mempunyai motif abstrak dan monotone (mendatar).

Melalui kajian yang dilakukan, Ernesto mendapati motif yang terhasil merupakan kombinasi antara realiti dan mitos yang selari dengan persepsi masyarakat Iban terhadap alam semula jadi.

Penasihat filem


KESABARAN menjadi kunci utama dalam menghasilkan tatu Iban secara tradisional.


"Itulah yang membezakan antara tatu Iban dan tatu moden khususnya dari negara Barat," katanya yang pernah menjadi penasihat tatu dan rekaan dalam filem Sleeping Dictionary yang dibintangi oleh Jessica Alba.

Minat dan usaha Ernesto menaikkan martabat tatu tradisional Iban terbalas apabila beliau memenangi dua anugerah HP Giger dalam kategori Best Tribal Tatoo dan Respect to the Tatoo pada tahun 2000.

Mengimbas kembali pengalaman pertama mencacah tatu, Ernesto ketawa besar sambil berkata: "Huruf S untuk Superman. Tatu itu saya buat sekadar eksperimen dan suka-suka."

Berkongsi cerita, di tubuhnya sendiri terdapat 18 tatu yang setiap satunya mempunyai cerita tersendiri termasuk motif bunga terung di bahu dan naga di lengan kirinya.

Bercerita tentang si pemenggal kepala, jelas Ernesto, bukan sembarangan orang boleh mencacah diri mereka dengan motif tegulun.

Sasaran musuh


FILEM Sleeping Dictionary lakonan Jesica Alba turut menerima sentuhan tatu etnik Iban.

"Banyak implikasinya. Paling tidak, pemilik tatu mengayau (memenggal kepala) sering menjadi sasaran musuh ketika berperang," katanya.

Meskipun begitu, hingga kini, motif lain seperti bunga terung yang bermaksud bejalai (berjalan) masih lagi digunakan oleh golongan muda.

Ungkap Ernesto, motif tersebut melambangkan lelaki yang telah dewasa dan keluar daripada jagaan ibu bapa.

"Sebagai penghargaan dan meraikan keberanian serta kematangan lelaki yang keluar mengembara, tatu tersebut akan dicacah," katanya sambil menunjukkan tatu bunga terung yang terdapat pada bahunya.

Pegawai Pusat Maklumat Warisan, Perkampungan Budaya Sarawak, Stanly Marxpison Leo, berpendapat, meskipun aktiviti memenggal kepala yang cukup sinonim dengan orang Iban telah lama dihentikan, kehebatan pemenggalnya terus diperkatakan sehingga hari ini.

"Salah satu cara ialah dengan mencacah tatu. Walaupun simbol tatu mengayau tidak digunakan, namun mempunyai tatu cukup berkait rapat dengan spiritual mengayau itu sendiri," katanya.

Dalam adat lama orang Iban, kata Leo, setiap ukiran tatu daripada motif tertentu dipercayai akan menjadi lampu ketika kematian.

Jelasnya, lampau atau sedayan yang berpunca daripada tatu di tubuh pemakainya akan menerangi pemiliknya di dalam kubur.

"Justeru, semakin banyak tatu, semakin terang kubur seseorang itu. Sekiranya tiada, maka laluan suci individu itu akan gelap atau tidak akan berjumpa langsung," ujar Leo.

Asap tengkorak


ANTARA peralatan antik mencacah tatu.BAWAH: BIARPUN hanya menggunakan peralatan ringkas,impaknya cukup tinggi pada peminat tatu.

Beliau berkata, mengukir tatu tegulun akan diikuti dengan pelbagai ritual lain. Apa yang pasti, menggantung tengkorak di atas pengasap khas di tengah rumah panjang adalah salah satu ritualnya.

"Mengasap itu juga bertujuan mengawet tengkorak serta menghilang bau busuk di dalam rumah," tambah beliau.

Menggantung dan mengasap tengkorak musuh yang digantung di ruang ruai rumah panjang turut memberi beberapa petanda kepada penghuni rumah itu sendiri.

"Salah satu petanda, mereka telah mencapai kemenangan dalam peperangan yang disertai. Petanda yang lain ialah sebagai cara untuk menamatkan waktu berkabung sekiranya berlaku kematian di rumah panjang," kata lelaki yang mempunyai susur galur pewaris pemburu kepala itu. sumber



Salam ceria ,
Subscribe
untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASHhttp://wangtsunami.co.cc/
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

5 comments:

Darah Campur berkata...

Proud to be a part of Sarawak!

K2r~90 berkata...

mngikut tradisi keluarga,

Korn berkata...

im proud to be IBAN

Unknown berkata...

maioh yang bepantang, semua madah bangga nyadi anak iban.... nya aku setuju.... tp yang aku enda setuju mat2, tubuh jak nyau bekenarau.... tapi dasoh ngajat enda nemu.... apa cerita?? nya kah bangga nyadi anak Iban??

Mr.J berkata...

@simon.

amai munyi kok nuan Simon. enti kelia sigi enda di ajar ke ngajat nya.. ia datai ari ati diri empu secara auto nemu ngajat.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©