Kawin dan Cerai dah perkara biasa untuk Artis Malaysia : Maya Karin & Muhammad Ali Abdullah Sah Bercerai talak satu.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Akhirnya persoalan yang dari dulu memain di minda para wartawan hiburan mengenai spekulasi Maya Karin dan Suaminya naik turun mahkamah telah terjawap sekarang.

Nampaknya artis kahwin dan cerai adalah bukan sesuatu yang menghairankan pada masa sekarang dan naik muak dengan berita kawin cerai dan kawin cerai lagi .

Dan juga para lelaki diluar sana yang masih meminati Maya Karin mungkin telah mula bersenyum sambil berkata " yes, ada peluang kedua untuk aku " .

Kawin bukan nak rak , sampai ke tempat omputih tapi cerai sekejap je jadi.



KUALA LUMPUR:Pelakon dan pengacara Maya Karin disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad Ali Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Jumaat.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan itu hadir di hadapannya.

Menurut sumber terdekat, pasangan tersebut hadir ke mahkamah secara berasingan dengan tujuan untuk bercerai.

“Saya hanya boleh mengesahkan mereka sudah bercerai," katanya ketika dihubungi mStar Online..

Perceraian itu berlaku genap sepuluh hari selepas permohonan mereka untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama.

Sementara itu syarikat rakaman Maya Karin, Satu Entertainment Sdn. Bhd. melalui Pegawai Promosinya Azlin Abbas memberi kenyataan bagi pihak kedua-dua pasangan tersebut.

Dalam mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kepada media kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat, Maya dan Muhammad Ali membuat kenyataan bersama mengesahkan penceraian mereka.

Berikut ini disiarkan kenyataan ringkas berkenaan:

"Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.

"Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam.

"Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan," kata mereka.

Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah yang sama pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun, tekaan itu meleset kerana pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan.

Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.

Pasangan itu berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama. mstar


Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASHhttp://wangtsunami.co.cc/
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]



Siapa Mr J
? , untuk pengetahuan anda semua Mr J adalah blogger bebas yang dilahirkan di Kepulauan Borneo yang sememangnya Surga keindahan bagi sesiapa yang inginkan kedamaian , ketenangan dan persekitaran alam yang segar .


"Kehidupan yang terindah adalah bila anda bersama insan yang disayangi jadi hargailah orang yang anda sayangi dengan seadanya "


12 comments:

Bukan Eciz berkata...

bagi diorang, diorang banyak duit. bole tanggung diri sendiri.


kena kawen, kalo tak kawen, org mengata tak laku atau andartu.


da kawen, bole cerai. dpt title janda pun tape, janji jangan dpt title andartu.


tp saya respek haliza misbun, bia org nak kata dia andartu ke apa ke, janji dia tak susahkan org.


then, tade la dia buat pekara yang halal tapi dibenci Allah, kan? kan?

Mr.J berkata...

@Eciz,

artis mmg macamtu.. sekarang dah tak heran kalau artis kawin ramai yg membuat ramalan berapa tahun dpt bersama pastu cerai..

Kie-yu berkata...

ouh~
ape nk buek
da xde jodoh
kesian pon ado..

Kaseh NazLieza berkata...

takziah buat maya karin..

Mr.J berkata...

@Kaseh NazLieza ,

hehe.. statment yg menarik " takziah ".

Mr.J berkata...

Kie-Yu kesian ke kat maya ? :)

KiFli MaLLy berkata...

sedihh bila dapat thu maya cerai....
Entry terkini : Guess last sale on 31JULY ni

zulkbo berkata...

salam..
mula-mula kesian kat pasangan ni,Apa nak buat jodoh tak panjang..kedua kesian kat Maya,moga bertemu jodoh orang yang warak yang dapat membimbing beliau..(bila bertudung nampak warak)ketiga kesian kat bekas hubby beliau..apa agaknya nak jadi dengan keislamannya..saudara baru kita ni.?

peaNut berkata...

nektok nikah cerey dh jd mcm trend jak..hurmmm...apa nk jd la nk oww...


pemalas punya pompuan...huhuhuhu

Mr.J berkata...

@QieFLy si Dolce .. tak guna sedih2.. T_T .. dah rasa sedap cerai..

Mr.J berkata...

@zulkbo

. Apalah kes dorang nih sampai cerai2 .. mesti ada sesuatu..

Mr.J berkata...

@peaNut

nthalah peanut , dah style artis Malaysia kot.. kawin cerai.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©