Cinta Maya , cinta dalam Dunia Digital . Berbaloi atau tidak?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam sejahtera semua , baru selesai semak facebook ke? baiklah kali ini Mr J nak ulas sedikit mengenai Cinta Maya .

Cinta adalah satu jenis perasaan sayang yang mendalam kepada individu mahupun haiwan ataupun kebendaan manakala "Maya" pula adalah ruang yang terbentuk di alam digital yang mampu membuatkan kita berhubung tanpa melintasi pemeriksaan Imigresin , boleh melihat wajah diantara satu sama lain tetapi terhad kerana tidak dapat untuk "sentuhan" seperti contoh berpegangan tangan , berjabat tangan dan sebagainya.

Dengan fenomena jaringan laman sosial yang banyak telah bermula dengan ICQ , mIRC , forum pada tahun sekitar 90an dahulu dan menjelang tahun 2000 maka wujudlah Yahoo Messenger , Msn , Friendster dan Myspace .

Dimana ketika itu sungguh popular sekali dan hampir kesemua remaja mempunyai akaun sendiri dan kini jaringan sosial seperti itu sedikit demi sedikit tengelam kerana munculnya fenomena baru yang lebih efiksen iaitu Facebook , Twitter , Skpe dan terbaru google plus .

Tidak dinafikan hubungan istimewa juga wujud dengan hanya berinteraksi melalui jaringan sosial dan persoalannya adakah individu tersebut mengenali hati budi pasangannya secara lebih mendalam dengan hanya melihat gambar di dalam facebook atau mana-mana jaringan yang lain.


Adakah hanya melihat sebahagian info didalam profile akan membuatkan anda mengatakan " aku kenal dia sudah lama " , jelaskah pengetahuan anda mengenai latar belakang pasangan Cinta Maya anda? jawapan ini biar pembaca sendiri yang menentukan .

Kita seringkali mendengar pelbagai jenis berita mengenai cinta palsu yang ditanamkan oleh individu yang tidak bertanggungjawap demi meraih kepentingan semata-mata .

Cara mereka senang sahaja iaitu meletakkan gambar yang agak seksi , sasa dan akan mula bermain ayat-ayat indah cinta untuk memerangkap mangsa dan apabila cinta semakin berputik maka suspek akan memohon untuk membuat perjumpaan dan meminta sejumlah wang untuk perjalanan atau akan menceritakan masalah kewangan yang direka - reka dan atas dek kasihankan pasangan masing - masing maka sejumlah wang akan dikeluarkan dan akhirnya apa yang diinginkan tiada tercapai dan waktu itulah individu akan merasa dirinya ditipu .

Mr J tidak mengatakan semua Cinta Maya akan menyebabkan kerugian "perasaan" dan juga "nilai" tetapi ada juga yang berjaya membina mahligai impian dengan bermula daripada jaringan sosial dan hal ini terbukti apabila artis Malaysia iaitu Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telahpun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lepas.

Kad Jemputan Zed Zaidi yang berbentuk Jaringan Sosial Facebook .

Jadi untuk konklusinya kejayaan atau kepasrahan dalam bercinta di laman sosial adalah terpulang kepada hak individu masing - masing . Mr J juga pernah terbaca beberapa berita mengenai penceraian yang banyak disebabkan oleh jaringan sosial dan yang lebih dahsyat lagi mengenai kisah seorang wanita yang membunuh diri kerana kecewa kekasihnya bermain kayu tiga hanya didalam Facebook .

Jadi , itulah risiko mental yang bakal dialami oleh setiap yang terjebak dalam dunia Cinta Maya. Setakat ini sahaja sedikit mengenai Cinta Maya , kita jumpa lagi pada artikel yang lebih Hot! pada masa akan datang.

*Mr J nak semak facebook kejap nak balas Cinta Maya . :P



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©