100 unit T-Shirt Rasmi "Agi Idup Agi Ngelaban" Edisi Terhad www.Pengerindu.com dibuka untuk Tempahan!.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SARAWAK - Sepertimana tahun - tahun yang lepas, www.pengerindu.com akan mengeluarkan Baju T-Shirt dengan Corak yang menarik serta tidak akan dapat dibeli dimana - mana tempat melainkan melalui "Pre-Order" dari Mr.J sendiri.

Tahun ini iaitu 2015 dan T-Shirt Rasmi ini adalah Edisi yang ke 6 dan bermakna telah 6 jenis corak Helai T-Shirt Rasmi www.pengerindu.com telah dikeluarkan dan yang pasti ianya adalah EDISI TERHAD.

Berminat? Dapatkan Segera kerana tiada lagi corak yang sama dikeluarkan tahun - tahun hadapan.


*PRE - Order ( Sehingga 23 May 2015 )

T-Shirt Size : "American Size"
Saiz yang ada : 11,12,13,14 (Kanak-Kanak) & XS,S,M,L,XL,XXL,XXXL

1. Sila Nyatakan Nama,Saiz,Alamat,No HP ke :
011-12036471 (SMS,WhatApps,Call) , 011-14789406 (SMS,Call)

2. Buat RM 55 Pembayaran ke :
Maybank Berhad No: 112148172870 
Nama Pemegang Akaun Maybank : Jacky Juing Jonathan

3. Hantarkan Bukti Pembayaran ke :
011-12036471 (SMS,WhatApps,Call) atau : emel admin@pengerindu.com 

*TERMASUK KOS PENGHANTARAN DALAM MALAYSIA*

Pre-Order Tutup 23 May 2015.
Tempahan Diproses : 24 - 27 May 2015
Tarikh Penghantaran T-Shirt : *29 May 2015 keatas.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

GST Pos Laju 6%. T-Shirt PengeRindu.com Mula dihantar kepada pembeli.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini Mr.J bertungkus lumus untuk menghantar T-Shirt Edisi Terhad Sabah - Sarawak , permintaan sangat memuaskan tetapi Mr.J hanya mengeluarkan sebanyak 100 helai sahaja dan agak terhad. 

Terima kasih kepada Sufi Printing atau dikenali sebagai Fb Eizus Tshirt yang sudi menerima tempahan serta design yang Mr.J inginkan dan yang pasti perkhidmatan terbaik cuma masalah di tempat Mr.J sahaja , maklumlah bukannya tahu sangat jalan nak pergi ke kedai bro sufi printing pakai gps pun tertiba 'lost' .

Banyak juga senarai yang Mr.J hendak pos .

Penat juga rakan Mr.J terpaksa jadi runner pagi dan petang untuk ke Pos Laju di Jaya Jusco Seremban 2 tapi tak apa dapat upah Tiger Beer dari Mr.J :P .

Terkejut juga GST sudah mula digunapakai sekarang dan apa yang Mr.J tahu di resit pos laju dia tulis 'Cukai 6%', apa pun tak boleh maklumlah kita sebagai rakyat malaysia haruslah menyokong perlaksanaan daripada kerajaan pemerintah bagi menjamin membolehkan kita menyelamatkan serta menderma sedikit kewangan bagi 'mereka' yang dahagakan kekayaan.

bergaya dengan baju pengerindu yang pasti tidak terdapat dimana-mana!

Nak ke baju ni? kalau nak tunggu Mr.J buat konteks blog ok.

- Mr.J Agi Idup Agi Ngelaban!


mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Perginya Pahlawan Dayak Iban ' Datuk Temengong Kanang ak Langkau' pencetus fenomena Agi Idup Agi Ngelaban .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Rakyat Sarawak khasnya dan amnya seluruh malaysia termasuklah Sabah & Sarawak dikejutkan dengan berita kematian Pahlawan Dayak Iban yang tersohor dan namanya cukup dikenali di Sarawak dan merupakan ikon setiap anak muda Sarawak sekiranya ingin memasukki Tentera iaitu Temengong Datuk Kanang ak Langkau.

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau (1945 - Januari 3, 2013) ialah Pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. 


Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. 

Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya, dan meninggal dunia dipercayai serangan jantung.
Kisah Kanang Menentang Pengganas Komunis 
Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.
Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.
Kanang meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak serta lapan cucu hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Helen Latai Intie yang meninggal dunia pada Januari 2011.

Antara yang terawal melawat mendiang ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isteri, Puan Sri Empiang Jabu yang mewakili kerajaan negeri Sarawak.

Turut berbuat demikian ialah Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar dan isteri, Datin Noraihan Ibrahim serta Panglima Markas Briged Ketiga Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Redzuan Baharuddin.

Anugerah
Pada 3 Jun 1981, beliau menerima dua anugerah, Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, Sultan Ahmad Shah.

Pada 24 September 2011, beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Kini Rakyat Sarawak sedih dan ada yang berkabung dengan Kematian Kanang , Beliau merupakan seorang yang bersederhana dalam hidup dan tidak kekok untuk mendekati sesiapa sahaja tanpa mengenal darjat serta pangkat.

Selamat Jalan Kanang , "Agi Idup Agi Ngelaban" semangat perjuangan hidup akan kekal dibawa oleh setiap anak - anak muda Sarawak .

1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN ◼http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©