Blog Ini Ditubuhkan 2009 | Mr.J Bakal Kembali | Log in kali Pertama di 2019 & kali terakhir Januari 2017.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Gempak! Fuh, sedar tak sedar sudah agak lama Mr.J tidak berkongsi bersama anda semua dan tentunya ramainya tertanya - tanya kemana perginya "sengat" di arena blogging Mr.J yang suatu ketika dahulu bergitu petah, lantang dan menjadi mungkin juga membantu memberikan sumber rujukkan bagi sesetengah individu.

2013 Mr.J vs Katak
Portal Blog ini berbentuk Neutral, jika anda baru sahaja mengujungi Portal Blog ini adalah disarankan untuk membaca artikel yang lepas serta lain - lain. Lanjutkan..

Dibuang sayang, ditinggal pula dirasa rindu, nah itulah perasaan Mr.J selama ini apabila tidak menulis sesuatu untuk dikongsikan kepada semua pembaca. 

Mungkin untuk masa yang akan datang Mr.J lebih kepada perkongsian genre"culture" mungkin "muzik etnik", bagaimana pula dengan Politik? Fuh!~ Gilerkau, diketika itu daku masih berjiwa kental, sekarang lantaklah mereka malas Mr.J nak ulas genre Politik.

OR, Mr.J kongsi gambar ikan kaloi, pasal pertanian lagipun Mr.J telah berjaya menanam sepohon pokok cili padi *sepohon jelah yang dahulu tidak pernah menjadi - jadi. Nak Post Selfie kat sini nanti meluat kome jenguk sini. ha ha ha.


Sekilas Info;
Dimilikki sepenuhnya serta ditubuhkan pada 7 July 2009 secara persendirian oleh seorang pemuda berketurunan Dayak Iban dari Sarawak, Borneo yang bernama Jacky Juing Jonathan atau dengan nama samarannya lebih dikenali sebagai Mr.J.

Baiklah, setakat ini sahaja pengumuman dari Mr.J tapi sebelum itu Mr.J tinggalkan anda satu resepi favorite Mr.J iaitu Perut Ayam Masak Nenas. Jangan lupa jenguk Mr.J selalu okay~


Bagaimanakah cara penyediaan Perut Ayam?
Caranya tidaklah semudah yang disangka dan tidaklah sesusah yang dilihat dan apa yang perlu adalah jiwa yang 'kental' bagi menghadapi 'bau' yang agak kurang menyelerakan tapi bau ini akan hilang setelah proses membelah usus/perut ayam tersebut.

Bahan yang diperlukan adalah.
1: Buah Nenas
2: Serai
3: Bawang Putih
4: Cili yang ditumbuk halus.

Bahan seperti Serai , Bawang Putih dan Cili ditumbuk sehingga lumat terpulanglah kepada anda beberapa banyak kuantiti yang diperlukan bergantung kepada kuantiti usus ayam tersebut. Serai dan Bawang Putih merupakan Asas untuk memberikan aroma yang cukup menyelerakan.

1: Masukkan bahan yang ditumbuh tadi ( bahan 2-4 ) kedalam kuali yang berminyak .
2: Gaulkan sehingga aroma serai naik.
3: Masukkan Usus Ayam yang telah dibersikan dan dicuci serta dibelah ( rujuk gambar No. 2 & 3 ).
4: Gaulkan sehingga sebati dan aroma semakin naik.
5: Masukkan Nanas yang telah dihiris nipis. ( untuk Sweet Sour )
6: Akhir sekali masukkan garam , ajinomoto secukup rasa.

Gaul dalam lingkungan 20minit dan ianya masak sedap dihidangkan bersama Beer dan Arak . Selamat Mencuba.

- Mr.J

Kepercayaan: Kesan jika anda "Puni / Punik" (Kempunan) di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sinonimnya kalau diajukan mengenai Negara Sarawak pastinya jawapan yang diberi akan menyatakan tentang Rumah Panjang, Hari Gawai Dayak, Kek Lapis, Ikan Terubuk, Tarian, "Headhunters" dan tidak ketinggalan "Bujang Senang".

Ada satu kepercayaan masyarakat di Sarawak yang berkait-rapat atau boleh dikatakan punca seseorang itu menjadi mangsa kepada keganasan Buaya di sekitar sungai - sungai yang ada di Sarawak.

Andai masyarakat melayu di semenanjung malaysia akan ditelan oleh batu belah batu bertangkup jikalau 'kempunan' seperti digambarkan dalam filem klasik lain pula jika di tempat Mr.J iaitu di Borneo.

Kempunan disebut "Puni / Punik" dalam masyarakat Sarawak manakala di Sabah pula disebut "Tapun" mungkin rakan pembaca dari Sabah boleh kongsikan apa yang berlaku sekiranya tidak "tapun" dulu...

Ringkasnya ianya merujuk kepada prilaku individu yang menolak pemberian mahupun dari segi makanan daripada individu lain.

Jika anda merancang untuk ke Rumah Panjang mahupun Rumah Etnik lain di Sarawak pastikan anda tidak "menolak" bila diberi makanan ataupun minuman oleh si tuan rumah lebih - lebih lagi jika Rumah Panjang. 

Jika anda menolak 'pemberian' (lebih kepada makanan, buah tangan) , mereka juga tahu bahawa anda tidak bermakna untuk tidak menghormati mereka dan paling kurang pun anda haruslah menyentuh 'pemberian' mereka sebagai tanda anda telah menerima. 

"Tidak mahu sentuh dan tak mahu terima makanan atau minuman kerana ianya bercanggah dari ajaran ugama saya". 

Ayat diatas mungkin jarang digunakan oleh masyarakat luar bila melancong ke Sarawak tetapi tidak dinafikan sememangnya ada , tapi anda tidak payahlah berkata sedemikia kerana masyarakat di sana sudah tahu berdasarkan penampilan serta loghat percakapan anda.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

"jika ada orang pakai "tudung" datang maka jangan kasi dia minum tuak kasi dia minum ai uren sahaja dan kasi tau apa jenis jamuan lauk yang kita ada.. kasitau sama dia.. yang itu daging babi..tidak boleh makan...pantang larang dia punya tuhan...yang itu daging ayam dalam buluh boleh makan..." 

Atas adalah contoh ungkapan peringatan yang diberikan Tuai Rumah kepada penghuni rumah panjang serta selalu diberitahu oleh ibubapa kepada anak mereka sekiranya ada orang "bertudung" (merujuk kepada penganut agama islam) datang berkunjung bila Perayaan Hari Gawai Dayak.

Tapi sekiranya anda tidak memakai tudung dan hanya senyum kembing serta diam sahaja kemungkinan mereka sediakan juadah apa yang ada termasuklah daging babi yang ber-aneka jenis masakkan , empuk, lazat dan mengenyangkan di hadapan anda. 

Jangan diam sahaja dan terus makan ( nampak sangat gelojoh ) tanya tuan rumah ini daging apa itu sayur apa dan sebagainya, kalau anda termakan ...nasib engkaulah labu...jangan nak salahkan mereka dan cuba ugut mereka pula sambil meninggikan suara dan berkata..
Amaran: Pastikan anda tidak berkata sedemikian."agama saya xxxxxxx, ini awak bagi saya makan babi tau tak! balik malaya saya akan saman seluruh rumah panjang yang tak bertamadun ini dan saman juga kerajaan sarawak". 
Pertuturan anda bila berkunjung ke rumah panjang harus dijaga, lebih - lebih lagi sekiranya berkunjung ke rumah panjang yang terletak jauh dalam kawasan pendalaman dan anda berada Borneo, jangan ada "tengkorak" tambahan menjadi koleksi mereka. 

Tengkorak "Musuh" masih dipamerkan di Rumah Panjai Mr.J di Rantau Sukat, Roban. Sarawak.
Nota Ringkas : Amalan Pemburuan kepala 
Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon. Sekiranya ada kesempatan Mr.J akan cerita mengenai Adat Pemburuan Kepala di Sarawak, Borneo.

Pendapat atau ungkapan seperti itu juga sering Mr.J dengar tetapi jangan risau biarpun penduduk rumah panjang jangan disangka mereka tidak mempunyai akaun facebook.
"jika berkunjung ke rumah panjang maka anda akan dipaksa untuk minum biarpun ianya bercanggah dengan ajaran kita.. kena paksa juga..." Itu hanya auta dan bukan fakta - Mr.J
Tapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda "Puni / Punik" di Sarawak? Berkemungkinan anda telah disenaraikan sebagai "Senarai Buruan" oleh Keturunan "Bujang Senang" jika menghampiri mana - mana sungai di Sarawak dan juga akan ada nasib tak elok seperti contoh kemalangan berlaku ke atas anda.

Hal ini telah terjadi kepada Mr.J sendiri pada bulan November pada tahun 1999 di Sibu, Sarawak apabila mahu cepat balik daripada rumah panjang rakan sedangkan ketika itu emaknya telah menyediakan makanan untuk dimakan dan menyuruh saya makan dahulu paling tidak pun sekadar sentuh .

Oleh kerana ingin cepat Mr.J tidak mengendahkan dan terus memecut motosikal dan akhirnya tidak jauh daripada Hospital Besar Sibu tidak dijangka Mr.J telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta dimana tersepit di bawah kereta proton saga dan mengalami patah tulang kaki dan menjalani peperiksaan SPM di Hospital.

- Mr.J "Dakinek!~"


Read More : http://pengerindu86.blogspot.my/2013/12/kepercayaan-kesan-jika-anda-puni-punik.html#ixzz5A1Y34Muj
SABAH & SARAWAK Unique & Influential Blogger. 

Pengunaan Babi dalam Istiadat Miring dalam Masyarakat Dayak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Gambar Hiasan
1) Penyembahan bedarah petanda sebagai pemintaan mohon maaf sebagai tanda mengorbankan diri untuk bersih dari dosa kepada ATTALA.

2) Untuk menggantikan untuk menebus dosa dosa kepada leluhur adat istiadat Dayak.

3) Untuk meminta berkat supaya tidak melanggar pantang larang adat istiadat dayak yang temaktub didalam adat Kaharingan pepatih tetua dayak.

4) Pengabadian didalam kesebatian hidup orang dayak yang berkorban menentang apa jua halangan.

5) Untuk membuang kesialan tidak mendapat rezeki dan lain lain yang menyusahkan kehidupan seharian orang dayak.

6) Penyembelihan ini seperti ada kesamaan dengan agama agama lain.Tetapi dahulu orang dayak mengorbankan manusia tetapi dilarang Attala kerana besifat kejam.Didalam buku agama kalian pun ada kesamaan juga kan.

7) Kayau bermaksud PENGUASAAN PERANG di daerah yang ditakluki.Didalam buku agama kalian lebih dasyat lagi.Cuma KAYAU ini tidak membunuh orang tua yang tidak betenaga,kanak kanak,dan kaum wanita dibenarkan lari kecuali bila si pengayau itu membunuh keluarga pemangsa kayau habis mati maka si pembalas akan turun MenGAYAU habis juga keluarganya si pengayau yang memulakan persengketaan tersebut.

8) Orang dayak bila ditindas,bila hujan panas turun dan mereka akan pergi beperang dan takkan pernah menyerah sekalipun,maka didalam adat istiadat orang dayak,bila mereka rasa badan mereka disimbah darah maka mereka mendapat izin dari Attala untuk menghapuskan orang orang yang menindas mereka.Orang dayak hauskan darah bila turun beperang kerana leluhur mereka tidak boleh diganggu sembarangan.

9) Bagi siapa yang menindas orang dayak,dia diberi pilihan sama ada membayar pampasan atau peperangan.Kalau orang menindas tiada wang atau minta pengampunan orang itu harus memotong sebelah tangan nya ataupun anak lelaki dijadikan hamba abdi orang dayak seumur hidupnya.

10) Penyembelihan juga boleh meredakan keadaan kemarahan orang dayak yang sentiasa hauskan peperangan menyebabkan mereka meletakkan senjata dari beperang.

Sumber/Info: Minggat.


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

TERKINI!! YAB Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak telah kembali ke Rahmatullah

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Image may contain: 1 person, suit

Inna Lillahiwa inna ilaihi raji'un

Dengan kesedihan dan dukacita adalah dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.20 tengahari tadi di Hospital Jantung Samarahan. - Kamek Sayang Sarawak Facebook Page




____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SIBU JAYA : Bermain Kayu Tiga, Isteri mempunyai "Adong Belalai" Kantoi diserga Suaminya balik dari OFFSHORE.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Muka berdarah, lebam di mata kiri dan ada luka tercucuk di kaki, seorang lelaki terpaksa dihantar ke Hospital Sibu awal pagi semalam selepas dibelasah suami kepada ‘kekasih gelapnya.’

Dalam kejadian sekitar tengah malam kelmarin, lelaki tersebut dipercayai sedang berada di rumah seorang wanita yang sudah bersuami dan beranak dua.

Menurut sumber, suami wanita terbabit yang merupakan pekerja luar pantai (offshore), baharu sahaja keluar bekerja.

Difahamkan, suami wanita terbabit, 40-an, yang tidak sedap hati apabila mendengar cakap-cakap bahawa isterinya bermain kayu tiga semasa ketiadaannya, nekad pulang ke rumah mereka di Pearl Avenue, Sibu Jaya dekat sini.

Dia bersama beberapa orang rakan kemudiannya berpakat untuk menyelinap ke rumah sekitar jam 12 malam.

Mereka kemudian mendapati kereta milik lelaki terbabit diparkir di tempat letak kereta di situ.

Bagaimanapun, kehadiran suami wanita terbabit dan rakan-rakannya disedari oleh lelaki berkenaan yang kemudian cuba melarikan diri dari rumah tersebut.

Nasib tidak menyebelahinya apabila dia berjaya ditahan oleh suami wanita berkenaan.

Disebabkan hilang sabar dan kecewa, suami wanita terbabit dipercayai melepaskan perasaan marah dan geramnya terhadap lelaki itu sehingga mengalami kecederaan di mukanya.

Polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Kesemua mereka yang terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Sibu Jaya untuk tindakan lanjut.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu yang dimaklumkan mengenai kecederaan lelaki berkenaan pergi ke balai untuk memberi rawatan awal kepadanya yang berlumuran darah di bahagian kepala.

Lelaki berumur 28 tahun terbabit yang juga cedera di bahagian kaki semasa melarikan diri kemudian diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo.

Difahamkan, suami wanita terbabit enggan mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki yang tergila-gilakan isterinya, sebaliknya nekad untuk menuntut cerai daripada isterinya yang disifatkannya gagal menjadi seorang isteri yang baik.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Ahli Kongsi Gelap Maut Pergaduhan Di Mukah. Impak kes:Sekumpulan rombongan besar NGO-NGO Dayak datang dari Bintulu, Miri,& Sibu .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Impak kes: Sekumpulan rombongan besar NGO-NGO Dayak datang dari Bintulu, Miri,& Sibu utk memberi ptolongan kepada org kampung apabila mndapat berita pertelingkah tersebut sekitar jam 1900.Kumpulan gangster dianggarkan seramai lebih 38 org telah mlarikan diri. Sebelum polis dn rombongn bantuan datang.
MUKAH: Pertelingkahan antara penduduk rumah panjang bersama sekumpulan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap bertukar tragedi apabila seorang daripada 40 individu terlibat dalam pergaduhan terbabit di sebuah ladang Ulu Arip, Balingian maut lewat petang semalam.

Difahamkan mangsa yang maut ditempat kejadian dikenali sebagai Fabian Janti Lebau, 26 telah di tembak dibahagian bawah rusuk sebelah kanan dan mempunyai kesan tetakan di bahagian kepala.



Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kematian melibatkan anggota kongsi gelap dipercayai terkena tembakan senapang patah berikutan penemuan dua kelongsong peluru ditemui berdekatan mangsa.

"Insiden tersebut berlaku kira-kira 100 meter dari tempat halangan yang didirikan oleh penduduk rumah panjang ke ladang milik anak syarikat sebuah syarikat perladangan terkemuka,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

Freddy menambah seramai tiga individu berusia dalam linguangan 20 hingga 30 tahun telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor menegaskan supaya orang ramai tidak membuat sebarang andaian di laman sosial kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan kini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai motif dan punca sebenar insiden terbabit..-Sarawakiana

---
Kes Simpang Ladang Tabung Haji Sg.Arip
24/10/2016,Isnin, Jam 1800 ++

Sasaran kes: melibatkan Penduduk rumah panjang& gangster upahan & pngurusan syarikat peladangan Bumi Suria Ventures Sdn.Bhd

Motif: Pertelingkahan Antara Penduduk rumah dengan gangster upahan berhubung isu konsensi & unsur gangterlisme. Diawal kes, Tuai Rumah Baja telah dibelasah gangster smasa pbincangan blaku di psimpangan. Sekumpulan org kampung yg bdekatan telah btindak balas dn mmberi bantuan.

Dapatan kes: Didapati seorang gangter telah meninggal dunia semasa ptelingkahan. Sebuah Van yg btulis Six Plus Freeway Sdn.Bhd berwarna putih telah ditinggalkn dan tdapat beberapa bilang "samurai" (Maklumat dripd pnduduk kampung bdekatan yg dtang awal sbaik saja kejadian blaku)

Impak kes: Sekumpulan rombongan besar NGO-NGO Dayak datang dari Bintulu, Miri,& Sibu utk memberi ptolongan kepada org kampung apabila mndapat berita pertelingkah tersebut sekitar jam 1900.Kumpulan gangster dianggarkan seramai lebih 38 org telah mlarikan diri. Sebelum polis dn rombongn bantuan datang.

KendaIian kes: oleh IPD MUKAH. Tuan Jimmy Payau

Sumber: Serakup Iban Dayak Bintulu.
(Copy paste ari gehup bukai)
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SIBU - Sebuah LORI 5 TAN digunakan untuk membawa Pesakit "Obesiti" 250KG ke HOSPITAL

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seorang pesakit lelaki bersaiz luar biasa dengan beratnya dipercayai mencecah 250 kilogram (551 paun) memerlukan hampir 20 orang untuk mengusungnya keluar daripada lori lima tan milik bomba ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) Hospital Sibu, petang semalam.

Pesakit obesiti yang dikenali sebagai Sia Chi Herng berumur 33 tahun itu mengalami bengkak kaki menyebabkannya tidak dapat berjalan sejak tiga atau empat hari lepas.

Menurut ibunya ketika ditemui di Hospital Sibu, anak bongsu daripada dua adik-beradik itu mengadu mengalami kesukaran bernafas, malah sukar membuang air kecil sejak terlantar di ruang tamu kediaman mereka di Jalan Ulu Sungai Merah dekat sini.

“Sekitar jam 10 pagi tadi (semalam), dia mengadu kesakitan yang teramat sangat akibat sakit dada sehingga sukar bernafas, selain susah hendak kencing,” kata Sia Me Siew (ibu mangsa) yang bertindak membuat panggilan kecemasan di talian 999 pada jam 10.19 pagi semalam.



Katanya, anaknya boleh berjalan sebelum ini tetapi sejak kakinya bengkak dia sukar bergerak dan hanya mampu berbaring.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan daripada ETD pada jam 11 pagi mengerahkan sepasukan empat anggota diketuai oleh PBK II Eddy Kilat yang tiba di lokasi 35 minit kemudian.

Bomba guna lori lima tan untuk hantar pesakit ke Hospital Sibu

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlebih awal berada di lokasi telah meminta bantuan pihak ambulans yang turut mengalami kesukaran untuk memikirkan cara bagaimana menguruskan penghantaran pesakit ke hospital.

Keadaan tersebut memaksa pihak bomba dikerahkan ke lokasi kejadian menaiki sebuah EMRS (empat orang) dan RRV (dua orang).

Bagaimanapun, pasukan kerahan pertama agak terkejut apabila mendapati pesakit bukan pesakit biasa seperti yang mereka jangkakan. “Kami terpaksa menggunakan sebuah lori Hicom lima tan sebagai pengangkutan yang paling sesuai untuk membawa pesakit.

Ia mempunyai platform hidraulik untuk memudahkan muatan berat dipunggah ke dalam lori,” jelas Eddy yang turut menaiki lori Hicom tersebut bersama dua anggotanya.

Menurut sumber hospital, sebelum ini pernah seorang pesakit berbadan besar lain dimasukkan ke wad menyebabkan pihak hospital terpaksa menggunakan tenaga lapan kakitangan untuk mengangkatnya ke atas pengusung.

Namun, katanya, mangsa yang tiba di pekarangan ETD pada jam 1 petang semalam dipercayai pesakit paling berat dan besar pernah dihantar menggunakan lori Hicom bomba ke ETD Hospital Sibu.

Pihak yang terlibat termasuk APM, ambulans dan bomba mengambil masa selama 10 minit untuk memindahkan pesakit daripada lori sebelum berjaya diusung masuk ke dalam bilik kecemasan Hospital Sibu.

“Saya tidak pernah melihat pesakit sebesar ini sehingga memerlukan hampir 20 orang untuk mengangkatnya ke atas pengusung,” kata Eddy.

Seorang anggota APM, Jaffry Asai pula berkata, dia turut terkejut apabila melihat sendiri pesakit sebesar itu menyebabkan beliau terpaksa meminta bantuan ambulans dan pihak bomba.

“Dia (mangsa) kelihatan agak lemah ketika kami sampai di lokasi. Kami terpaksa memikirkan cara bagaimana mahu mengangkatnya yang mempunyai saiz luar biasa,” katanya.

Selepas pihak bomba tiba di lokasi, mereka terpaksa mengambil sekeping papan lapis yang terdapat di rumah mangsa untuk memudahkan mangsa diangkat ke atas lori.

“Mujurlah bahagian belakang lori bomba mempunyai platform hidraulik yang meringankan sedikit usaha kami mengangkat mangsa ke atas lori,” tambahnya.


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SIBU - Tidak sampai 3 bulan keluar penjara, seorang bekas banduan wanita ditahan lagi.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seorang bekas banduan wanita baharu keluar dari penjara ditahan oleh polis kerana bertindak mengugut ibunya sendiri dengan pisau kelmarin.

Dalam kejadian pagi kelmarin, polis dimaklumkan oleh ahli keluarga suspek telah bertindak menahan wanita terbabit yang naik angin di sebuah rumah, Jalan Tiong Hua di sini.

Difahamkan, suspek dipercayai mula mengamuk selepas ibunya enggan memberikan wang kepadanya.

Wanita berumur 28 tahun itu dikatakan bertindak mengambil pisau sayur dan mengugut ibunya selepas permintaannya tidak dipenuhi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis berhubung kes tersebut diterima oleh pihaknya semalam.

Katanya, polis Unit Ronda Bermotorsikal (URB) sambil dibantu seorang anggota polis wanita bertindak menahan suspek yang kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Sungai Merah untuk tujuan pencegahan jenayah sekitar jam 10 pagi Isnin lalu.

“Polis bertindak menahan suspek kerana bertindak agresif dan mengamuk terhadap ahli keluarganya,” katanya semalam.

Menurutnya, ibu suspek diiringi ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sentral tengah hari semalam.

“Hari ini (semalam) ibu suspek nekad membuat laporan polis kerana diugut oleh anaknya (suspek),” jelasnya.

Katanya, polis menangkap semula suspek kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu menggunakan pisau.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan (ugutan jenayah) dan akan direman,” jelasnya.

Martin berkata, polis juga merampas sebilah pisau sebagai bahan bukti.

Difahamkan, suspek baharu keluar dari penjara pada 1 Ogos lalu atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"


Sibu International Base Jump 2016 ,23 - 25/9/2016.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seramai 52 penerjun dari 15 negara bakal beraksi pada Sibu International Base Jump 2016 yang berlangsung dari 23 hingga 25 September ini di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

Pengerusi Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu (DTTG) Hii Chang Kee berkata, peserta kali ini turut terdiri daripada lima penerjun wanita.

“Selain peserta negara ini, ia turut disertai penerjun dari Australia, Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Ireland, Belanda, New Zealand, Rusia, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media dan taklimat keselamatan Sibu International Base Jump 2016 di sebuah hotel terkemuka di sini petang semalam.

Hii yang juga residen bahagian Sibu memberitahu, penerjun paling muda ber-usia 22 tahun dari Belgium iaitu Corentin Parmentier sementara paling tua berusia 60 tahun dari Malaysia iaitu Kapten A. Aziz Ahmad.
“Majlis perasmian Sibu International Base Jump 2016 dijadual berlangsung pada 24 September pada jam 8 pagi dengan upacara miring di pentas utama Dataran Bandar Sibu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King dijangka merasmikan majlis,” ujarnya.
Hii berkata terjunan peserta pada hari pertama (23 September) dan hari kedua (24 September) bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung jam 2 petang hingga 5 petang manakala terjunan malam dijadual bermula pada jam 7 petang hingga 9 malam.
“Hari terakhir (25 September) peserta melakukan terjunan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Mereka kemudian akan dibawa melawat ke Rumah Mathew Chuat, Nanga Tada, Kanowit,” jelasnya.
Seperti pada edisi lepas, terjunan malam berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi Dataran Bandar Sibu Fasa 1, khususnya di hadapan pentas utama.
“Kita meminta kerjasama orang ramai agar memberi ruang kepada penerjun untuk melakukan pendaratan di kawasan yang telah ditetapkan,” ujarnya.
Sibu Base Jump yang bermula pada tahun 2009 memperlihatkan peserta melakukan terjunan dari atas bangunan Wisma Sanyan setinggi 126 meter, sebelum mendarat di Dataran Bandar Sibu Fasa I.


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SIBU - Tentera berpangkat Sarjan Mati Tergantung di Pagi Sambutan Aidiladha .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Sambutan Aidiladha hari ini pasti menjadi yang paling muram dan menyedihkan bagi dua anak anggota tentera berpangkat sarjan, apabila bapa mereka ditemui mati tergantung di salah sebuah kamar tidur di rumah mereka pagi ini.


Kejadian berlaku awal pagi tadi di rumah yang didiami keluarga tersebut di Jalan Abang Barieng dekat sini.

Kematian mangsa yang bertugas dengan 9 Kor Polis Tentera dekat sini, disahkan oleh pasukan paramedik, dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat.

Pengesahan identiti kemudian mengenal pasti mangsa sebagai Sarjan Awang Helman Awang Bakeri, 40 tahun, yang dijadualkan tamat perkhidmatannya pada tahun hadapan.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan yang masing-masing berusia 10 dan 6 tahun.

Pihak polis dan tentera masing-masing kini melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kes berlaku. – Sarawakvoice

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog &



Mr.J
, Klik 
+ "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©