Kepercayaan: Kesan jika anda "Puni / Punik" (Kempunan) di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sinonimnya kalau diajukan mengenai Negara Sarawak pastinya jawapan yang diberi akan menyatakan tentang Rumah Panjang, Hari Gawai Dayak, Kek Lapis, Ikan Terubuk, Tarian, "Headhunters" dan tidak ketinggalan "Bujang Senang".

Ada satu kepercayaan masyarakat di Sarawak yang berkait-rapat atau boleh dikatakan punca seseorang itu menjadi mangsa kepada keganasan Buaya di sekitar sungai - sungai yang ada di Sarawak.

Andai masyarakat melayu di semenanjung malaysia akan ditelan oleh batu belah batu bertangkup jikalau 'kempunan' seperti digambarkan dalam filem klasik lain pula jika di tempat Mr.J iaitu di Borneo.

Kempunan disebut "Puni / Punik" dalam masyarakat Sarawak manakala di Sabah pula disebut "Tapun" mungkin rakan pembaca dari Sabah boleh kongsikan apa yang berlaku sekiranya tidak "tapun" dulu...

Ringkasnya ianya merujuk kepada prilaku individu yang menolak pemberian mahupun dari segi makanan daripada individu lain.

Jika anda merancang untuk ke Rumah Panjang mahupun Rumah Etnik lain di Sarawak pastikan anda tidak "menolak" bila diberi makanan ataupun minuman oleh si tuan rumah lebih - lebih lagi jika Rumah Panjang. 

Jika anda menolak 'pemberian' (lebih kepada makanan, buah tangan) , mereka juga tahu bahawa anda tidak bermakna untuk tidak menghormati mereka dan paling kurang pun anda haruslah menyentuh 'pemberian' mereka sebagai tanda anda telah menerima. 

"Tidak mahu sentuh dan tak mahu terima makanan atau minuman kerana ianya bercanggah dari ajaran ugama saya". 

Ayat diatas mungkin jarang digunakan oleh masyarakat luar bila melancong ke Sarawak tetapi tidak dinafikan sememangnya ada , tapi anda tidak payahlah berkata sedemikia kerana masyarakat di sana sudah tahu berdasarkan penampilan serta loghat percakapan anda.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

"jika ada orang pakai "tudung" datang maka jangan kasi dia minum tuak kasi dia minum ai uren sahaja dan kasi tau apa jenis jamuan lauk yang kita ada.. kasitau sama dia.. yang itu daging babi..tidak boleh makan...pantang larang dia punya tuhan...yang itu daging ayam dalam buluh boleh makan..." 

Atas adalah contoh ungkapan peringatan yang diberikan Tuai Rumah kepada penghuni rumah panjang serta selalu diberitahu oleh ibubapa kepada anak mereka sekiranya ada orang "bertudung" (merujuk kepada penganut agama islam) datang berkunjung bila Perayaan Hari Gawai Dayak.

Tapi sekiranya anda tidak memakai tudung dan hanya senyum kembing serta diam sahaja kemungkinan mereka sediakan juadah apa yang ada termasuklah daging babi yang ber-aneka jenis masakkan , empuk, lazat dan mengenyangkan di hadapan anda. 

Jangan diam sahaja dan terus makan ( nampak sangat gelojoh ) tanya tuan rumah ini daging apa itu sayur apa dan sebagainya, kalau anda termakan ...nasib engkaulah labu...jangan nak salahkan mereka dan cuba ugut mereka pula sambil meninggikan suara dan berkata..
Amaran: Pastikan anda tidak berkata sedemikian."agama saya xxxxxxx, ini awak bagi saya makan babi tau tak! balik malaya saya akan saman seluruh rumah panjang yang tak bertamadun ini dan saman juga kerajaan sarawak". 
Pertuturan anda bila berkunjung ke rumah panjang harus dijaga, lebih - lebih lagi sekiranya berkunjung ke rumah panjang yang terletak jauh dalam kawasan pendalaman dan anda berada Borneo, jangan ada "tengkorak" tambahan menjadi koleksi mereka. 

Tengkorak "Musuh" masih dipamerkan di Rumah Panjai Mr.J di Rantau Sukat, Roban. Sarawak.
Nota Ringkas : Amalan Pemburuan kepala 
Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon. Sekiranya ada kesempatan Mr.J akan cerita mengenai Adat Pemburuan Kepala di Sarawak, Borneo.

Pendapat atau ungkapan seperti itu juga sering Mr.J dengar tetapi jangan risau biarpun penduduk rumah panjang jangan disangka mereka tidak mempunyai akaun facebook.
"jika berkunjung ke rumah panjang maka anda akan dipaksa untuk minum biarpun ianya bercanggah dengan ajaran kita.. kena paksa juga..." Itu hanya auta dan bukan fakta - Mr.J
Tapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda "Puni / Punik" di Sarawak? Berkemungkinan anda telah disenaraikan sebagai "Senarai Buruan" oleh Keturunan "Bujang Senang" jika menghampiri mana - mana sungai di Sarawak dan juga akan ada nasib tak elok seperti contoh kemalangan berlaku ke atas anda.

Hal ini telah terjadi kepada Mr.J sendiri pada bulan November pada tahun 1999 di Sibu, Sarawak apabila mahu cepat balik daripada rumah panjang rakan sedangkan ketika itu emaknya telah menyediakan makanan untuk dimakan dan menyuruh saya makan dahulu paling tidak pun sekadar sentuh .

Oleh kerana ingin cepat Mr.J tidak mengendahkan dan terus memecut motosikal dan akhirnya tidak jauh daripada Hospital Besar Sibu tidak dijangka Mr.J telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta dimana tersepit di bawah kereta proton saga dan mengalami patah tulang kaki dan menjalani peperiksaan SPM di Hospital.

- Mr.J "Dakinek!~"


Read More : http://pengerindu86.blogspot.my/2013/12/kepercayaan-kesan-jika-anda-puni-punik.html#ixzz5A1Y34Muj
SABAH & SARAWAK Unique & Influential Blogger. 

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©