TERKINI : Minyak petrol RON95 dan Diesel akan hanya naik 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Permulaan yang baik untuk rakyat malaysia di bulan Oktober ini, adakah ini sumpah Trajedi Oktober. Bahawa dengan rasminya Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Mungkin ini adalah sebuah pengorbanan yang rakyat harus terima serta akur sempena menjelang Hari Raya Korban ini. Banyak kos minyak bagi yang nak balik kampung cuti ini, apa - apapun selamat berkorbanlah yer..


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014. Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. - BERNAMA


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Protes Anti Kenaikan Harga Minyak: Walk Against 20cent #Kch928 pada 28 September 2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kenaikan harga Petrol/Diesel yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini pastinya membebankan rakyat Malaysia khususnya golongan yang berpendapatan rendah.Kenaikan ini juga pasti akan membawa kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seterusnya meningkatkan kos sara hidup yang telah pun tinggi terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak.

Hakikatnya, mereka yang tinggal di pedalaman terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pengangkutan utama seperti bot untuk mereka ke bandar/pekan berdekatan.

Selain itu,kos penghantaran barang keperluan ke kawasan luar bandar dan pedalaman adalah tinggi dan di kawasan tertentu, penduduk terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi daripada orang ketiga.  Justeru itu, kenaikan harga minyak akan menambah beban penduduk di kawasan pedalaman.


Maka kita akan mengadakan 'Walk Against 20cent' sebagai simbolik bantahan terhadap perkara tersebut.Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 28.9.2013/Sabtu 
Tempat: Bermula di Wisma Hopoh akan bergerak ke Padang Merdeka.
Masa: 1.00 petang. 

Tuntutan:
1) TURUNKAN kembali harga minyak,
2) Pengembalian subsidi rakyat dan mengurangkan
subsidi Korporat.

Kami menuntut pengembalian subsidi rakyat dan mengurangkan subsidi syarikat korporat. Rasionalisasi subsidi yang di umumkan oleh perdana menteri adaalah tidka adil dan membebankan rakyat.

Sepatutnya rasionalisasi subsidi harus mengambil kira beban serta kesusahan rakyat dan kos hidup terutamanya pedalaman dan yang berpendapatan rendah
di Sarawak.

Jadi pengurangan subsid seharusnya dilakukan dengan memotong subsidi keatas syarikat korporat dan bukan rakyat/
Kesimpulannya kenaikan 20sen merupakan pemotongan subsidi rakyat sebanyak 22% setahun sedangkan syarikat terus kaya menikmati subsidi yang sepatutnya menjadi milik rakyat.

Oleh itu, kami berharap rakyat yang prihatin akan turut hadir bersama kami pada waktu dan masa yang ditetapkan. Harapan kita agar pihak kerajaan lebih peka kepada beban rakyat Malaysia.

Disediakan oleh: Gabungan NGO Bantah Kenaikan Harga Minyak

Disokong oleh:
1. Pusat rakyat Teori Timur
2. Sarawak Youth For Change
3. Solidariti Anak Muda Malaysia
4. Sarawak Student Progressive Movement
5. Geng Kotak
6. Pemuda Sosialis
7. Parti Sosialis Malaysia
8. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
11. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
12. Democratic Student and Youth Movement (DEMA)
13. Student Progressive Front Universiti Putra Malaysia
14. Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia
15. Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia
16. Student Progressive Front Universiti Malaysia Sarawak
17. Malaysia For Beng Hock
18. Lim Lian Geok Foundation (LLG)
19. Johor Yellow Flame
20. Youth Section of KL-Selangor Chinese Assembly Hall (KLSAC)
21. Sunflower Electoral Education (SEED)
22. ROYALTI (R)
23. AMK Sarawak
24. Persatuan anak muda Sarawak (PAMS)
25. Sarawak Dayak Iban association (SADIA)


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©