TELEMOVIE MALI LEBU : Diantara IDEOLOGI, DUGAAN, PERSAHABATAN & CINTA .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
REVIEW : Salam Sejahtera, setelah sekian lama Mr.J berhenti dalam dunia blog ini tapi entahlah kenapa tahun ini niat dan gerakkan jari ini gatal hendak mencoretkan sesuatu. 

Jiki, Riki, Ayuh dalam Telemovie Mali Lebu

Eh!, mesti pembaca ingat MrJ hendak Review Telemovie Mali Lebu tapi sebenarnya macamana hendak review sedangkan belum lagi keluar di TVS ( TV Sarawak ) atau Astro Saluran 122. Tapi jangan lupa temujanji anda di TVS ok, nanti bolehlah y;all komen & review sendiri.  

📺 Mali Lebu 
🗓️ 11 Jun 2023 | Ahad 
⏰ 9:15 Malam 
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV

Dalam Telemovie kali ini Mr J memengang Watak sebagai Pemuda Kampung yang bernama Jacky/Jiki yang bersahabat dengan 2 orang rakannya. Macam - macam karenah Mr.J dan rakan dalam Telemovie Mali Lebu. Nak cerita lebih lanjut? pastikan anda menonton okay.



    Mengisahkan tiga pelajar di Universiti Sarawak, Ayuh, Jacky dan Ricky. Mereka berasal dari rumah panjang dan mempunyai idealogi yang mereka tidak akan membebankan kedua orang tua mereka.

        Jadi apakah yang akan mereka lakukan untuk memastikan idealogi mereka itu dipegang teguh apabila dilanda dugaan? 

📺 Mali Lebu 
🗓️ 11 Jun 2023 | Ahad 
⏰ 9:15 Malam 
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV

 #TVS122 #BerkatGawai #Sarawak #MaliLebu #IbanTaiko #jackyjuingjonathan #pengerinducom #pengerindu86 #mrjcreativedesign #sarawakblogger #iban #telemovieiban #sarawaktalent



____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Mr.J sebagai "MAN TOL" di Telemovie Komedi "Bibik Ku Madu Ku" Arahan Fahizal Abdullah untuk RTM.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Maafkan Mr.J kerana beberapa hari ini tidak dapat nak "update entry" terbaru di blog, ini kerana Mr.J berada di Kampar, Perak untuk pengambaran Telemovie Bibik Ku Madu Ku. Ayuh, mari ikuti sedikit sebanyak mengenai telemovie tersebut serta sedikit mengenai watak Mr.J kali ini.


Bibik Ku Madu Ku itulah Judul Telemovie bergenre komedi yang diarahkan oleh En. Fahizal Abdullah Terbitan daripada "Ray Lee" 7ujuh Warisan.

Kali ini Mr.J diberi peluang untuk sekali lagi berlakon oleh En.Fahizal Abdullah dalam Telemovie bergenre Komedi, kali ini boleh dikatakan agak "nervous" sedikit kerana Telemovie "Bibik Ku Madu Ku" turut dibintangi oleh Pelakon berpengalaman serta sememangnya "tip top" seperti Jasmin Hamid yang serba boleh  dan Redzuan Hashim, siapa yang tidak mengenali mereka sememangnya mempunyai "level" sendiri dalam bidang lakonan.


Gerun juga Mr.J yelah Mr.J diibaratkan baru di level Pra-Sekolah manakala Jasmin Hamid dan Redzuan Hashim telah lama graduate serta memegang Ijazah. Ha, lihat bertapa jauhnya Mr.J .
Untuk makluman semua pembaca iaitu En.Fahizal Abdullah juga adalah Pengarah kepada Drama bergenre Aksi 13 Episod iaitu berjudul "IBAN TAIKO".   Drama Iban Taiko 13 Episod tersebut dijangka akan keudara di RTM TVi 180 Astro pada bulan November ini, ketika itu Mr.J memegang watak sebagai Chabu.
Mr.J pula diberi untuk mengalas watak sebagai "Man Tol" iaitu seorang pekerja resort di "Sahom Farm Retreat Resort" yang berlokasi di Kampar, Perak. 

Man Tol adalah seorang pekerja yang lambat "pick up" atau dengan bahasa senang difahami iaitu "selenge / lurus bendul" Man Tol merupakan rakan kepada Munir iaitu seorang yang kuat cemburu manakala Fatimah yang juga pekerja resort yang sama adalah kekasih Munir.

Sedikit Rakaman di Sebalik Tabir Post by Jacky Juing Jonathan.
Ha, itulah sedikit sebanyak tentang watak Mr.J sebagai Man Tol dan kalau sebelum ini Mr.J memegang watak Aksi, Pergaduhan serta Samseng dalam Drama yang lepas iaitu Iban Taiko tapi kali ini jadi seorang yang "blur, lurus bendul agak selenge". 

Rasanya setakat ini sahaja yang Mr.J kongsikan dan untuk keseluruhan ceritanya tunggu sahaja akan datang di RTM, Telemovie ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga .

- Mr.J

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©