Private & Confidential : Kastam Malaysia ditangkap Menyeludup beer di Sempadan Miri - Brunei

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Private & Confidential tapi bocor : Penguatkuasa Jabatan Kastam Malaysia telah tercemar dengan air setan serta diselubungi asap - asap rokok dari neraka . Satu kejayaan oleh Penguatkuasa Kastam Brunei tanpa tidak berkrompomi dengan mana - mana Anggota "Kerajaan" Malaysia.

Kejadian ini berlaku pada 1 December 2014, di laman sosial kini telah beredar beberapa keping gambar beberapa buah kenderaan jenis pancuan 4x4 ( lebih kurang ) ditahan oleh penguatkuasa daripada Brunei dan turun dipaparkan adalah beberapa kotak minuman yang boleh mengkhayalkan dan beberapa kotak rokok.


Kerajaan Brunei telah menjatuhkan denda sebanyak B$ 130,000.00 . Sedang para anggota Kastam yang lain bersungguh - sungguh melancarkan perang terhadap perkara seperti ini ada juga terselit kemungkaran. Apa - apa pun jadikan nya sebagai iktibar kepada semua lapisan penjawat awam di Malaysia khususnya dalam Jabatan berkaitan "Penguatkuasa" .

Taniah kepada Penguatkuasa Kastam Brunei keraja menjalankan tugas tanpa krompomi dan pastikan jangan ada Belas Kasihan kepada "mereka" yang melakukan kesalahan tersebut pada masa akan datang.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Kisah Sabah dan Sarawak setelah 50 membentuk "Malaysia". Apakah Status Taraf Sabah & Sarawak?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Sebuah Nukilan "Bebas" tentang ketidakpuasan hati terhadap sistem pemerintahan di Sebuah Negara Persekutuan yang diangotai oleh 3 Wilayah. Dan mungkin para Menteri hanya akan menjawap "you tak suka kerajaan sekarang u sila keluar Malaysia....

25 Tahun yang lepas kita masih dihargai 
sebagai taraf sebuah "Negara" di Negara 
Bersekutu "Malaysia" serta kita sama taraf
dengan Tanah Melayu dan Singapura.

Tetapi mungkin Sabah & Sarawak "Alpa" dan 
tidak sedar bahawa dalam tempoh 50 tahun
kita telah di"brainwash" termasuk beberapa
sejarah penting Sabah & Sarawak tidak diajar
buku sekolah. 

Kita diajar bahawa 16 september 1963 itu 
bukan tarikh penting dan yang penting adalah
31 Ogos 1957 dan turut diubah bahawa malaysia
merdeka 31 ogos.

Sedangkan Itu tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
Iaitu Rakan Kongsi Kita dalam Persekutuan "Malaysia"

Sabah Merdeka = 31 Ogos 1963
Sarawak Merdeka = 22 July 1963
Malaya Merdeka = 31 Ogos 1957

:: 16 September 1963 ::
Lahirnya Negara Persekutuan "Malaysia"
(Sabah,Sarawak,Singapura,Malaya)

:: 7 Ogos 1965 ::
Singapura Keluar dari Gagasan "Malaysia"

:: 8 Ogos 1965 ::
Singapura Merdeka sepenuhnya.

Sekarang Sabah & Sarawak sudah turun "Status"
Dari Sebuah Negara kepada Negeri ke 12 , 13.

Kini Usia "Pertunangan" Sabah , Sarawak dalam 
"Persekutuan Malaysia" baru sahaja 50 tahun..

50 tahun menjadi Anggota di "Malaysia".
Kita sedekahkan pelbagai hasil 
untuk bersama majukan "Malaysia"...
Kita sedekahkan sumber petroleom...
Kita sedekahkan hasil hutan...
Kita sedekahkan hasil pelancongan...

Sehingga berdirinya Menara Berkembar Petronas...
Dimana Hasilnya daripada kita...
Bagi Kita.. Menara itu berkembar...
Kerana ia melambangkan Titik Peluh..
Sabah & Sarawak....

Tapi sayang...tabung hasil kita dikorek
Sehingga kering kontang..
Kita menjadi Termiskin sekali..
Sedangkan mereka bermegah dengan hasil kita..

Tapi Cinta itu tak semestinya indah...

Kita diserang pelbagai isu...
Kita dicaci dihina sebagai masyarakat tak bertamadun..
Kita "masih tinggal dalam gua"....
Kita "masih lagi bercawat".....
Kita "Mengamalkan Ilmu Hitam"....

Semakin hari kita mudah lupa... 
Ayuh Sabahan & Sarawakian...
Misi kita baru bermula...
Biarpun mengambil masa yang lama..
Tahap kesabaran ada hadnya...

Kita mahu merasai nikmat Kemerdekaan Mutlak..
Tanpa "Jajahan" luar...

Sabah for Sabahan!
Sarawak for Sarawakian!



mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Text Penuh ucapan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah di Forum "Cerita Mengenai Penubuhan -Malaysia-".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Banyak yang telah ditulis mengenai penubuhan Malaysia dan, pada dasarnya, pandangan dalam tulisan-tulisan ini adalah konsisten. Namun, dukacita saya nyatakan bahawa pengetahuan mengenai penubuhan Malaysia adalah pada tahap yang tidak memuaskan, terutama di kalangan golongan masyarakat muda kita. Kita tidak seharusnya mengambil mudah sejarah dan masa lampau kita kerana sejarahlah yang menentukan duduk kita pada hari ini. Kejahilan yang wujud ini adalah sangat menyedihkan dan kita harus ingat bahawa seandainya dimanipulasi dan dieksploit oleh golongan tertentu akan menjadi cukup merbahaya dan mungkin saja akan mengancam kestabilan dan kesejahteraan kita.

2. Daripada pengamatan dan penelitian saya, adalah tidak keterlaluan untuk menyimpulkan bahawa masyarakat kebanyakan yang separa umur dari Sabah dan Sarawak tidak mengetahui dengan jelas mengenai penubuhan Malaysia, apa lagi golongan masyarakat yang sama dari Semenanjung. Apa pun, satu perkara yang pasti adalah kebencian dan rasa tidak puas hati bila mana Sabah dan Sarawak dianggap dan disamakan dengan 11 negeri lain di Semenanjung. Terdapat juga isu-isu lain, tetapi yang paling sering dipersoalkan adalah mengenai salah tanggap ini. Rasa tidak puas hati ini kedengaran di awal 80an lagi tetapi tidak pernah muncul di forum-forum yang rssmi. Namun demikian, ianya tetap kekal sebagai kudis yang mempunyai potensi untuk pecah dan memberikan kesengsaraan.

3. Parlimen pada penggal ini menyaksikan usul yang dibawa oleh anggota dari Sabah untuk melihat kembali Perjanjian 20 perkara yang melibatkan Sabah. Walaupun, ianya tidak diberikan keutamaan, dan tidak dibahas, saya fikir usahanya adalah satu permulaan yang baik. Paling tidak, akan tercatat rekod mengenai isu ini selain dari menyuntik perasaan ingin tahu di kalangan anggota-anggota yang lain.

4. Semaraknya jangkauan internet dan media sosial seperti Blog dan Facebook yang mencapai ke setiap pelusuk tanah air, telah merubah keadaan. Hari ini, kebanyakan orangramai mulai sedar tentang kemarahan rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak mengenai isu ini. Rasa tidak puas hati ini akan memuncak dengan kedatangan 16 September. Rungutan mengenai janji yang tidak ditepati akan memenuhi halaman media dengan berbagai cara. Rasa tidak puas hati ini datang dari hampir semua golongan masyarakat kita, sama ada dalam bentuk tulisan, ucapan dan sebagainya. Golongan yang mewakili pertubuhan agama menyatakan pemikiran mereka dari sudut agama dan golongan bisnes (ahli perniagaan dan sebagainya) membincangkan dari perspektif ekonomi. Isu-isu yang sering diutarakan termasuklah pendidikan, hak asasi manusia dan politik.

5. Terdapat banyak rungutan dan perasaan tidak puas hati yang diluahkan, tetapi sayang ianya tidak pernah ditanggap secara serius. Lebih mendukacitakan lagi, dengan pendedahan yang berlaku dan kemudahan untuk mengakses maklumat, masih tidak ramai anggota masyarakat yang mula berjinak membelek sejarah dan mengambil tahu proses yang terjadi sehingga tertubuhnya Malaysia. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk memanfaatkan kesempatan ini dan memberikan perspektif yang sekomprehensif mungkin dan mudah-mudahan saya mampu untuk mencuit dan mewujudkan perasaan ingin tahu yang mendalam di kalangan hadirin sekalian. Tetapi sebelum itu, saya fikir ada baik untuk kita melihat kepada beberapa rungutan yang sering muncul.

6. Ahli akademik dari Sabah dalam penulisannya telah membuat kenyataan yang sangat mengkhuatirkan mengenai apa yang terjadi terkait dengan penubuhan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia dengan kefahaman bahawa kepentingan kedua-dua negeri akan terus dipelihara. Kepentingan ini termaktub  dalam Perjanjian 20/18- Perkara, London Agreements dan Inter-Governmental Report (Jawatankuasa Antara Kerajaan [JAK]). Beliau menekankan bahawa kepentingan Sabah dan Sarawak tidak dipelihara atau dijaga dan malah diambil mudah dengan sesuka hati dan perkara berkaitan ditentukan mengikut kehendak dan keinginan Kuala Lumpur. Beliau menambah lagi dengan menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi kepada Persekutuan Tanah Melayu dalam Malaysia dan bukannya merupakan dua daripada 13 negeri dalam Malaysia. Sekumpulan ahli politik yang berasal dari Malaysia Timur dan beberapa aktivis sosial pergi lebih jauh dengan menggambarkan bahawa pelanggaran hak ini sebagai usaha  “mencuri” (memanfaatkan) kekayaan mereka.

7. Terdapat juga rungutan dari Sarawak yang memilih untuk menggambarkan permasalahan ini secara simbolik. Penubuhan Malaysia dilihat sebagai perkahwinan dengan perjanjian prenuptial, iaitu, Perjanjian 18 perkara. Beliau menjelaskan bagaimana si isteri, yakni, Sarawak, telah dikecewakan oleh si suami, Kuala Lumpur, yang tidak memberikan perhatian yang wajar,  tetapi tetap menjadi isteri yang setia, taat, berbuat baik dan bertanggungjawab.

8. Baru-baru ini, seorang ahli politik Sabah mengatakan dengan lantang bahawa Sabah adalah milik rakyat Sabah dan bukannya Malaysia kerana Perjanjian Malaysia belum dilaksanakan. Beliau berhasrat agar pelaksanaan perjanjian ini disemak semula dan pada masa yang sama menangani rasa tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak. Beliau juga menyatakan bahawa Sabah telah kehilangan sebahagian besar daripada 20 Perkara yang disepakati terutama apabila keputusan yang berkaitan dengan Sabah,  diputuskan oleh Kuala Lumpur semata-mata. Lebih buruk lagi, beliau merasakan bahawa Sabah telah dilayan seperti sebuah negeri jajahan (koloni) dan bukannya sebagai rakan kongsi yang sama dalam Malaysia. Seorang Paderi Besar Sabah, yang bercakap pada Hari Malaysia 2012, mempersoalkan sama ada perjanjian yang menegakkan kebebasan dan hak-hak serta adat resam negeri dipelihara. Beliau juga dengan jelas menyatakan bahawa kesepakatan mengenai penjagaan hak-hak inilah yang meyakinkan Sabah (North Borneo ketika itu) dan Sarawak untuk membentuk Malaysia bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

9. Seorang aktivis dengan gelaran anak jati Sabah, dalam melepaskan kekecewaan beliau, tanpa berselindung menegaskan bahawa rakyat Malaysia di Semenanjung adalah salah apabila menyatakan bahawa Sabah menyertai Malaysia. Hakikatnya, Malaysia tidak pernah wujud tetapi hanya wujud apabila Sabah, bersama-sama dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung dan  membentuknya. Beliau mendakwa bahawa Perjanjian 20 Perkara dan Batu Sumpah (didirikan di Keningau sebagai peringatan sokongan Sabah untuk penubuhan Malaysia dan Perjanjian 20 Perkara) tidak dihormati dan telah diketepikan oleh Kuala Lumpur. Kekesalan beliau dapat dilihat dengan kata-kata yang terluah, "Batu Sumpah dan Perjanjian 20 Perkara secara perlahan-lahan dan berterusan diremehkan dan diketepikan oleh Kuala Lumpur."

10. Sentimen yang sama juga di utarakan oleh seorang ahli profesional dari Sarawak. Beliau malah pergi lebih jauh dengan mengatakan wajar bagi Sarawak untuk memilih keluar daripada Malaysia kerana layanan yang tidak baik daripada Kuala Lumpur yang melanggar Perjanjian 18 Perkara. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa terdapat kebaikan untuk berada dalam Malaysia tetapi perkara yang terkandung dalam Perjanjian 18 Perkara perlu dipelihara dan dihormati.

11. Gambaran di atas adalah merupakan beberapa contoh perkara yang mengekang hubungan baik antara Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur. Isu-isu ini adalah kritikal terutama apabila dilihat dari perspektif politik wilayah yang unik kepada Malaysia. Mereka perlu diperbetulkan dan beban yang paling besar adalah kepada orang-orang yang berkuasa dan mempunyai pengaruh politik yang kuat. Hanya dengan cara ini kita akan mempasti dan mengekalkan kewujudan Malaysia yang progresif, dihormati dunia, dan membawa makna kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

12. Hadirin dan hadirat sekalian, untuk memulakan proses perbaikan ini, ada baiknya kita lihat kepada kejadian-kejadian yang membawa kepada penubuhan Malaysia. Saya juga berharap agar kita melihat ini dengan fikiran yang terbuka, tanpa sebarang persepsi. Kita hayati rungutan yang diluahkan tanpa sebarang prejudis dan janganlah kita cepat menyimpulkan bahawa sesuatu “perkara” itu tidak penting, tidak sesuai atau tidak relevan lagi. Sebaliknya kita lihat kepada kesemua isu dan tangani mereka dengan sewajarnya.

13. Dalam ucapan beliau pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman, bercakap mengenai keputusan untuk menubuhkan satu persekutuan. Beliau mengatakan bahawa penubuhan itu dibuat dengan "hati-hati sekali dan pemikiran yang mantap." Kesepakatan itu yang dihasilkan melalui "perdebatan dan perbincangan" serta "inkuiri dan pungutan suara yang diadakan selama dua setengah tahun." Tunku juga bangga kerana Malaysia telah ditubuhkan "melalui kesepakatan hasil dari perbincangan dan perdebatan yang berlaku dalam suasana yang mesra dan penuh tolak ansur”. Beliau juga yakin bahawa kerjasama, kerukunan dan kesepakatan yang wujud telah didorong oleh keinginan untuk berkongsi nasib dan haluan yang sama. Jasa Tunku dan pemimpin-pemimpin lain dalam menubuhkan Malaysia mesti dihargai dan wajar untuk kita mempastikan hasrat dan keinginan serta kesepakatan yang menjadi asas kepada penubuhan Malaysia dijaga dan dipertahankan.

14. Terdahulu daripada itu, pada Mei 1961, di Hotel Delphi Singapura, Tunku telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama ekonomi dan politik yang rapat dan dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Antara lain, kerjasama ini akan menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Di samping itu, gagasan ini juga akan dapat mengimbangi komposisi kaum penduduk, meningkatkan (mempercepatkan) kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. 

Cadangan ini diterima baik oleh Great Britain dan selaras dengan sikap mereka pada waktu itu untuk membebaskan kawasan jajahan mereka . Walau bagaimanapun terdapat kekhuatiran terutama mengenai kemungkinan ianya ditentang oleh pemimpin-peminpin tempatan di ketiga-tiga wilayah Borneo. 

Kekhuatiran ini terbukti betul apabila Sarawak United Peoples Party, Partai Rakyat Brunei dan United National Kadazan Organisation membentuk Barisan Bersatu untuk menolak penubuhan ini dengan kenyataan bahawa cadangan penubuhan ini “tidak dapat diterima sama sekali”.  Sikap yang sama juga diambil oleh Sarawak National Party dan rekod sejarah juga mencatatkan penolakan dari kalangan orang-orang di pedalaman Borneo Utara. Pada peringkat ini terdapat juga pemikiran bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu bagi menggantikan penjajahan British.

15. Untuk menangani penolakan ini, Tunku melawat Sarawak dan Borneo Utara pada bulan Julai dan Ogos 1961 untuk memenangi hati dan pemikiran masyarakat dengan menjelaskan secara terperinci rancangan dan manfaat penubuhan. Pada masa yang sama lawatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dari Borneo untuk melihat sendiri keadaan di Tanah Melayu meyakinkan mereka bahawa Malaysia adalah satu idea yang baik. Di samping itu, pemimpin-pemimpin tempatan Sarawak pula telah dihantar untuk menyertai Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel yang berlangsung di Singapura. Kesempatan ini mereka ambil untuk membincangkan secara bersemuka mengenai konsep Malaysia secara lebih terperinci dengan rakan-rakan dari Tanah Melayu dan Singapura.

16. Kesepakatan mengenai penubuhan Malaysia dicapai dan pada Julai 1961 apabila pemimpin-pemimpin ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. 

Jawatankuasa ini bersidang selama empat kali dan di mesyuarat terakhir yang berlangsung di Singapura pada Februari 1962, Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Borneo Utara terhadap penubuhan Malaysia. Memorandum tersebut dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold yang telah ditubuhkan untuk menentukan sama ada rakyat Borneo Utara dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Pada Jun 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold telah diserahkan kepada kerajaan Tanah Melayu dan British. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

17. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Cobbold juga melaporkan bahawa sebahagian besar penduduk, terutama di kawasan pedalaman, tidak mempunyai penghayatan sebenar mengenai konsep Malaysia. Namun, sepertiga dari mereka menyokong penubuhan dan konsep Malaysia dan berharap ianya dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Golongan ini tidak terlalu mengambil berat tentang syarat dan terma penubuhan. Sepertiga lagi pada dasarnya menyokong penubuhan Malaysia tetapi menetapkan syarat dan perlindungan yang berbagai yang perlu ditepati. Yang selebihnya terbahagi kepada kelompok yang menginginkan kemerdekaan sebelum menubuh Malaysia dan kelompok yang ingin kekal di bawah pemerintahan British.

18. Suruhanjaya juga memberi amaran yang intinya "Malaysia harus dianggap oleh semua pihak sebagai pertubuhan rakan kongsi, menggabungkan demi kepentingan bersama untuk mewujudkan sebuah negara baru tetapi mengekalkan keunikan (keperibadian) masing-masing. Jika terdapat sebarang ide atau pemikiran yang mengarah kepada Malaysia sebagai 'pengambilalihan' wilayah-wilayah Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu dan menghilangkan keunikan (individualities) Borneo Utara dan Sarawak, maka konsep Malaysia tidak akan diterima dan berjaya." (It is a necessary condition that from the outset, Malaysia should be regarded by all concerned as an association of partners, combining in the common interests to create a new nation but retaining their own individualities. If any idea were to take root that Malaysia would involve a ‘take –over’ of the Borneo territories by the Federation of Malaya and the submersion of the individualities of North Borneo and Sarawak, Malaysia would not be generally acceptable and successful).

19. Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) telah ditubuhkan atas syor Suruhanjaya Cobbold untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping melindungi hak dan kepentingan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak. Pada mesyuarat pertama di Jesselton pada 30 Ogos, 1962, IGC mengemukakan memorandum yang antara lain, memberikan hak kepada kedua-dua wilayah untuk mengawal urusan yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan selama 10 tahun sebelum diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Memorandum ini, dengan beberapa pengubahsuaian, telah dimasukkan ke dalam Akta Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri yang berkaitan. Perlindungan hak dan kepentingan inilah yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara untuk Sabah dan Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak.

20. Secara ringkas Perjanjian 20 Perkara untuk Borneo Utara adalah berkaitan dengan :



Agama
Bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa Inggeris
Perlembagaan yang merupakan suatu dokumen yang baru
Ketua Persekutuan
Nama Persekutuan
Kawalan imigresen oleh negeri
Hak pemisahan
Borneonisasi (Perkhidmatan Awam)
Kedudukan pegawai British
Kerakyatan
Cukai dan kewangan
Kedudukan dan hak istimewa untuk bumiputera
Kerajaan Negeri
Peraturan masa peralihan
Pendidikan
Perlindungan perlembagaan
Perwakilan di Parlimen Persekutuan
Nama Ketua Negeri
Nama Negeri dan
Tanah, hutan dan kerajaan tempatan, dan lain-lain


Dua perkara terakhir iaitu mengenai nama negeri dan tanah, hutan dan kerajaan tempatan, dan lain-lain tidak berada dalam Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak.

21. Perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian 20/18 Perkara seharusnya disemak semula selepas 10 tahun. Tun Razak, yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menubuhkan jawatankuasa dalam tahun 1973 yang dipengerusikan oleh timbalannya, Tun Dr. Ismail, untuk mengkaji semula perjanjian IGC. Walau bagaimanapun, jawatankuasa tersebut tidak bersidang sama sekali dalam tahun itu kerana kebetulan Rang Undang-Undang Draf Akta Pembangunan Petroleum (PDA) sedang disediakan pada masa itu. Kebijaksanaan pada waktu itu adalah untuk mengutamakan penerimaan PDA oleh Sabah dan Sarawak. Apabila PDA mula dikuatkuasakan, saya ditugaskan oleh Tun Razak untuk mempastikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang berkaitan menanda tangani perjanjian seperti keperluan dalam PDA. Pada kesempatan ini, Sabah dan Sarawak menzahirkan dengan tegas kedudukan mereka.

22. Apapun, Tun Dr Ismail meninggal dunia pada Ogos 1973 dan ini diikuti dengan kematian Tun Razak pada bulan Januari 1976, menyebabkan urusan penyemakan perjanjan IGC di- ketepikan buat sementara. Saya ingin tegaskan di sini bahawa semakan semula itu tidak berlaku dan niat Tun Razak sebenarnya mencerminkan niat baik kerajaan persekutuan dalam menjaga hubungan dengan Sabah dan Sarawak. Niat ini dibelakangkan memandangkan keperluan kepada perkara penting seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Mungkin saja semakan semula ini kita pertimbangkan lagi sekarang sempena meraikan ulang tahun ke 50 Malaysia.

23. Kisah Malaysia tidak akan lengkap jika saya tidak menyentuh mengenai reaksi yang signifikan daripada Indonesia dan Filipina mengenai penubuhan Malaysia. Indonesia telah menarik balik sokongan awal untuk konsep tersebut. Kerajaan Filipina juga membantah penubuhan Malaysia dan mengumumkan tuntutan terhadap Borneo Utara. Ini membawa kepada satu lagi pusingan penilaian pendapat umum, kali ini oleh PBB. Laporannya telah diumumkan pada 13 September, 1963. PBB mengesahkan bahawa rakyat Borneo Utara dan Sarawak telah secara bebas menyatakan hasrat mereka untuk penubuhan Malaysia. Mereka sedar bahawa ini akan mengubah status mereka. Laporan itu juga menyatakan bahawa hasrat ini telah "dinyatakan melalui proses demokrasi dengan pengetahuan yang cukup, dikendalikan secara bebas dan saksama dan berdasarkan hak mengundi sejagat." Perjanjian Malaysia telah ditandatangani lebih awal iaitu pada 9 Julai, 1963, di Rumah Marlborough di London, dengan harapan Malaysia akan rasmi lahir pada 31 Ogos, 1963 . Walau bagaimana pun, hasrat ini tidak tercapai kerana peristiharan Malaysia hanya dibuat pada 16 September 1963 untuk menampung laporan PBB yang hanya siap dua hari lebih awal.

24. Saya telah memberi gambaran yang komprehensif tentang kewujudan Malaysia. Malangnya, ia tidak sepadan atau tidak tepat dengan apa yang telah dipersetujui pada asalnya. Kita boleh memberikan pelbagai penjelasan dan alasan untuk ini, tetapi saya dengan rendah hati berharap agar kita tidak memilih untuk berbuat demikian. Marilah kita sepakat membangkitkan keberanian untuk mengiktiraf dan mengakui bahawa kita mempunyai masalah. Sikap sedemikian adalah permulaan yang baik untuk proses penyelesaiannya.

25. Kita sedar dan harus terima hakikat bahawa maklumat berkaitan dengan penubuhan Malaysia dalam domain awam adalah tidak mencukupi atau tidak wujud sama sekali. Kekurangan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ketegangan antara rakyat Malaysia di kedua-dua belah Laut China Selatan. Yang pasti, ketidakfahaman  (salah tanggap) ini bukanlah disengajakan tetapi disebabkan oleh kedaifan ilmu pengetahuan. Saya yakin bahawa kebanyakan perselisihan ini tidak lahir daripada niat jahat atau prasangka buruk. Kesilapan lazim yang menganggap bahawa Sabah dan Sarawak adalah dua negeri di Malaysia adalah contoh terbaik. Ia adalah satu kesilapan yang mengundang berang (kemarahan) rakyat Sabah dan Sarawak (terutama yang mengetahui sejarah) dan menghantui mereka. Kita mesti memperbetulkan salah faham ini, dan sebagai permulaan, kita harus menyediakan fakta yang tepat mengenai penubuhan Malaysia. Untuk memberikan kefahaman secara menyeluruh, bahagian sejarah yang penting ini patut dimasukkan dalam kurikulum sekolah kita.

26. Baru-baru ini kenyataan akhbar yang dibuat oleh salah seorang Menteri Kerajaan Negeri Sabah membuktikan bahawa kedangkalan pengetahuan ini wujud di setiap lapisan masyarakat. Dalam konteks ini, ianya lebih parah kerana yang membangkitkan kemarahan Menteri tersebut adalah pemimpin dari Semenanjung yang telah bercakap tanpa pengetahuan yang cukup sehingga menyentuh sensitiviti dan integriti masyarakat di Sabah dan Sarawak.

27. Perlu kita jelaskan, bahawa 31 Ogos adalah tidak signifikan kepada Sabah dan Sarawak, sebesar manapun sambutannya. Ia hanyalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Sebaliknya, 16 September - Hari Malaysia – adalah lebih penting dan seharusnya menjadi salah satu hari besar dalam sejarah Malaysia. Oleh yang demikian, hari tersebut perlu diraikan sebagai perayaan utama dalam kalendar peristiwa negara kita.

28. Saya juga ingin menjelaskan bahawa Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, adalah tidak wajar untuk kita mengatakan bahawa kedua-dua Perjanjian ini tidak lagi wujud ataupun relevan. Pemikiran sebegini tidak konsisten dan menyentuh perkara yang sensitive yang boleh menggugat keharmonian semua. Apa pun, Batu Sumpah Keningau akan berdiri selama-lamanya sebagai monumen kepada semangat Perjanjian 20 Perkara.

29. Pertanyaan seterusnya adalah apakah langkah kita selanjutnya? Bagaimanakah cara dan kaedah untuk kita menangani kemelut ini?  Seperti yang saya sebut di awal ucapan saya, soalan-soalan ini paling tepat dijawab oleh golongan yang berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan negara. Saya fikir, mereka bertanggungjawab untuk mengambil sikap dan memulakan proses perbaikan ini. Kita perlu membuktikan bahawa kata-kata sinis yang menganggap bahawa penubuhan Malaysia hanyalah merupakan peralihan kuasa dari British kepada Tanah Melayu adalah tidak benar. Kita juga harus membuktikan bahawa amaran yang dizahirkan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold juga tidak berasas. Kita mesti melakukan semua ini dan mengukuhkan penubuhan dan perkembangan Malaysia yang bersatu, makmur dan harmonis.

30. Malaysia yang seperti ini akan mempastikan pertumbuhan, perkembangan dan kestabilan tanah air yang kita cintai. Pertumbuhan dan kestabilan ini juga akan memberikan manfaat kepada rantau kita ini yang berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan. Malaysia yang bersatu, makmur dan harmonis akan pasti dihormati dan dikagumi oleh masyarakat antarabangsa. Memandangkan ketidaktentuan politik di Sabah, Malaysia yang bersatu dan aman serta yakin dengan kedudukannya di kacamata masyarakat antarabangsa, akan dapat memainkan peranan yang penting dan membantu menyelesaikan masalah yang rumit dan mengancam rantau ini. Sebagai contoh, Malaysia boleh memyuarakan pendapat dan menenangkan keadaan dalam usaha untuk mengatasi tuntutan bertindih oleh pelbagai negara terhadap Kepulauan Spratlys.

31. Suka saya mengingatkan bahawa keperitan, ketegangan dan kesengsaraan di kalangan masyarakat akan cenderung untuk lebih parah pada masa-masa kesulitan ekonomi. Memandangkan masih terdapat kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman, yang diklasifikasikan sebagai miskin dengan taraf hidup yang jauh di bawah berbanding dengan penduduk bandar, maka tidak hairanlah jika perasaan tidak puas hati terhadap masyarakat di Semenanjung dirasakan. Gambaran bahawa Lembah Kelang menikmati kekayaan yang jauh lebih tinggi (secara benar atau tidak) berbanding kedua-dua wilayah di Malaysia Timur ini adalah tidak membantu sama sekali. Keadaan tersebut seperti kenaikan harga petrol baru-baru ini juga memburukkan lagi keadaan bilamana kos tambahan kedua-dua, barang dan perkhidmatan di bebankan kepada pengguna. Ini akan meningkatkan lagi masalah kewangan yang dialami oleh golongan miskin di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kerajaan perlu serius memikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Saya fikir sudah tiba masanya untuk kerajaan menyerap peningkatan kos ini dan meringankan beban masyarakat. Seandainya ini ditangani dengan betul, saya yakin proses untuk mengurangkan persepsi negatif terhadap Kuala Lumpur yang menghantui pemikiran masyarakat di Sabah dan Sarawak akan berjaya.

Terima kasih.
Ucapan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Presiden Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH)

Di Majlis Forum anjuran Angkatan AMANAH Merdeka Malaysia Cawangan Sabah pada hari Jumaat, 29.11.13 jam 3.00 ptg Bertempat di Sekolah Menengah Kian Kok, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu

Sumber : http://tengkurazaleighhamzah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=334%3Acerita-mengenai-penubuhan-malaysia&catid=50%3Ablog&Itemid=131

Salad Anak Kampung di Kepulauan Borneo dijamin 'terliur'!.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salad Anak Kampung Nama diberi , rasanya ramai yang tak pernah mencuba style seperti gambar dibawah dimana Pucuk Empasak ( Ubi Muda ) , Kacang Panjai ( Kacang Panjang ) dan Buah Rampu' (Buah Timun) dimakan bergitu sahaja sambil dicecah dengan sambal belacan yang cukup pedas .


Cara untuk menghidangkanya cukup senang sekali . Kalau di kawasan Kem Sikamat Negeri Sembilan banyak Pucuk Ubi yang liar di tepi jalan pergilah kutip.

Untuk Membuat Salad Anak Kampung Mr.J adalah:
1. Pastikan 2 tin beer ada ( hehehe~ ).
2. Rebuskan Pucuk Ubi dan juga Kacang Panjang . ( Masukkan sedikit garam ).
4. Toskan / Buang air.

Sambal Belacan Anak Kampung Mr.J adalah
1. Ikan Bilis Tidak dibuang kepala.
2. Bawang Putih / Merah .
3. Cili Padi ( Secukup agak - agak )
4. Garam / Ajinomoto
5. Halia ( Agak - agak ).
6. Hancurkan semua dengan mesin pengisar atau dengan lesung batu.
7. Pakaikan Helmet demi keselamatan sebelum menumbuk Cili .
8. Sedia dan Rasa. Makan . Pedas . Minum Beer..


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Senarai Sub Etnik Rumpun/Kaum Dayak di Pulau Borneo.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Rumpun Dayak Banuaka berbahasa Sulawesi Selatan

Suku Dayak Embaloh/Tamambaloh [emb] (induk orang Melayu Embau[4]) (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kalis [emb] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Taman [tmn] (Kalimantan Barat)

Rumpun Orang Daya (Orang Darat) berbahasa Dayak Darat

Suku Dayak Bakati’ [bei] (Kalimantan Barat)
Bakati’, Rara [lra] (Malaysia (Sarawak))
Bakati’, Sara [sre] (Kalimantan Barat)
Bidayuh, Biatah [bth] (Malaysia (Sarawak))
Bidayuh, Tringgus-Sembaan [trx] (Malaysia (Sarawak))
Bidayuh, Bau [sne] (Malaysia (Sarawak))
Bidayuh, Bukar-Sadong [sdo] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Gun (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Jangkang [djo] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Pomkpang [djo] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Pangkodatn (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Pandu (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Simpakng (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kembayan [xem] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kerambai [xem] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Ribun [rir] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Bekidoh [rir] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Semandang/Suku Dayak Samanakng [sdm] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kualantn [sdm] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Gerai [sdm] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Beginci [sdm] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Bihak [sdm] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Komi/Domit [sdm] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kualantn [sdm] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Benyadu’ [byd] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Pandu [byd] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Sanggau [scg] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Sekajang [scg] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Mayau [scg] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Dosan [scg] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Ahe [ahe] (Kalimantan Barat)[8]
Suku Dayak Jagoi [sne] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Nyadu [nxj] (Kalimantan Barat)
Dayak, Land /Suku Dayak Mali [dyk] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Lintang (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Sekayam (Kalimantan Barat)

Rumpun Dayak Kanayatn berbahasa Melayik Borneo Barat

Suku Dayak Keninjal [knl] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kubitn/Kubing [knl] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kanayatn / Kendayan [knx] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Damea [knx] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Selako [skl] (Kalimantan Barat)
[sunting]Rumpun Dayak Iban (Dayak Laut) berbahasa Melayik Borneo Barat
Suku Dayak Balau [blg] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Remun [lkj] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Mualang [mtd] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Seberuang [sbx] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Sebuyau [snb] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Iban (Kuching) [iba] (Malaysia (Sarawak))[10]
Suku Dayak Batang Lupar [iba] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Bugau [iba] (Kalimantan Barat)[11]
Suku Dayak Kantu' [iba] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Desa [iba] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Ketungau [iba] (Kalimantan Barat) terdiri Suku Dayak Bulik[(Kalteng),
Suku Dayak Ketungau Sesat, Suku Dayak Ketungau Banyur[13] (Kalbar), dll
Suku Dayak Sebaruk [iba] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Sungkung [iba] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Undau [iba] (Kalimantan Barat)[14]
Suku Dayak Randuk [iba] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Iban Dau [iba] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Iban Lemanak [iba] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Iban Sibu [iba] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Iban Skrang [iba] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Iban Ulu Ai [iba] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Iban Undup [iba] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Tabun [iba] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Saribas [iba] (Kalimantan Barat)

Rumpun Dayak Melayik berbahasa Melayik Borneo Barat

Suku Dayak Pangin [xdy] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Delang [xdy] (Kalimantan Tengah)[12]
Suku Dayak Belantikan [xdy] (Kalimantan Tengah)[12]
Suku Dayak Batang Kawa [xdy] (Kalimantan Tengah)[12]
Suku Dayak Arut [xdy] (Kalimantan Tengah)[12][17]
Suku Dayak Tomun [xdy] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Tamuan [xdy] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Sampit [xdy] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Suhaid [xdy] (Kalimantan Barat)[18]
Suku Dayak Semitau [xdy](Kalimantan Barat)
Suku Dayak Mentebah [xdy](Kalimantan Barat)
Suku Dayak Suruk [xdy] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kayung [xdy] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Sekakai [xdy] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Jelai(Kalimantan Barat)[12]
Suku Dayak Simpakng [xdy] (Kalimantan Barat)[19]
Suku Dayak Krio [xdy] (Kalimantan Barat)[20]
Suku Dayak Kendawangan [xdy] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Laur [xdy] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Pesaguan [xdy] (Kalimantan Barat)SAMBAYAN "lagu dayak Pesaguan Kab.Ketapang Kal-Bar."

Rumpun Dayak Meratus-Kutai berbahasa Melayik Borneo Timur

Suku Dayak Meratus [bvu] & suku Banjar Hulu [bjn]
Suku Kedayan [kxd] /Orang Bukit/ Kendayan Brunei[22]
Suku Kutai Hulu
Suku Berau?

Rumpun Dayak Ot Danum berbahasa Barito Barat

Suku Dayak Kebahan (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Pawan (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Tebidah (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Limbai (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Cohie (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Malahui (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Payak (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Ot Danum [otd] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Dohoi [otd] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Sebaung [otd] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kuhin [otd] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Kadorih [otd] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Siang [sya] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Murung [sya] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Kohin [kkx] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Barai
Suku Dayak Linuh
Suku Dayak Sane
Suku Dayak Randu’
Suku Dayak Batu Entawa
Suku Dayak Lamantawa
Suku Dayak Keluas
Suku Dayak Kepuas
Suku Dayak Nyadupm
Suku Dayak Ella
Suku Dayak Kenyilu
Suku Dayak Ransa
Suku Dayak Ingar Silat
Suku Dayak Silath muntok

Rumpun Dayak Ngaju (Biaju) berbahasa Barito Barat

Suku Dayak Kahayan (Ngaju Kahayan) [xah] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Katingan (Ngaju Katingan) [kxg] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Mendawai (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Bakumpai [bkr] (Kalimantan Selatan)
Suku Dayak Mengkatip [bkr](Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Berangas (Kalimantan Selatan), tahun 2010 dinyatakan punah beserta bahasanya karena melebur ke dalammainstream orang Banjar Kuala[24]
Suku Dayak Beraki (Bara-ki) (sudah punah)[25]

Rumpun Dayak Dusun-Maanyan berbahasa Barito Timur

Suku Dayak Dusun Malang [duq] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Dusun Bayan [duq] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Dusun Witu [duw] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Dusun Pepas [duw] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Dusun [duw] (Kalimantan Tengah)
Paku [pku] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Maanyan [mhy] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Dusun Balangan [mhy] (Kalimantan Selatan)
Suku Dayak Samihim [mhy] (Kalimantan Selatan)

Rumpun Dayak Lawangan berbahasa Barito Timur

suku Dayak Lawangan [lbx] (Kalimantan Tengah)
suku Dayak Kali [lbx] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Bawo [lbx] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Bentian [lbx] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Benuaq [lbx] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Paser [lbx] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Tawoyan [twy] (Kalimantan Tengah)
Suku Dayak Dusun Deyah [dun] (Kalimantan Selatan)
Suku Dayak Abal (Kalimantan Selatan), tahun 2010 dinyatakan punah beserta bahasanya karena melebur ke dalam masyarakat orang Banjar Pahuluan[24]
Suku Dayak Tunjung [tjg] (Kalimantan Timur)
Ampanang [apg] (Kalimantan Timur)

Rumpun Melanau-Kajang berbahasa Borneo Utara

Suku Dayak Bukitan [bkn] (Kalimantan Barat dan Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Kajaman [kag] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Lahanan [lhn] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Sekapan [skp] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Sian [spg] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Ukit [umi] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Melanau (Pusat) [mel] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Melanau Daro-Matu [dro] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Melanau Kanowit-Tanjong [kxn] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Melanau Sibu [sdx] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Seru [szd] (Malaysia (Sarawak))

Rumpun Sarawakan Utara (Orang Ulu & Tidung) berbahasa Borneo Utara

Suku Dayak Berawan, Central [zbc] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Berawan, East [zbe] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Berawan, West [zbw] (Malaysia (Sarawak)
Suku Dayak Belait [beg] (Brunei)
Suku Dayak Kiput [kyi] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Lelak [llk] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Narom [nrm] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Tutong [ttg] (Brunei)
Suku Dayak Bintulu [bny] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Kelabit [kzi] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Lengilu [lgi] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Lun Bawang [lnd] (Sarawak)[27]
Suku Dayak Lundayeh [lnd] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Putoh [put] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Abai [put] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Sa’ban [snv] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Merau [snv] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Tring [tgq] (Malaysia (Sarawak)
Suku Dayak Keningau Murut [kxi] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Okolod [kqv] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Paluan [plz] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Murut/Suku Dayak Selungai Murut [slg] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Tagal Murut [mvv] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Timugon Murut [tih] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Bookan [bnb] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Bulungan [blj] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Kalabakan [kve] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Tingalan/Sembakung Murut [sbr] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Serudung Murut [srk] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Tidung [tid] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Bahau [bhv] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Kayan Mahakam [xay] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Kayan Baram [kys] (Sarawak)
Suku Dayak Kayan Busang [bfg] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Kayan Sungai Kayan [xkn] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Kayaan Mendalam [xkd] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kayan Rejang [ree] (Sarawak)[28]
Suku Dayak Kayan Wahau [whu] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Modang [mxd] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Wehea [mxd] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Segai [sge] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Segah [sge] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Kelay [sge] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Aoheng [pni] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Hovongan [hov] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Kereho [xke] (Kalimantan Barat)
Suku Dayak Seputan [xke] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Punan Aput [pud] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Punan Merah [puf] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Bukat [bvk] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Murik [mxr] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Kenyah Wahau [whk] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Lebu' Kulit [whk] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Long Wat [ttw] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Sebop [sib] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Uma’ Lasan [xky] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Uma’ Lung [ulu] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Kenyah Pusat [xkl] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Penan, Eastern [pez] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Penan, Western [pne] (Malaysia (Sarawak))
Suku Dayak Punan Tubu [puj] (Kalimantan Timur)

Rumpun Rejang-Sajau berbahasa Borneo Utara

Suku Dayak Basap [bdb] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Berusu [bqr] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Penan, Bah-Biau [pna] (Sarawak)[29]
Suku Dayak Punan Merap [puc] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Sajau Basap [sjb] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Punan Sajau [sjb] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Punan Basap [sjb] (Kalimantan Timur)
Suku Dayak Punan Batu (2) [sjb] (Kalimantan Timur)

Rumpun Sabahan (Kadazan-Dusun) berbahasa Borneo Utara

Suku Dayak Bisaya, Brunei [bsb] (Brunei)
Suku Dayak Bisaya, Sabah [bsy] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Bonggi [bdg] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Tatana [txx] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Dusun, Central [dtp] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Dusun Sugut [kzs] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Dusun Tambunan [kzt] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Dusun Tempasuk [tdu] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Kota Marudu Tinagas [ktr] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Minokok [mqq] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Kadazan, Labuk-Kinabatangan [dtb] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Gana [gnq] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Kadazan, Coastal [kzj] (Sabah)[31]
Suku Dayak Kadazan, Klias River [kqt] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Kimaragang [kqr] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Kota Marudu Talantang [grm] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Kuijau [dkr] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Lotud [dtr] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Papar [dpp] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Rungus [drg] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Dusun Tobilung [tgb] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Dumpas [dmv] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Ida’an [dbj] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Kinabatangan, Upper [dmg] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Lobu, Lanas [ruu] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Lobu, Tampias [low] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Abai Sungai [abf] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Dusun Tombonuo [txa] (Malaysia (Sabah))
Suku Dayak Yakan [yka] (Filipina)

Rumpun Punan Batu berbahasa Borneo Utara

Suku Dayak Punan Batu 1 [pnm] (Malaysia (Sarawak))

Lain-lain

Suku Dayak Agabag
Suku Dayak Dusun Segama
Suku Dayak Dusun Tindal
Suku Dayak Bundu
Suku Dayak Idahan
Suku Dayak Iranun
Suku Dayak Kerayan
Suku Dayak Kimensi
Suku Dayak Labuk
Suku Dayak Lebang
Suku Dayak Lobou
Suku Dayak Membulu
Suku Dayak Orung Daan
Suku Dayak Panihin
Suku Dayak Sontas[32]
Suku Dayak Sisakng
Suku Dayak Badat
Suku Dayak Senangkat’n
Suku Dayak Mugut
Suku Dayak Pontent
Suku Dayak Ransa
Suku Dayak Kenyilu
Suku Dayak Kahoi
Suku Dayak Tobak
Suku Dayak Kolangan
Suku Dayak Bohokam
Suku Dayak Selawe
Suku Dayak Randu'
Suku Dayak Sekujam
Suku Dayak Sekubang
Suku Dayak Papak
Suku Dayak Nanga
Suku Dayak Goneh
Suku Dayak Silan Munto'
Suku Dayak Majau
Suku Dayak Kancikng
Suku Dayak Cempede’
Suku Dayak Sajan
Suku Dayak Banjur
Suku Dayak Baya
Suku Dayak Laur
Suku Dayak Joka’
Suku Dayak Pawatn
Suku Dayak Konyeh
Suku Dayak Tumbang Pauh
Suku Dayak Gerunggang
Suku Dayak Pangkalan Suka
Suku Dayak Kebuai
Suku Dayak Tola’
Suku Dayak Marau
Suku Dayak Batu Tajam
Suku Dayak Kengkubang
Suku Dayak Kekura’
Suku Dayak Tanjung
Suku Dayak Benatuq
Suku Dayak Sumanjawat
Suku Dayak Penyarangan
Suku Dayak Parangkunyit
Suku Dayak Perigiq
Suku Dayak Riam
Suku Dayak Belaban
Suku Dayak Batu Payung
Suku Dayak Pelanjau
Suku Dayak Membuluq
Suku Dayak Menggaling
Suku Dayak Air Upas
Suku Dayak Air Durian
Suku Dayak Sempadian

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©