Sindiket Sex Scam "Pelacur Tipu Pelangan" di Sibu, Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sibu, Sarawak nama yang tidak asing lagi bagi 'masalah' sosial . Sibu sering dikaitkan dengan tempat 'penjenayah' suatu ketika dahulu dan juga merupakan 'sarang' kepada dunia gengster di Sarawak tetapi Mr.J tidak mahu mengulas dengan lanjut kerana Pihak Berkuasa tahu apa yang mereka buat dan akan buat serta tengah buat.

gambar hiasan
Kali ini Mr.J hendak mengulas mengenai modus operandi yang berkaitan dengan Sindikit Scam Pelacuran , kejadian ini sudah lama berlaku tetapi mungkin tiada laporan polis dibuat akibat si mangsa tidak mahu menangung aib ataupun malu atas sikap 'melangan pelacur' terbongkar.

Atas dek Nafsu maka hilanglah segala duit, maruah bahkan segalanya, hal ini telah berlaku apabila seorang pemuda 'forever alone' mengajak seorang wanita seksi yang berkeliaran di kaki lima ke sebuah hotel berdekatan tetapi malangnya ianya adalah sebuah 'umpan' untuk memancing si lelaki tersebut sepertimana Mr.J mengunakan umpan roti untuk mendapatkan Ikan Lajong di Sungai Rajang berdekatan Waft Express Sibu .

Setelah itu , wanita tersebut naiklah ke bilik hotel dan tidak sampai beberapa minit kemudian maka muncul susuk lembaga lelaki iaitu dipercayai adalah suami kepada wanita tersebut dan maka bermulalah babak drama sinetron iaitu mendesak si mangsa untuk membayar sejumlah wang sebagai 'pembebasan' daripada dibelasah atau dimalukan dikhalayak ramai.

SIBU: Seorang lelaki berusia 20-an mengalami kerugian RM2,000 selepas melanggani seorang wanita di sebuah hotel di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 10 pagi, lelaki terbabit terserempak dengan seorang wanita di kaki lima dan kemudian mempelawanya ke sebuah hotel bajet yang berdekatan. 
Semasa berada di bilik hotel tersebut, wanita terbabit sedang menanggalkan pakaian pengadu selepas mereka bercumbu-cumbuan di dalam bilik hotel. Tanpa disangka, tiba-tiba mereka berdua terdengar ketukan pintu bilik memaksa pasangan tersebut terkejut dari lamunan untuk membuka pintu bilik hotel tersebut. 
“Kenapa awak bawa bini saya?” kata salah seorang daripada empat lelaki yang berada di luar pintu tersebut. Rujuk Borneo Post 5/2/14
Untuk melengkapkan sebuah drama harus ada pelakon sampingan bergitu juga dengan kes ini si 'suami' akan memanggil seorang lelaki yang telah ditetapkan memegang watak sebagai seorang anggota polis maka dengan itu si mangsa semakin gelabah dan menurut apa sahaja kehendak mereka ( trio-scam ).

Akhirnya si mangsa menyerahkan barangan kemas atau apa sahaja barang yang bernilai kepada 'mereka'. Jadi pengajaran disini adalah umpan roti adalah yang cukup mujarab untuk memancing Ikan Lajong.

- Mr.J

Sarawak: Penjenayah Tang Tung Chai @ Ah Tak & Lau Ngie Ung @ Lao San dikehendakki oleh Polis Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini sebuah Facebook Polis Sarawak mengeluarkan dua keping gambar penjenayah yang dikehendaki atas beberapa kes jenayah di kawasan Sibu dan Miri . 

Kedua - dua suspek adalah berketurunan Cina dan mereka dikatakan amat berbahaya kerana telah dipercayai terlibat dalam Kes Bunuh dan Cubaan Bunuh di Sibu serta Miri.


Maklumat Kedua - dua Penjenayah adalah seperti berikut:

1: TANG TUNG CHAI @ AH TAK
KPT 6705124-13-5671
ALAMAT: NO 3A JALAN KELAPA,SIBU,SARAWAK

2: LAU NGIE UNG@LAO SAN
KPT: 770620-13-5565
ALAMAT: NO 7B,LORONG 3,JALANLIM HAN SWEE,SIBU,SARAWAK

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua individu tersebut hendaklah disalurkan kepada balai polis terdekat atau di talian 082-240800. 

- Mr.J


mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Senarai Nama Kumpulan Kongsi Gelap di Sabah & Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara. 

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013. Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. 

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya. 

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah: 

Geng 04 - yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. 
Geng 08 - yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. - 
Double 7 - yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung. - 
Tiga Line - yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.  
Geng 30 - yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung. 
Geng 38 -  yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor. 
Geng 24 - (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor) - Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor) 
Geng 36 - (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur) 

Gee Ah Eng - Loh Kuan - Tiang Yee Tong - Geng 21 - Ang Soon Thong - Wah Kee - Sio Sam Ong - PNEH - Hong Hong San - Hai San - Sin Ang Bin - New Cell 20 - Jit It Hai - Sio Koon Tong - Gee Lam Kor - Geng Leng Hor - Geng 35 - Geng 303 - Geng Satu Hati 

SABAH: - Sabah ATAP - Hung Ann - Sui Yuk - Otai - Borneo Red EMP 

SARAWAK: - Sarawak Ah Ngau - Batu Tiga - Ah Feng - Batu 10 - Sibu T - Ah Seng - Ah Chin - Lee Lung - Lo Han - Sg Merah - Sg Badut - Ting Ching Lee - Tua Cak Lee - Teksi Station - Pintu Merah - Krokop 

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. - Bernama

Sinar Harian

- Mr.J Geng Cap Ayam~

1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN ◼http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©