Ini Bukan Cap Ayam, Ini Cap Buaya Puaka! - Pasukan Sarawak layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tersebutlah alkisah , di satu kawasan di sebatang sungai di daerah Sarawak dimana dihuni oleh lebih beberapa ekor Buaya Berpuaka . 

Buaya tersebut telah lama menyepi dan menyendiri dikawasan lubuknya sehingga beberapa tahun lamanya tiba - tiba Tahun 2013 dia menganas serta membaham mangsanya dengan kejam sekali!.

Keputusan Suku Akhir 2
Sarawak 3 - 1 Sime Darby 
Sarawak bakal berhadapan dengan Pasukan Pahang di Separuh Akhir Piala Malaysia pada 19 Oktober 2013

Bermula menjadi Juara yang disegani di Liga Perdana 2013 serta mengekalkan Rekod tanpa Kalah sepanjang perlawanan di dalam Liga , Pasukan Sarawak kini telah menlangkah ke Peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia apabila berjaya mengalahkan Pasukan Sime Darby 3 berbalas 1 walaupun Sime Darby menjaringankan gol awal pada minit ke 4 separuh masa pertama.

Salibasic menjaringkan 3 Gol .

Diawal persaingan Piala Malaysia , pelbagai ranjau derita malahan hina serta cacian diberikan kepada Pasukan Bolasepak Sarawak lebih hina sekali apabila seorang DJ radio mengatakan Bahawa Sarawak tidak layak untuk berada di dalam Piala Malaysia selepas Sarawak kalah kepada Perak 2 -1 pada pusingan awal.

Bukan itu sahaja , gelaran cap ayam turut diberikan kepada Pasukan Sarawak sehingga rakyat Sarawak berasa berang dengan sikap DJ biadap tersebut.

Mungkin Kebangkitan Pasukan Sarawak bergitu memeranjatkan bagi sesetengah pasukan lawan kerana selama ini Pasukan Sarawak adalah dilihat seperti sebuah Pasukan Belasan. Sehinggakan Sarawak seolah - olah tidak boleh untuk memang 'besar' sehingga terus dikaitkan kepada rasuah , bertapa ligatnya media - media cuma menjatuhkan Sarawak.


Tetapi mereka silap itu dahulu tetapi kini bila semangat puaka dari lubuk berpuaka menyelusup ke setiap sanubari pemain Sarawak maka anda akan lihat bagaimana rakusnya serta kejamnya 'mereka' menbaham serta melibas mangsa.

Tetapi , Terima Kasih kepada RTM kerana telah menyiarkan Siaran Langsung Perlawanan Suku Akhir 1 & 2 diantara Sarawak dan Sime Darby. RTM ok tak macam Astrok!


Kali terakhir Sarawak melayakkan diri ke sepa­ruh akhir Piala Malaysia ialah pada 1996 di bawah kendalian jurulatih import dari Australia, Alan Vest.

Dan Pada Tahun 1999 , Sarawak hanya sekadar Naib Johan Piala Malaysia sewaktu itu menentang Brunei yang menariknya kedua - dua pasukan berasal daripada Borneo.


Semoga Piala Malaysia dibawah ke Pulau Borneo kali ini!

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Live Streamming TV: SARAWAK VS SIME DARBY. ( Suku Akhir 2 - Piala Malaysia 2013 ) 5 October 2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pada Perlawanan Suku Akhir Pertama iaitu Pasukan Sarawak bertandang ke tempat lawan untuk menentang Sime Darby berkesudahan seri tanpa jaringan.

Kali ini giliran Sime Darby berkunjung ke Lubuk Puaka Bujang Senang di Stadium Negeri Sarawak. Dianggarkan puluhan penyokong Sarawak akan memberikan semangat kepada pasukan mereka dan juga diramalkan limpahan penyokong bakal berlaku.

Mari kita saksikan Pasukan manakah yang berjaya untuk ke Pusingan seterusnya iaitu Separuh Akhir.

 SARAWAK 3 VS 1 SIME DARBY
Suku Akhir Kedua
( Penentuan ke Separuh Akhir )
Sarawak layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013

Mari kita saksikan Siaran Langsung dibawa oleh RTM di TV1 pada pukul 8.40 malam nanti.



Sejarah Info Bolasepak Sarawak : 
Pada Tahun 1989 Insiden Hitam berlaku kepada Pasukan Sarawak sewaktu menentang Kuala Lumpur di Stadium Merdeka iaitu pada Pusingan Suku Akhir. 

Awang Mahyan ( Jurulatih Sarawak 1989 Ngap Sayot Slogan ) dikasari Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan. 

"Saya tak kenal siapa dia masa itu, akibat terlalu marah saya meludah muka Zaman Khan," katanya sambil menjelaskan perlawanan berkenaan dihentikan dan Kuala Lumpur diberi kemenangan percuma. 

Persatuan Bolasepak Sarawak juga pernah menarik diri dengan tidak mahu menyertai FAM ketika itu kerana sentimen nasionalisme diantara Sarawak dan Tanah Melayu agak kritikal ketika itu. Baca Selanjutnya di Ngap Sayot.


- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©