Depresi bukan satu Ilusi.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Posting Pertama untuk 2024. Setahun sekali ?. Rasanya dah tak relaven lagi kot ber-blogger di zaman sekarang. 

ZAMAN semakin beralih ke arah yang kadang kita sendiri tidak tahu kemana. Ya. bergitulah salsiah dunia, kita? sebagai manusia terus akan mengejar, berlumba bahkan bersaing untuk mencapai satu peringkat dimana diri sendiri tidak dapat lagi membezakan istilah "Kehendak" dan "Keperluan" .


Eh!, Maaf hampir terlupa dengan Salam Pembuka bicara Mr.J, Maklumlah Artikel terakhir pun di bulan Jun pada Tahun 2021 bertajuk "Dimanakah Para Bloggers Dahulu ? " cewah! bergitu sadis tajuk. 

Sungguh pantas masa berlalu bukan?. Ya, Pantas bagi yang menyesali kisah lalu dan terlalu Lambat bagi yang tidak mampu untuk menghadap "Dunia" lagi. 

Dahulu aku mengatakan itu semua hanya sebuah Ilusi bagi individu yang gagal dalam pementasan duniawi, bahkan aku juga tertawa bila dibicara tentang kekacauan jiwa atau ketika itu istilah yang popular adalah Jiwa Kacau. 

Baiklah, mungkin apa yang Mr J kongsikan dibawah berkemungkinan bercanggah dengan pendapat pembaca.. ya, terpulang kepada anda semua.

Kekosongan. Perasaan seakan kosong terasa diri tidak berguna atau tidak mendapat tempat dalam masyarakat sekitar. Atau ianya adalah berpunca dari kegagalan mengawal emosi, mengurus stress dan gangguan hormon dalam badan.

Masalah. Perjalanan kehidupan tidak sentiasa manis dan bakal ada liku, onak dan duri serta bentuk permasalahan yang akan timbul. Setiap individu diuji dengan masalah berbeza dan jalan penyelesaiannya, hanya dirinya yang mengetahui.

Pengabaian berpanjangan tanpa penyelesaian akan menjemput kekacauan emosi . Yup. 
Baiklah, so apa bagaimana pula untuk "mengubat persakit" tersebut? 
"Tiada ubat untuk kekacauan emosi atau depressi yang ada adalah sokongan yang berlanjutan" - Mr.J
Apa yang Mr.J tahu bahawa individu tersebut lebih cenderung berfikir tentang sesuatu permasalahan sehingga membuatkan jiwa menjadi tidak tenteram atau kacau-bilau sehinggalah masalah itu sangat membebankan jiwa. 

Bahkan merasa sangat putus asa dalam menjalani hidup sehinggakan ada sangup membunuh diri. Apa yang penting ketika melalui frasa depresi tersebut adalah sokongan moral dari pada rakan - rakan, pasangan anda dan keluarga.

Baiklah, disini Mr.J tutup dahulu, jari pun dah penat menari di atas papan kekunci. arrg kalau dulu ligat menari kini itu hanya kisah dulu, sekarang ligat mengelamun je..

Ingat!. Depresi bukan satu Ilusi dan ianya membunuh banyak Jiwa. 


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Pendapat/Komen daripada "Sue Nani" - Kenapa Sabah & Sarawak selalu dihina...

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
"....Setiap kali terpandang Menara Bangunan Petronas, rakyat Sabah dan Sarawak pasti akan meluat kerana merasakan ketidakadilan dari segi pembahagian royalti Minyak daripada Petronas sedangkan kedua - dua rakan kongsi adalah pengeluar Minyak yang terbesar sekali...."

Komen Menarik daripada Pembaca "Sue Nani" di Posting Tersebut.

Keratan Pendapat/Komen daripada "Sue Nani" :
Salam borneo dan salam menziarahi blog mr.j , Salam menyambut Hari Kemerdekaan. Eh ~ boleh ucap ke, atau private msg eh!! Apakah..? 

Maaf mungkin ada segelintir rakyat pulau borneo tidak suka dengan tema #sehatisejiwa dan mungkin juga ada yang tidak sudi menyambut hari kemerdekaan,mungkin wujudnya tarikh simbolik " MERDEKA " Itu menjadi tanda tanya dalam hati anda,saya, kita, kamu dan pada semua. Salam merdeka bagi yang sudi terima kejayaan pada erti kedamaian untuk negara, yang baru semalam kita raikan.. senyum sikit boleh.. :)))

MERDEKA!! MERDEKA !! MERDEKA!!..

Perkataan keramat yang dilaungkan oleh Perdana menteri pertama kita Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih terasa getaran semangat itu, tapi bila dilaungkan pada masa ini oleh perdana menteri kita sekarang ,Yang Amat Berhormat Tan Sri Rosmah Mansur eh..~ silap Tan Sri Najib Razak ( kadang silap typo,keypad buat hal :D ) okay kita sambung balik, adakah kita masih merasai semangat patriotik, bila ada orang yang tidak hargai Negara sendiri dan masih boleh tidak segan silu melaungkan semangat Merdeka..??? Bagaimana perasaan anda..? Marah..meluat..menyampah atau fade up..? 

Bagi saya meroyan sungguh :)) kenapa ramai rakyat Sabah,Sarawak, masih marah dengan Pulau kecil Semenanjung Malaysia..? Adakah kerana rakyat , suasana, adat ,toleransi atau fahaman politik di S.Malaysia yang buat rakyat Pulau Borneo masih benci rakyat di S.Malaysia.

Tetapi bila kita lihat dari sudut lain , tidak kurang lebih juga ada rakyat Pulau Borneo yang bekerja di S.Malaysia, berkahwin dengan rakyat S.Malaysia, menetap di S.Malaysia dan ada juga yang bina empayar berjaya di S.Malaysia dan begitu juga sebaliknya ada juga rakyat Semenanjung yang menetap di Pulau Borneo.

Setiap yang berlaku masih ada jalan cerita, baik atau buruk hanya kita sebagai rakyat perlu peka pada keadaan. Tapi bila kita kaji dari sudut lain, berapa hari yang lalu rakyat bersatu hati untuk menyertai perarakan damai #bersih ,apa yang kita dapat dari sudut ini.. ? bukankah kita masih sayang Negara kita, mahukan kebebasan dari penjajah dan perlukan kedamaian..ermm..macam pelik pulak, kita. Masih boleh #bersatuhati tidak kira fahaman politik mana sekalipun pada perhimpunan itu masih boleh #bersatuhati.

Selepas berapa hari kita boleh menyambut hari Merdeka di seluruh negeri di S.Malaysia dan Sabah Sarawak. Bukan kecil anak peruntukan #ringgitmalaysia di labur untuk setiap negeri supaya rakyat tidak terlepas merasai erti #kemerdekaan.

Esok pula sibuk media sosial buka cerita mengenai isu politik dan isu yang boleh membawa kepada perpecahan kaum serta toleransi rakyat sejagat. Mana adilnya kita sebagai rakyat yang perjuangkan erti kasih sayang pada tanahair kita..? Setiap manusia perlukan kesenangan, pujian dan kejayaan. Bukankah itu membawa maksud pada " hidup kita perlukan kesempurnaan ".

Ramai yang tidak suka pada taraf hidup sebagai rakyat Malaysia buat masa ini. Berbagai masalah yang kita hadapi sekarang, kadang ada juga yang malu untuk mengaku sebagai rakyat malaysia. Siapa yang harus dipersalahkan..bukankah hati yang berkuasa dalam hidupan kita seharian. 

WALAUPUN KITA SEBAGAI MENTERI, KERAJAAN DAN RAKYAT JELATA, masih ada harga diri untuk kita hormati.Mana perginya harga diri kita sendiri sekiranya kita masih malu pada orang , malu pada diri sendiri dan masih mahu ikut rentak orang..??? Jalan cerita ini mungkin panjang tapi hakikatnya, hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah taraf hidup negara kita dan kasih sayang pada setiap sahabat yang beada di sekeliling kita. Jangan pandang hina pada orang lain sekiranya kita manusia yang memang sejak azali di lahirkan tidak sempurna.

Mungkin selepas ini bila kita buka hati untuk orang lain tidak mustahil ada orang yang prihatin pada,kita, kerana hidup ini ada pasang surut, maju mundur dan juga ada yang jatuh dan bangun.

Yang penting bila hidup penuh dengan PROTOKOL mungkin akan mengundang perpecahan. Fahaman politik di dalam ahli keluarga pun sukar untuk kita ubah inikan pula fahaman politik yang tertanam di hati orang lain..hanya kita mampu merancang ,tapi tuhan yang menentukan..eh~ tajuk lagu scorpion pulak.kihkihkih sorry yek..

Bila saya duduk jauh dari Malaya baru saya faham erti hargai tanahair tercinta, dulu siap kutuk malaysia, sabah dan sarawak, tapi bila dah jauh dimata ,baru faham erti " KEMERDEKAAN NEGARA " Baru menyesal derk..huhuhu

Salam sayang dari saya buat anda semua tidak kira di mana anda berada, sayangi diri anda kerana harga diri yang mulia tidak dapat dibayar dengan harga 2.6 billion eh~ tidak dapat di bayar dengan wang ringgit..
Salam dari perantauan

~~~ sue nani ~~~

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Suasana Sambutan Hari Krismas di Palestine.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera semua, terlalu lama Mr.J tidak meluangkan masa untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. 

Baiklah kali ini kita berkongsi pendapat serta pendirian masing - masing mengenai Perayaan Krismas, apa yang anda lihat pada gambar dibawah dan apakah mesej yang disampaikan kepada anda?.

Sambutan Hari Natal di Palestine.

Seringkali kita dipaparkan oleh media - media tempatan mengenai apa yang berlaku di Palestine tetapi tidak pernah ditonjolkan perayaan yang disambut di sana. Apa yang kita tahu bila ingat nama Palestine pastinya akan memikirkan "Perang" bahkan minda secara automatik akan memikirkan bahawa masyarakat "kristian" yang berperang dengan Palestine.

Tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa Penganut Agama Kristian juga terbunuh dalam perang di sana, penganut Kristian dan Islam menjadi mangsa "Rejim Zionis". Bukannya Kristian vs Islam.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Hello Sibu, Hello Sarawak, Hello Borneo! Kisah buah dabai, Hari Natal & Manusia Amfibia?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hello Sibu, Hello Sarawak, Hello Borneo!. Rasanya ini posting Pertama yang Mr.J keudarakan dari Kepulauan yang penuh misteri dan berbagai cerita mitos, dongeng mahupun yang nyara iaitu dari Pulau Borneo.
Timbunan Salji di daun - daun Pohon Krimas, Selamat Hari Krismas Mr.J ucapkan!..
Setelah lebih kurang hampir seminggu di sini Mr.J dapat feel perbezaan yang ketara dengan tempat sebelumnya iaitu Semenangjung Malaysia, Kalau kebiasaannya pagi bangun dan menatap akhbar media di semenangjung selalunya tak pernah habis mengenai isu politik hebat, isu agama dan sebagainya, nasib baik akhbar di Sarawak masih lagi bersifat Neutral lagi.

Sekarang di Sibu amnya atau di Sarawak khususnya musim hujan, setiap kali petang mesti hujan maklumlah hutan hujan terdekat dengan garisan Khatulistiwa bumi. Kalau nak cerita pasal musim buah, apa yang Mr.J nampak di Sibu, Sarawak sekarang agaknyak baru hendak bermula.

Kelihatan dimana - mana pasar terdapat longgokkan sejenis buah tropikal borneo yang popular iaitu ianya kelihatan seperti buah kurma tetapi rasanya seakan tembikai, seakan tidak bermakna sama dan nama buah tersebut adalah Buah Dabai,



Penghujung tahun aktiviti hiburan boleh dikatakan banyak di Sibu, Sarawak daripada Fun Fair sehingga ke Konsert dengan artis - artis popular Tanahair Sarawak.

frust sebab kalah banyak
Akhir tahun 2014 Fun Fair dan beberapa acara yang Mr.J sempat lawati iaitu di kawasan Sibu Jaya. Sebuah "bandar" baru di Sibu berdekatan dengan lapangan terbang Sibu.

Pelbagai program lebih kepada nyanyian serta memperkenalkan artis baru yang bermula 18/12 sehingga 31/12.

Kalau di Sarawak, fun fair merupakan satu program riadah bersama keluarga sambil mendengar lagu - lagu serta meramah berbual dengan artis lama dan baru.

Bukan itu sahaja, anda boleh juga main pelbagai permainan yang disediakan seperti rollercoster mini, rumah hantu dan satu permainan yang mr.j minat iaitu "tikam air tin, kalau kena dapat 1 tin dapat 7 tin" . 

Bila Drama 13 Episod Iban Taiko akan keluar Mr.J? , bergitulah soalan yang mr.j terima daripada rakan - rakan di Sarawak dan nampaknya ramai yang tak sabar untuk menonton Drama 1st Iban ini. Kepada anda semua, jangkaan akan keluar di TVi Astro 180 pada Januari 2015.

Poster Drama Iban Taiko di Sarawak. *nampak Mr.J tak?
Sebenarnya banyak sangat perkara yang mr.j hendak kongsikan dengan anda semua tapi... tapi jangan risau, setelah pulangnya mr.j ke tanahair Sarawak pastinya membawa lebih banyak serta lebih info bergitu juga isu - isu terkini dari Sarawak, Sabah serta jiran di Kalimantan.

Btw, Taniah kepada masyarakat Dayak Bidayuh di Kuching kerana setelah lebih 7 tahun memperjuangkan Tanah Adat mereka akhirnya dibalas 2 hari lepas dengan kemenangan memihak kepada mereka.

Mahkamah Tinggi di Kuching pagi ini mengarahkan pembayaran pampasan keseluruhan RM2.14 juta kepada 54 individu dalam kes itu.

“Ini bukan sahaja kejayaan manis pada kami, tetapi juga hadiah manis Hari Natal.

“Kami sembelih babi untuk raikan kejayaan kami selepas perjuangan sengit,” kata ketua kampung di kawasan itu Simo Sekam.

"..Kenyalang kini kembali ke tempat Asalnya...Selamat Hari Natal & Tahu Baru 2015..rasanya tak ada isu mengucap Hari Natal di Sarawak sebab tiada golongan manusia berdarah amfibia disini." 
- Mr.J 
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Untuk pengetahuan UMNO tidak dibenarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menyebarkan Ideologi "Dakwah" mereka jauh sekali bertapak kerana ianya dilihat kepada lebih bersifat "bangsa" simbolik "Keris" serta "Ketuanan Melayu".Tidak dapat melambangkan etnik lebih dari 40 kaum di Sarawak.

Mantan KM Sarawak berkali - kali pernah berkata "Pastikan Politik RASIS UMNO" tidak dibawa ke Sarawak.
Mari Kita lihat dari Presepsi Manakah UMNO tidak dibenarkan di Sarawak melalui rekod Arkid Berita

Melayu Sarawak harus bersatu- Utusan Borneo August 29, 2014 , Jumaat
Adenan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, bukan sahaja parti pembangkang tetapi Sarawak turut tidak menerima kewujudan UMNO, yang juga merupakan parti berasal dari Semenanjung Malaysia, meskipun ia Barisan Nasional (BN).
1:  Ketua Menteri Sarawak yang LAYAK menjadi Perdana Menteri - Rujuk Sumber 12: Taib kata UMNO Parti RASIS - Rujuk Sumber 23: Sinisnya Kritikan Menteri Sarawak terhadap UMNO -Rujuk Sumber 3
Perlukah Umno ke Sarawak?
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan akan bersara pada 28 Februari ini (8 hari dari sekarang) selepas mempengerusikan mesyuarat BN Sarawak.

Beliau berkata jangan beri parti rasis, Umno bertapak di negeri bumi Kenyalang itu.Kenapa Taib begitu marah kepada Umno?

Dibawah ini adalah petikan berita harian 29/11/14 tentang individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan segelintir individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan hanya akan berunding dengan kumpulan kecil ini jika mereka mendesak isu royalti atau kuasa dibincangkan.

"Kita tidak akan sesekali biarkan isu Sabah dan Sarawak ini diperbesarkan.

"Apa yang penting, jika mereka fikir ada hak tertentu seperti royalti dan kuasa yang perlu dibincangkan, kita boleh runding tetapi untuk bawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia... kita tidak akan benarkan sama sekali," katanya pada sidang media selepas berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Peningkatan & Kelantangan Kumpulan - Kumpulan "Bersuara" untuk "Keluar".
Mungkin ini adalah malapetaka kerana suatu ketika dahulu, ngo pro kerajaan pernah berkata "Jika tak suka Malaysia Sila keluar Malaysia!" , maka inilah simpulan bahasa termakan kata sendiri.

Dengan rasa sakit yang amat sangat dikalangan anak Sabah & Sarawak akhirnya satu demi satu, sikit demi sedikit akhirnya membentuk satu "Pengikut" yang kini dijumlahkan lebih puluhan ribu walau tiada angka rasmi dicatatkan bagi penyokong reforendum "Sabah Sarawak Keluar Malaysia". 

Dari Individu ke kumpulan, satu masa nanti bakal "mengoncang" dunia!.
Ini tidak dicampurkan sekali dengan beberapa pecahan kumpulan "Pro - Reforendum" di Sarawak contohnya Pertubuhan yang semakin menjadi sebutan rakyat Sarawak sekarang iaitu "S4S" ( Sarawak for Sarawakians ) , SAPA, dan beberapa lagi kumpulan lain. 

Dari dahulu lagi, Anak Watan Sarawak sudah merasakan akan "ditindas" jika bersama dalam Pembentukkan Malaysia.
Tujuan mereka nyata iaitu menuntut kemerdekaan buat kali kedua mutlak, kerana selama ini dalam pembentukkan malaysia tidak ubah seperti Sabah & Sarawak "dijajah" dalam pelbagai sektor bermula dari hasil minyak dan eko pelancongan sehingga ke jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam. 

JADI PERSOALANNYA Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Bila Cikgu Emmet menulis : Kisah Lysiana - 'cikgu kemaia ari lima?' dan ' cikgu maia kemisi?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sahabat yang dikasihi,

Sejak seminggu ini ramai yg teruja dengan kisah Lyysiana. Ramai yang kagum pada semangatnya. Ramai yang gembira melihat wajahnya yg sentiasa ceria walaupun kita tidak tahu siapa dia sebenarnya. Kaya kah? Biasa biasa sahaja kah? Miskin tegar kah? Kita tak tahu sebenarnya.

Inilah Istana Lysiana.
Saya pun hanya mengenali lysiana ini sebagai anak murid saya yg comel. Anak murid yang sering diawal tahun persekolahannya bertanya 'cikgu kemaia ari lima?' dan ' cikgu maia kemisi? ' Saya tahu dia tinggal di Nyelam. Tapi saya tak pernah pun ambil peduli perihal itu. Saya pun punya kehidupan sendiri. Tugas saya mengajarnya. Noktah.

Namun Allah yang maha berkuasa mengerakkan naluri saya menulis tentang insan comel ini. Azamnya jadi kata kunci dalam penulisan saya. Saya tidak pernah menyatakan kesusahan hidupnya dalam video slide saya. Sehinggalah bila saya menyampaikan sumbangan Puan Azlina Che Hassan barulah saya tahu siapakah Lyysiana yang sebenar.



Patutlah ibu dan bapanya menghantar dia ke asrama dalam usia yg muda. Bagi kita rumahku syurgaku. Namun kadangkala kita sering rasa 'syurga' kita dah ketinggalan zaman TV 32 inci dah tak mampu melayan nafsu menonton lalu kita berkira kira untuk menukar tv 50 inci. Sofa di 'syurga' kita dah tidak sesuai dgn warna dinding maka kita memasang impian menukar sofa kulit anak lembu import dari itali (walaupun sekadar impian) 


Dapur kita jenis 2 penunu oh susahnya nak memasak maka kita berkeras hati mahu menukar dapur flatbed. 4 penunu siap dengan hud penyedut asap. Bilik tidur kita pula sentiasa dinaik taraf kononnya menambahkan romantika. Ruang tamu dan ruang makan sentiasa menjadi topik penting untuk 'make over' setiapkali tiba musim perayaan.

Bermula dari 0 dia berjaya keluar dari kebutaan literasi dengan pantas atas keazamannya .
Sahabat yg saya kasihi,
Saya sudah pergi ke istana Lysiana. Saya tak mampu mengeluarkan sepatah kata pun, tuan ambil lah masa untuk melihat gambar gambar ruang tamunya. Bilik dapurnya, tandas yg tiada berpintu dan dinding serta berkongsi ruang dengan ruang tamu. Ruang tamu itulah tempat makan,tempat tidur tempat bermain tempat belajar. Saya tak nampak satu kerusi dan meja apatah lagi katil. Tiada dapur yang sempurna. Dinding rumah ditampal zink karat. Atap yang berlubang.

Kepada dato dan datin samada menteri atau tidak, apakah dato dan datin sudi mencemarkan secarik kemuliaan tuan untuk berkunjung ke istana Lysiana ini?

Jangan lah kita terlepas pandang lagi. Bukan satu orang sepertinya tapi ramai lagi diseluruh sarawak ini. Saya hanya sekadar membantu yang termampu. Selebihnya kita fikirkan apa yang patut kita lakukan.

Sebelum saya menutup bicara ingin saya lontarkan soalan.

Malam ini tuan puan makan apa? (jawab dalam hati)
Tuan puan fikirkan apa yg Lysiana makan bersama keluarganya malam ini

Sekian, Cikgu Emmet.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Jawatan Kosong di JPJ Sarawak, Anak Dayak di Kemudiankan! Ini Tidak Adil!.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Dayak hanya layak menjadi Simpanan sehingga Bila?!. Sekali lagi anak Dayak di anaktirikan oleh kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dan kali ini sebuah dokumen tersebar luar hampir segenap anak - anak dayak di Sarawak. 

Jika selama ini mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan istilah bahawa Masyarakat Dayak di malaysia di anaktirikan tetapi bagaimana pula dengan ini?

Telah tersebarnya satu "dokumen" mungkin milik SPA berkenaan dengan jawatan kosong bagi JPJ Sarawak telah terbocor dan mula disebar oleh umum khususnya Masyarakat Dayak di Sarawak sehingga cukup mnegundang reaksi pelbagai pihak.

Dayak hanya layak dibangku Simpanan sehingga MATI!.
Isi Kandungan di dalam "dukomen" tersebut memperlihatkan 8 Individu telah berjaya dalam pemohonan Jawatan tetapi 3 Individu hanya sebagai Simpanan dan apa yang membuatkan masyarakat marah adalah sentimen sejak dari dulu iaitu Masyarakat Dayak seringkali "Akan Dikemudiankan" dalam segala aspek dalam Kerajaan.

Keratan "Dokumen" tersebut turut diulang kongsi oleh beberapa laman sosial komuniti masyarakat Dayak dan turut mengundang bergitu banyak perdebatan hebat berlaku khususnya diantara etnik - etnik di Sarawak.

Ada yang mengatakan bahawa hanya mereka yang mempunyai "bin & binti" sahaja akan didahulukan manakala yang "anak/ak" atau telah disingkatkan kepada "A = Anda , D = Dikemudiankan".

Teringat apabila PRU Sarawak lepas dimana 'seseorang' menteri Dayak mengatakan bahawa 100 ribu jawatan di SPA dikhususkan untuk Anak Dayak.

Sekiranya tiada tindakkan diambil oleh kerajaan Sarawak mungkin akan mengakibatkan Tsunami Gelombang Anak Dayak bakal mengugat mandat yang sediakala.

Hal seperti ini pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh para parti pembangkang di Sarawak akan datang.

Artikel ini turut dimuatkan di Portal The Malaysian Insider 30 November 2014
Melalui dokumen tersebut, maka akan menguatkan lagilah tangapan masyarakat Dayak sejak dulu bahawa jawatan spa dinilai berdasarkan "agama" dan "bangsa" atau ungkapan yang sering didengari sejak dari dulu adalah "menukar nama" daripada (AK) ke (BIN/BINTI) barulah peratusan dapat jawatan di SPA agak cerah. Maafkan Mr.J bukan bermakna untuk menyinggung sesiapa, Mr.J hanya menyampaikan apa selama ini presepsi yang menghantui masyarakat Dayak ini adalah presepsi sejak dahulu lagi dan ianya harus ditangani secara berhemah.

Yang pastinya, jika perkara ini benar maka pihak berwajib harus membuat semakkan semua. Kerana dalam isu seperti ini secara tidak langsung ianya mengakibatkan Agama bukan sahaja Bangsa di Sarawak sepertimana kita tahu keamaanan serta toleransi.

Jikalau 10 tahun yang lepas anda tidak mungkin mendengar keluh kesah daripada Masyarakat Dayak bukan?, tapi kini Masyarakat Dayak bukan seperti dulu, mereka bangkit, bersatu, berfikir serta lantang bersuara.

Mungkin sudah lama diri dayak ini dihina, dikutuk, dikeji dengan pelbagai sindiran khususnya masyarakat luar dari Sarawak. Tapi Sekarang Awas!  Mungkin sekarang sedang berada di atas pokok ataupun celah gua - gua sambil bercawat kulit buaya sambil memperhatikan isu semasa di pelbagai media alternatif dan kini sudah bijak membandingkan mana satu yang sahih ataupun "lakonan".



____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Isteri Orang Terlanjur dengan Suami Orang kerja Offshore. Bagaimana mahu berpisah?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam,
Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan. Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.

Isterinya mengandung, kami berkenalan
Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja.

Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja spanjang dia berada di laut.


Terlanjur jua akhirnya
sekadar gambar hiasan
Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia. 

Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. 

Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan.

Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon. 

Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia. 

Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat.


Kenapa sanggup curang?
Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya. Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat.

Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami. Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami.

Terima lamaran
Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu dataung melamar. Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu. Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis.

Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang. Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya.

Saya suruh dia jumpa kelurga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”

Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain. Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama. Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar. Seks dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bodohnya saya.

Hari ijabkabul
Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa. Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia. 

Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya.

Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya curang dengan saya. Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya curang dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini.

Hubungan jarak jauh
Saya tinggal jauh dari suami. Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat. Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu.

Saya buntu. Bagaimana mahu berpisah?

Dipetik http://siraplimau.com/isteri-curang-dengan-suami-orang-kerja-offshore/

Norhayati Abdul Mutalib tidak segan berkongsi kisah malah GAMBAR "pikachu" suaminya!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Norhayati Abdul Mutalib, 25 c silu berkongsikan "pikachu" suaminya kepada umum di satu "artikel" yang dipercayai keratan risalah ataupun seperti helaian majalah lama. Dan keratan tersebut kini sedang beredar dengan pantas di sekitar laman sosial khususnya dari malaysia.

Nurhayati banga dengan "Pikachu" suaminya.
Tapi yang peliknya gambar "pikachu" suaminya tidak di sensor atau mungkin diberi kebenaran serta dipersetujui untuk di tayangkan, yelah.. kalau tak tayang mungkin masyarakat akan menuduh Nurhayati sekadar omongan kosong. Tapi perlu ke bergitu? atau Nurhayati mempunyai sifat "riak" kerana memilikki saiz "pikachu" suaminya itu?


Apakah mesej sebenarnya yang Puan Norhayati Abdul Mutalib mahu sampaikan? adakah ini pertanda bahawa rakyat malaysia juga setanding dengan saiz - saiz gergasi dari luar negara atau akak tersebut saja nak buat isteri - isteri semalaysia berasa cemburu eh!..malas pula nak ulas lagi.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

RESEPI IBAN : Daging Salai "Cadbury" masak bersama Terung Iban, upa "tepus" & Daun Bungkang.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Baiklah hari ini Mr.J hendak kongsikan satu resepi menarikdari Ms DJP iaitu Daging Babi Salai masak bersama Terung Iban, Upa "Tepus" ( tak tahu bahasa melayunya ) dan Daun Bungkang. Sebelum itu, kita tengok gambar dahulu ianya nampak menyelerakan.

Resepi asli dari Miss DJP
Bahan-bahan :
- Salai Janik/Babi/Cadbury ( makan untuk 3 atau empat orang )
- Terung Asam/Iban/Dayak 2 biji ( cuci, buang biji dan potong seperti biasa. Kalau nak buang kulit pun boleh )
- Upa Tepus ( sejenis umbut di Sarawak )
- Daun Bungkang ( rujuk disini )
- Bawang Putih, Halia( tumbuk kasar)
- Lada Putih, minyak dan garam.

Cara Penyediaan : 
- Panaskan minyak mcm biasa. Minyak tak perlu banyak.
- Masukkan bawang dan halia yg telah di tumbuk dan kacau.
- Setelah naik bau, masukkan salai dan tambahkan air sebanyak yg anda suka untuk buat sup.

Masak untuk 10 minit bagi sedikit lembut.

- Kemudian, masukkan terung, upa tepus dan daun bungkang dan rebus lagi sepuluh minit atau sehingga terung nya sudah lembut. (Tambah air jika perlu)
- Perasakan dgn garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

Tips: kuantiti salai atau terung adalah bergantung pada selera masing2. Ada yang suka makan lebih banyak terung, dan salai hanya untuk menambahkan rasa dan bau sahaja. Ada juga yang lebih suka makan lebih banyak salai dan terung hanya sebagai penyeri dalam masakan sahaja. Bergantung pada kehendak masing - masing.

By *Ms DJP*






Adalah dimaklumkan bahawa tiada penggunaan cokelat cadbury disini dan ianya hanyalah Istilah merujuk kepada Babi. "Cadbury" adalah nama sampingan kepada Babi di malaysia atas satu kejadian dimana desas - desus cokelat tersebut ada mempunyai DNA Babi, sedangkan DNA "si polan" tak tahu.

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Definisi & Maksud ALE UTO - Trend remaja wanita menyebut alat "Kemaluan Lelaki" dengan penuh keriangan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
AMARAN: Penggunaan Bahasa yang keras serta tidak sesuai dibaca oleh pengujung dibawah umur 18 tahun.
ALE UTO, adalah perkataan yang lucah tetapi telah "disopan" agar ianya lebih senang atau elok bagi sebilangan kaum hawa mengedikkan keriangan diri apabila menyebutnya. Ale Uto adalah satu singkatan perkataan yang dicipta oleh golongan remaja pra-matang di malaysia dimana bermaksud Kepala Butuh  atau Kepale Buto (Kepala "Head" , Butuh "Dick" = Dickhead) .

Video Ikon "Ale Uto" yang bermaksud "Kepala Butuh" menjadi viral di internet.
Rasanya lebih elok lagi Mr.J tidak menggunakan perkataan singkatan bukankah lebih elok menggunakan Bahasa yang penuh seperti Kepala Butuh daripada Ale Uto kerana ianya belum lagi dimasukkan dalam Kamus Dewan padahal ia adalah membawa maksud yang sama.

Tapi yang hairannya, golongan pra-matang khususnya kaum hawa maafkan Mr.J tidak segan silu mengedikkan diri mereka dalam bentuk video dengan rasa penuh kebanggaan serta bersemangat apabila menyeru "kepala butuh" dan  memuatkan video mereka di internet seperti youtube dan sebagainya.

Hebat bukan! sungguh berani serta telus para remaja wanita di malaysia sekarang dan setakat ini belum ada lagi para lelaki khususnya di malaysia membuat rakaman video sambil menyeru kesukaan menyebut kemaluan wanita. 

Lebih meriah lagi, salah seorang perempuan tersebut turut mengambil kesempatan kepada Kepala Butuh dengan membuat printing baju dengan perkataan "Ale Uto".

Peringatan kepada khususnya remaja wanita diluar sana, ungkaplah perkataan yang betul iaitu Kepala Butuh! dan bukanya "Ale Uto" supaya tidak merosakkan bahasa malaysia. 


Menurut sumber pertikan daripada astroawani.com Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.

Nah!, pasti secara automatiknya anda akan merasakan perkataan "Kepala Butuh" sangat lucah dibaca atau disebut berbanding dengan "Ale Uto" yang ala - ala kelihatan comel.



Baiklah, setakat ini sahaja yang Mr.J mampu mencarut semoga anda mendapat "mesej" dalam artikel ini dan jumpa lagi pada carutan yang akan datang.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

PENDAPAT : SAPA vs SSKM vs SSM vs S4S - Lawan sesama sendiri. - Larry Emong Liang

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Buat petition sendiri, kumpul signature berasingan, caci-mencaci, saling mengkhianati, berlagak, mahu jadi hero dan lain-lain kebodohan. Terima kasih, sebab mengelirukan kami dan membunuh niat kami. Berpuak-puak dan mempunyai semangat assabiyah itu bukankah lebih kepada senario politik?

Yang nak sokong tu, tau-taulah perjuangan korang akan sampai ke mana. Jangan mudah terpedaya dengan posting, kedudukan dan cerita yang mereka bawa. Semua ada agenda tersendiri. Saya tidak anti kepada Agenda Borneo, Autonomi mahupun cerita merdeka, tetapi saya anti kepada NGO dan individu yang merosakkan perpaduan. NGO berdaftar ke tak, sama sahaja jika niat lebih kepada POLITIK dan mereka ini TEROVER daripada kaum pribumi.


Mungkin ada seorang dua yang benar-benar serius berjuang dan perjalanan nawaitu/niat mereka amatlah jauh dan tidak berpenghujung, disebabkan berpanji sama dengan NGO yg bodoh, tidak matang dan menolak sebarang bentuk penggabungan. Saya nampak ramai ahli politik yang suam-suam kuku menjadikan Agenda Borneo ini sebagai satu batu loncatan. Jika sudah hidup di rencah politik, maka perwatakan mereka juga berbaur hanyir politik.

Kadang-kadang kasihan melihat mereka (rakyat) yang terus diperalatkan, hanya disebabkan oleh dek emosi dan nurani yang telah dibutakan oleh semangat nasionalisme yang fanatik. BN atau PR tidak perlu gusar dengan kebangkitan ahli politik yang ber"agenda borneo" dan kumpulan badut FB ini, sebab mereka lebih kepada satu pertubuhan pelawak dan pencaci yang berdaftar.

Bagi saya, agenda borneo akan kita dapat capai atau autonomi bebas akan dapat kita kecapi sekirannya ada persafahaman diantara badut,pelawak dan pencaci berdaftar ini untuk berkongsi pentas. Malangnya, cuma ada satu dua yang sudi menghulurkan jari jemari persaudaraan dan yang lain-lain, lebih rela untuk memperjudikan harapan rakyat borneo dengan ego dan rentak politik mereka.

Jangan lupa, signature yang mereka kutip itu adalah AMANAH yang tidak harus dipolitikan. Juga, sekarang bukan zaman Rosli Dhoby untuk kita menghunus badik mematikan rentak lawan. Benar atau tidak perjuangan mereka, hanya akan ditentukan oleh nasib,takdir, kecekalan,semangat, perpaduan dan kehendak - NYA sahaja.

Tepuk dada, tanya minda.
Tepuk bahu, jangan tertipu.
Larry Emong Liang
12.43 PM/8.11.2014
Pandan Indah, KL

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

HOAX : Pastinya anda ingat Video Disumpah Menjadi Ikan Pari & Anjing.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
HOAX. Anda tahu apa itu "Hoax", disini Mr.J kongsikan adalah sedikit sebanyak tentang pengertian istilah tersebut dan Mr.J percaya ramai yang masih mempercayai kisah - kisah tersebut mungkin kerana ketiadaan medium yang pelbagai untuk dirujuk.

Seperti contoh, Mr.J menggunakan Perisian Photoshop dan mengubah gambar katak dan mencantumkan gambar ekor anjing sekaligus kelihatan menjadi 1 gambar yang menarik serta membawa keping gambar tersebut ke hutan amazon dimana penduduknya masih 'primitif' ( bayangkan sejenak anda di keadaan perkampungan carnival holocost ).  Sambil menunjukkan gambar tersebut Mr.J pun berkata..

"ini adalah Roh Dewa Syaitan Katak yang saya tawan serta disimpan dalam sekeping daun ajaib (kertas gambar) dari kayangan!, jika anda semua mahu selamat dari serangan tentera saitan katak puru maka sayalah penyelamat anda semua!!". 

Pasti mereka takut dan yang pasti mereka tak akan makan Mr.J malah ukiran muka Mr.J akan diukir dan dilayan sebagai Dewa.

Eh, panjang pula tahap imaginasi Mr.J sehingga lupa ke tajuk utama. Baiklah, kita mulakan dengan yang pertama iaitu Ikan Pari Sumpahan pernah gempar dahulu Kononnya kisah itu berlaku di Johor membabitkan seorang gadis remaja berusia lingkungan belasan tahun yang menderhaka kepada ibunya. Ah! banyak versi sehingga sel otak Mr.J mengalami nganguan saka. 

Ikan Pari Shovelnose Ray yang banyak terdapat di Australia
Kesian, apalah nasib Si Ikan Pari sudahlah tersesat jauh hingga ke Nusantara ditangkap pula malah difitnah lagi. Agaknya yang buat video ini mungkin genetik dia adalah terlebih ketimuran tidak mahu sekali memandang sedikit kebaratan atau erti lain "itu semua mainan media barat!!" sehingga sering menjadi bahan lawak Persatuan Bangsa - Bangsa Bersatu.

Pernah Mr.J bongkar kisah ini pada zaman itu zaman hanset nokia "sabun" tak henti - henti member Mr.J tunjuk kat kawan - kawan dia, kalau tak silap boleh rujuk artikel tahun 2009.

Dan seterusnya adalah yang kedua iaitu "Manusia disumpah menjadi Anjing", video tersebut adalah Video Pameran seni seorang pereka yang bernama Patricia Piccinini , gambar - gambar patung yang direka dan bertajuk We Are Family, Venice Biennale, 2003. dan telah di "fitnah" oleh manusia spesis kuda laut yang berhidung babi.



Caranya adalah dengan menambah audio bacaan kitab atau buku - buku suci sesuatu Agama maka, nah! hasilnya berjaya memperdayakan ramai insan - insan yang teraniaya bahkan video tersebut menjadi "rujukkan" oleh sebilangan keluarga yang "soleh" bagi menunjukkan kepada anak mereka bahawa.. 

"anakku, kalau ingkar atau malas maka mak akan sumpah kau jadi anjing! tak percaya mak ada video tau, ini sebab anak dia malas atau tak nak ikut cakap mak dia, mak dia suruh pergi kedai beli belacan tapi meninggikan suara cakap kat mak dia tak, jadi mak dia sumpah lah.. cakap dengan kakak sekali tau jangan sampai mak sumpah korang jadi emas pastu jual!"

Baiklah semua pembaca, sebenarnya banyak sangat yang Mr.J hendak kongsikan tetapi papan kekunci seakan tidak mengizinkan untuk jari ini terus menari. Ok semua, jumpa lagi dengan kisah lain.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

EKSKLUSIF HALLOWEEN : Berdialog dengan Hantu, "Berhenti beri Presepsi Buruk Terhadap Hantu".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Artikel ini ditaip dan diterjemahkan oleh Mr.J dari alam "lain", ketika Mr.J sedang menaip artikel ini kelihatan beberapa sekumpulan Pocong sedang berhimpun sambil berteriak "Bubarkan Ikatan Kaki kami, Kami mahu berjalan dan bukanya Melompat!!" teriak salah seorang perserta di perhimpunan itu.

Bergitu juga bunyi hilaian tragis Langsuir sambil disahut oleh gemaan ketawa oleh saudara jauh mereka iaitu Pontianak dari arah bertentangan amat membangkitkan suasana hening pilu sekali.

"BERJALAN HAK KAMI!!" Pocong mahukan Perubahan dan bukannya terus "Melompat"
Tiada apa yang dapat diluahkan bahkan mulut anda akan terasa kaku sekiranya anda berada disini. Berat mata memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya, rasanya mungkin peribahasa melayu ini cukup sesuai untuk membandingkan mereka.

Kami hanya minta tolong manusia bukakan ikatan kaki..
Salah seorang daripada himpunan tersebut memberitahu kepada Mr.J bahawa ketika ini rakan mereka iaitu Vampire dari luar negara sedang sibuk melakukan jamuan untuk malam nanti dan mencari pakaian yang terbaik untuk digayakan ini kerana Perayaan Halloween hanya datang sekali setahun sahaja iaitu 31 Oktober.

Dahulu pernah "hantu - hantu" ini pernah berjasa dengan manusia tetapi sifat manusia seperti bongkak dan ego yang tinggi menyebabkan hubungan "silahturahim" diantara manusia telah terhakis.

Mungkin anda pernah mendengar kisah di mana cerita mengenai penduduk kampung meminjam sejumlah perkakas dengan penduduk Bunian seperti periuk belanga, piring, gelas dan sebagainya apabila ada maljis keramaian. Tetapi manusia ini diseumpamakan diberi betis hendak dada ayam dengan sering tidak mengembalikan secara jujur dengan ada yang mengambil kesempatan untuk disimpan dirumah dan sebagainya.

Bukan itu sahaja banyak nilai - nilai murni tersemat di kalangan hantu, jembalang atau mambang lantak korang nak sebut apa janji hantu iaitu bagaimana pemuda kurus keding kerepot bernama Badang menjadi kuat seperti Hulk?

Menurut penceritaan mulut ke mulut sebelum ketibaan emel mengatakan bahawa Mambang Tanah yang tercekik tulang ikan akibat terpaksa mencuri ikan dalam bubu si Badang.

Mambang Tanah merayu untuk tidak "dibunuh" dan minta dilepaskan, atas dasar nilai silahturahim antara manusia dan makhluk halus masih utuh ( rujuk kisah bunian di perengan atas tadi ) maka Badang pun melepaskan Mambang tersebut, melihat keadaan seperti itu membuatkan Mambang Tanah berasa sebak dengan keikhlasan Badang dan menawarkan untuk memberikan "kekuatan" kepada Badang dan inilah nilai bertolak ansur terjalin.

Tentu pembaca akan mengatakan bahawa "hantu tetap hantu dan mereka jin!!". Tapi kita tidak tahu kenapa Mambang Tanah terpaksa mencuri ikan badang, mungkin beliau telah tersesat dalam hutan ataupun sumber ikan di kawasannya telah pupus akibat pencemaran pembalak haram. Whos Know?


Kemalangan di Highway bukan dilakukan oleh ahli kami.
Seperti luahan nasib Pontianak juga yang bukan selalu memunculkan diri dan yang sebenarnya Pontianak mahu mencari teman berborak atau sekadar mengadu kisah sahaja kerana dia juga pernah merasa menjadi manusia dan dia juga tidak pernah meminta untuk menjadi Pontianak.

Adakah hanya kerana dia terkorban bersama anaknya yang masih dalam kandungan maka manusia boleh memberikan pelbagai preseptif yang buruk. Mr.J sempat berborak seketika dengan Kak Ton ehh~ Kak Pon.

Beliau meminta manusia janganlah memandu selaju yang mungkin jika tersempak dengannya di jalan raya kerana boleh mengakibatkan kemalangan bahkan sehingga sekarang ramai rakan - rakan Kak Pon dipersalahkan dalam hal tersebut tetapi mereka manusia tidak merasakan kepayahan yang dirasai apabila terpaksa berjalan kaki sambil mengendong anak semata - mata untuk membeli lampin.

Sejak kecil dari berlapis - lapis keturunan manusia telah diterapkan nilai momokkan bahawa segala yang tidak baik itu dari makhluk halus eleh manusia tu baik sangatlahkan. 

Sebelum manusia pandai berdikari dari aspek kecantikkan diri terlebih dahulu manusia harus berterima kasih kepada hantu yang banyak memperkenalkan "susuk" pada zaman era kesultanan dahulu sehingga sekarang Hantu Susuk masih memberikan perkhidmatan dari pelbagai aspek seperti kaunseling kecantikkan luaran dan dalaman tetapi tidak seperti dahulu kalau dulu boleh diberikan percuma tapi kini tiada ianya agak mahal dan berpakej lebih - lebih lagi kemeningkatan kadar gst negara.

Tapi jangan risau kerana menurut penjelasan Hantu Susuk tahun depan akan ada 3 peringkat diskaun menarik ditawarkan sejajar dengan pemberian BR1M 3 kali setahun.

Baiklah, Mr.J rasa setakat ini sahaja liputan mengenai Halloween di malaysia dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Halloween kepada seluruh rakyat malaysia dan hantu kirim salam "disinilah lahirnya sebuah cinta".

Ambillah waktu ini sebagai waktunya kita sebagai manusia bersama - sama merayakan serta bergembira dengan mahluk halus demi mengeratkan hubungan silahturahim dan sebagainya.


Hantu Para Pembesar yang mahu menawarkan Mr.J Pangkat Datuk.
Selepas selesai sesi berdialog, Mr.J telah ditawarkan untuk diberikan pangkat darjat membawa gelaran Datuk oleh pembesar "disana" tetapi terpaksa menolak atas sebab - sebab tertentu. *Sifat hantu pun dah menyerupai sifat manusia. 

Ketika ini Mr.J sedang menanti pernerbangan WH37Q untuk kembali ke "dunia" dan tersempak dengan bomoh 1malaysia & rakannya yang sedang giat mempromosikan air kelapa tua. 

- Mr.J 


Salam Halloween untuk Semua Manusia dan Seluruh Penghuni Bumi!

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN ◼http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©