Pendapat/Komen daripada "Sue Nani" - Kenapa Sabah & Sarawak selalu dihina...

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
"....Setiap kali terpandang Menara Bangunan Petronas, rakyat Sabah dan Sarawak pasti akan meluat kerana merasakan ketidakadilan dari segi pembahagian royalti Minyak daripada Petronas sedangkan kedua - dua rakan kongsi adalah pengeluar Minyak yang terbesar sekali...."

Komen Menarik daripada Pembaca "Sue Nani" di Posting Tersebut.

Keratan Pendapat/Komen daripada "Sue Nani" :
Salam borneo dan salam menziarahi blog mr.j , Salam menyambut Hari Kemerdekaan. Eh ~ boleh ucap ke, atau private msg eh!! Apakah..? 

Maaf mungkin ada segelintir rakyat pulau borneo tidak suka dengan tema #sehatisejiwa dan mungkin juga ada yang tidak sudi menyambut hari kemerdekaan,mungkin wujudnya tarikh simbolik " MERDEKA " Itu menjadi tanda tanya dalam hati anda,saya, kita, kamu dan pada semua. Salam merdeka bagi yang sudi terima kejayaan pada erti kedamaian untuk negara, yang baru semalam kita raikan.. senyum sikit boleh.. :)))

MERDEKA!! MERDEKA !! MERDEKA!!..

Perkataan keramat yang dilaungkan oleh Perdana menteri pertama kita Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih terasa getaran semangat itu, tapi bila dilaungkan pada masa ini oleh perdana menteri kita sekarang ,Yang Amat Berhormat Tan Sri Rosmah Mansur eh..~ silap Tan Sri Najib Razak ( kadang silap typo,keypad buat hal :D ) okay kita sambung balik, adakah kita masih merasai semangat patriotik, bila ada orang yang tidak hargai Negara sendiri dan masih boleh tidak segan silu melaungkan semangat Merdeka..??? Bagaimana perasaan anda..? Marah..meluat..menyampah atau fade up..

Bagi saya meroyan sungguh :)) kenapa ramai rakyat Sabah,Sarawak, masih marah dengan Pulau kecil Semenanjung Malaysia..? Adakah kerana rakyat , suasana, adat ,toleransi atau fahaman politik di S.Malaysia yang buat rakyat Pulau Borneo masih benci rakyat di S.Malaysia.

Tetapi bila kita lihat dari sudut lain , tidak kurang lebih juga ada rakyat Pulau Borneo yang bekerja di S.Malaysia, berkahwin dengan rakyat S.Malaysia, menetap di S.Malaysia dan ada juga yang bina empayar berjaya di S.Malaysia dan begitu juga sebaliknya ada juga rakyat Semenanjung yang menetap di Pulau Borneo.

Setiap yang berlaku masih ada jalan cerita, baik atau buruk hanya kita sebagai rakyat perlu peka pada keadaan. Tapi bila kita kaji dari sudut lain, berapa hari yang lalu rakyat bersatu hati untuk menyertai perarakan damai #bersih ,apa yang kita dapat dari sudut ini.. ? bukankah kita masih sayang Negara kita, mahukan kebebasan dari penjajah dan perlukan kedamaian..ermm..macam pelik pulak, kita. Masih boleh #bersatuhati tidak kira fahaman politik mana sekalipun pada perhimpunan itu masih boleh #bersatuhati.

Selepas berapa hari kita boleh menyambut hari Merdeka di seluruh negeri di S.Malaysia dan Sabah Sarawak. Bukan kecil anak peruntukan #ringgitmalaysia di labur untuk setiap negeri supaya rakyat tidak terlepas merasai erti #kemerdekaan.

Esok pula sibuk media sosial buka cerita mengenai isu politik dan isu yang boleh membawa kepada perpecahan kaum serta toleransi rakyat sejagat. Mana adilnya kita sebagai rakyat yang perjuangkan erti kasih sayang pada tanahair kita..? Setiap manusia perlukan kesenangan, pujian dan kejayaan. Bukankah itu membawa maksud pada " hidup kita perlukan kesempurnaan ".

Ramai yang tidak suka pada taraf hidup sebagai rakyat Malaysia buat masa ini. Berbagai masalah yang kita hadapi sekarang, kadang ada juga yang malu untuk mengaku sebagai rakyat malaysia. Siapa yang harus dipersalahkan..bukankah hati yang berkuasa dalam hidupan kita seharian. 

WALAUPUN KITA SEBAGAI MENTERI, KERAJAAN DAN RAKYAT JELATA, masih ada harga diri untuk kita hormati.Mana perginya harga diri kita sendiri sekiranya kita masih malu pada orang , malu pada diri sendiri dan masih mahu ikut rentak orang..??? Jalan cerita ini mungkin panjang tapi hakikatnya, hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah taraf hidup negara kita dan kasih sayang pada setiap sahabat yang beada di sekeliling kita. Jangan pandang hina pada orang lain sekiranya kita manusia yang memang sejak azali di lahirkan tidak sempurna.

Mungkin selepas ini bila kita buka hati untuk orang lain tidak mustahil ada orang yang prihatin pada,kita, kerana hidup ini ada pasang surut, maju mundur dan juga ada yang jatuh dan bangun.

Yang penting bila hidup penuh dengan PROTOKOL mungkin akan mengundang perpecahan. Fahaman politik di dalam ahli keluarga pun sukar untuk kita ubah inikan pula fahaman politik yang tertanam di hati orang lain..hanya kita mampu merancang ,tapi tuhan yang menentukan..eh~ tajuk lagu scorpion pulak.kihkihkih sorry yek..

Bila saya duduk jauh dari Malaya baru saya faham erti hargai tanahair tercinta, dulu siap kutuk malaysia, sabah dan sarawak, tapi bila dah jauh dimata ,baru faham erti " KEMERDEKAAN NEGARA " Baru menyesal derk..huhuhu

Salam sayang dari saya buat anda semua tidak kira di mana anda berada, sayangi diri anda kerana harga diri yang mulia tidak dapat dibayar dengan harga 2.6 billion eh~ tidak dapat di bayar dengan wang ringgit..
Salam dari perantauan

~~~ sue nani ~~~

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©