RESEPI IBAN : Daging Salai "Cadbury" masak bersama Terung Iban, upa "tepus" & Daun Bungkang.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Baiklah hari ini Mr.J hendak kongsikan satu resepi menarikdari Ms DJP iaitu Daging Babi Salai masak bersama Terung Iban, Upa "Tepus" ( tak tahu bahasa melayunya ) dan Daun Bungkang. Sebelum itu, kita tengok gambar dahulu ianya nampak menyelerakan.

Resepi asli dari Miss DJP
Bahan-bahan :
- Salai Janik/Babi/Cadbury ( makan untuk 3 atau empat orang )
- Terung Asam/Iban/Dayak 2 biji ( cuci, buang biji dan potong seperti biasa. Kalau nak buang kulit pun boleh )
- Upa Tepus ( sejenis umbut di Sarawak )
- Daun Bungkang ( rujuk disini )
- Bawang Putih, Halia( tumbuk kasar)
- Lada Putih, minyak dan garam.

Cara Penyediaan : 
- Panaskan minyak mcm biasa. Minyak tak perlu banyak.
- Masukkan bawang dan halia yg telah di tumbuk dan kacau.
- Setelah naik bau, masukkan salai dan tambahkan air sebanyak yg anda suka untuk buat sup.

Masak untuk 10 minit bagi sedikit lembut.

- Kemudian, masukkan terung, upa tepus dan daun bungkang dan rebus lagi sepuluh minit atau sehingga terung nya sudah lembut. (Tambah air jika perlu)
- Perasakan dgn garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

Tips: kuantiti salai atau terung adalah bergantung pada selera masing2. Ada yang suka makan lebih banyak terung, dan salai hanya untuk menambahkan rasa dan bau sahaja. Ada juga yang lebih suka makan lebih banyak salai dan terung hanya sebagai penyeri dalam masakan sahaja. Bergantung pada kehendak masing - masing.

By *Ms DJP*






Adalah dimaklumkan bahawa tiada penggunaan cokelat cadbury disini dan ianya hanyalah Istilah merujuk kepada Babi. "Cadbury" adalah nama sampingan kepada Babi di malaysia atas satu kejadian dimana desas - desus cokelat tersebut ada mempunyai DNA Babi, sedangkan DNA "si polan" tak tahu.

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

HUKUM ADAT IBAN: "Ngintu Adat Jadi Mali" atau "Perkahwin Terlarang". - Ms.DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Terlebih dahulu, sebelum mengupas cerita ini lebih lanjut, saya terpaksa berfikir beberapa jam samada hendak menulis artikel ini dalam Bahasa Iban atau melayu, ini kerana selepas membuat sedikit temuramah dalam bahasa iban bersama beberapa warga emas untuk mengorek cerita mengenai adat ini termasuk lah menemuramah ibu saya sendiri.

Ibu saya yang pernah menyaksikan adat ini dilakukan di kampung saya beberapa tahun lalu, tapi saya percaya, bukan hanya orang iban sahaja yg ingin tahu mengenai adat ini, tapi mungkin juga saudara dan sahabat kita yang lain nya berbangsa melayu, india  atau mungkin dusun dan kadazan dari sabah. Jadi, biarlah saya mengambil langkah yang adil untuk kefahaman semua.

'Jadi Mali' atau perkahwinan terlarang ini boleh kita definisikan sebagai perkahwinan di antara dua orang yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat dekat seperti contoh : 
Ibu/bapa saudara yang hendak mengahwini anak saudara nya (anak kepada adik atau kakak/abang) dalam adat kaum iban, pada mulanya, apabila ahli keluarga mula mengetahui hubungan pasangan ini, langkah pertama ialah hubungan itu HARUS di tentang dan di halang terlebih dahulu. 
Namun, apabila keadaan menjadi tidak dapat di elak kan utk menghalang mereka dari berkahwin, sebagai contoh: si gadis sudah pun hamil maka adat ini harus di lakukan untuk mengelakkan semua bencana dan malapetaka yang di sebabkan oleh 'jadi mali' ini berlaku pada masa hadapan.

Adat ini bermula dengan pasangan pengantin harus di lakukan di sungai di mana mereka akan dimandi kan dengan Darah Khinzir (seperti dalam gambar). Pasangan pengantin di payungi dengan 'Pua Kumbu' oleh dua orang wanita dan kedudukan pasangan ini haruslah berada pada sebelah hilir sungai. 

Sementara dua orang lagi yang di ketuai oleh penghulu kampung dan ketua adat menyembelih seekor khinzir pada hala yang sama namun dari hulu sungai untuk membolehkan darah khinzir itu hanyut dan melalui pasangan pengantin yang duduk di sebelah hilir sungai. 

Sambil menyebut beberapa kata-kata 'sampi/doa' semoga kehidupan pasangan tersebut sentiasa selamat dan di lindungi dalam melayari alam rumah tangga. 

Adat mandi darah khinzir ini juga turut di sertakan dengan hukuman berupa sebuah kebuk, piring kaca, dan duit hukuman dalam jumlah RM200-300 mengikut berapa dekatnya jarak hubungan kekeluargaan di antara pasangan tersebut. Walau bagaimana pun perkahwinan di antara sepupu tidak termasuk dalam kategori 'mali' dalam masyarakat iban.


Setelah habis mengorek cerita mengenai acara adat jadi mali daripada ibu saya, saya juga turut bertanya, bagaimana jika adat ini tidak di lakukan, dan pasangan itu hanya meneruskan perkahwinan seperti biasa?

Info Tambahan:
Dahulu kalau, "Jadi Mali" ini boleh dikenakan hukum Adat lama iaitu kedua - dua akan dibunuh dengan buluh runcing.

"..nitih ke tusut, ukum iya kena bunoh kadua dua iko seduai ke ngaga penyalah nya, jalai munoh seduai ti jadi salah serak tauka jadi mali tu iya nya enggau buloh aur pantang ke udah di lancham tajam bendar lalu dipantang ka ba tubuh seduai ti di pegulai ka betangkup dalam siti lubang.." - Adat Bansa Iban Blog

Ibu saya menjawab, menurut kepercayaan nenek moyang dulu kala, perkahwinan yang terhasil daripada 'jadi mali' akan mengundang bencana besar seperti 'kudi' atau tanah runtuh. Kehidupan pasangan yang jadi mali juga tidak tenteram atau tidak sihat dan kurang mendapat rezeki dalam kehidupan seharian. Jika mereka di kurniakan anak, kemungkinan anak mereka akan lahir dengan cacat anggota badan atau otak.

Oleh itu, adat mandi darah khinzir di lakukan untuk membatalkan semua bencana tersebut. Bagaimanapun, seiring peredaran zaman yang semakin moden dan canggih adat ini sehingga kini masih di lakukan oleh masyarakat iban.

Namun saya percaya jika adat ini tidak di lakukan sekalipun, secara saintifik dan fakta dari aspek genetik dan biologi manusia, perkahwinan di kalangan sesama saudara terdekat adalah tidak di galakkan kerana tidak berapa elok perkembangan nya dalam melahirkan zuriat.

Namun, siapalah kita untuk menolak takdir kerana setiap kejadian adalah ketentuan kuasa Tuhan yang Maha Kuasa.

Panduan:
Sampi = Doa
Kebuk = Sejenis tajau yang bentuknya kecil.
Kudi = Bencana ribut kuat atau puting beliung.

P/s: Jika anda mempunyai info yang lebih mendalam mengenai adat ini boleh lah singgah di ruang komen. Komen anda amat di hargai. - #‎mizzDjp‬ 

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Cara membuat "Tuak" Perisa Nanas, Uniknya pembuatan 'Wain' Masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". Ms.DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Uniknya Pembuatan 'wain' masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". -bersama MizzDjp.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Dayak, kaum Iban Khasnya terkenal dgn pembuatan 'wain' mereka tersendiri yang lebih di kenali dengan nama 'air tuak' atau lebih realistik dan mesra alam di sebut sebagai 'air pengayu'.

Air "Tuak" juga mempunyai Perasa Nanas
Air tuak adalah sejenis minuman tradisi yang beralkohol 'semulajadi' oleh masyarakat Iban sama ada untuk sebarang perayaan, aktiviti tradisional atau sekadar untuk menyambut tetamu yg datang. 

Kenapa saya mengatakan ianya semulajadi? Ini kerana ia di perbuat drpd bahan-bahan yg cukup simple dan mudah diperolehi tanpa bahan tambahan pengawet seperti alkohol yang anda beli di kedai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit resepi tradisional dalam pembuatan air tuak ini. Namun, apa yang uniknya kali ini saya membongkar sesuatu yang di luar kebiasaan dalam pembuatan air tuak berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa hari yang lepas. 

Lazimnya, air tuak ini di perbuat daripada nasi atau pulut tapi kali ini Air Tuak MizzDjp di perbuat daripada buah nenas. Anda tidak yakin? Baik lah.. sila cuba resepi ini untuk puaskan hati anda sendiri.

Bahan utama:
Buah Nenas (yg sudah masak dan rasanya manis)
- Ragi
- Gula
- Sedikit air

(Kuantiti kesemua bahan2 di atas adalah terpulang kepada berapa banyak yg anda rancang nak buat dan saiz buah nanas anda)

Cara - cara :
1. Kupas buah nenas dan kisar sehingga halus.

2. Kemudian rebus dan tambah kan sedikit air (secukup rasa, sebab kalau terlampau byk air nenas jadi tawar dan kurang rasa)

3. Semasa merebus nanas, rebus sehingga kandungannya agak mendap kebawah dlm anggaran setengah tunjuk kemudian padamkan api. (dalam sejam atau lebih) menggunakan periuk besar.

4. Biarkan seketika sehingga sejuk. Kemudian, masukkan gula dan ragi yang telah di tumbuk halus dan kacau sehingga betul2 sebati. Sukatan gula dan ragi juga secukup rasa bersama kuantiti buah nenas tadi.

5. Akhir sekali simpan di dalam bekas yang bersih dan selamat. Dalam masa 2 atau 3 minggu atau mungkin kurang dari itu, wain nenas anda sudah boleh di hidangkan kepada tetamu.

TIPS;
- pastikan buah nenas anda adalah jenis nenas yg manis dan bukan nya masam. Ketepatan pemilihan buah nenas amat mempengaruhi keberjayaan wain pengayu anda dari segi rasa.

- pastikan nenas yg di rebus tadi betul2 telah sejuk sebelum menambahkan gula dan ragi.

- pastikan bekas untuk menyimpan wain pengayu anda kering dan bersih. Kalau boleh jemur terlebih dahulu.

- selain daripada nenas, wain pengayu tadi boleh di perbuat daripada buah pisang, apple atau anggur dengan cara yg sama. Asalkan anda mampu.

Sekian. Selamat Mencuba.


Pelamin Tradisional Masyarakat Dayak Iban . - MsDJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Bersama MsDJP iaitu dalam Segmen INFO mengenai Pelamin Tradisional kaum Iban.

Semua pun sedia maklum, Pelamin merupakan satu aset penting dlm menjayakan kelangsungan sesebuah majlis 'melah pinang'/perkahwinan. Tak kira apa konsep dan tema sekalipun pelamin mempunyai pengaruh besar dalam menyerikan dan memeriahkan majlis perkahwinan setiap pasangan pengantin yg memasuki alam rumahtangga.

Bagi kaum Dayak iban, pelamin dalam versi tradisional mempunyai makna yang amat besar. Kecenderungan mengutamakan ciri tradisional dlm majlis perkahwinan kini semakin di lupakan seiring dengan peredaran masa yg lebih mementingkan ciri kemodenan.

Pelbagai Corak dan Perhiasan Tradisi di sertakan.  Photo: Shuet Ajang.
Pelamin tradisional ini memainkan peranan penting di mana setiap material yg di pamerkan itu mengandungi maksudnya yang tersendiri. Ianya bukan sahaja tentang keunikan pelamin itu sendiri tetapi juga keseluruhan acara majlis di mana dua mempelai yang duduk di atas 'Tawak' akan di 'Biau' kan terlebih dahulu oleh ketua biau dengan kata2 dan 'Sampi' khas yang membawa fungsi kepada pemanggilan semengat datuk nenek moyang dulu2 kala untuk sama2 menyaksikan majlis dan menjaga kesejahteraan dan keberkekalan kehidupan rumah tangga kedua mempelai selepas itu.

Antara material yang umumnya mesti ada dalam dekorasi sesebuah pelamin tradisional kaum iban adalah Tawak yang berfungsi sebagai tempat duduk mempelai. Terabai dan ilang sebagai lambang kekuatan ikatan perkawinan. 'Ranyai' yang di dirikan di kedua2 belah tepi kanan dan kiri pelamin, 'bungai jarau' , 'tajau' lama, 'Pua Kumbu' dan tentunya 'air tuak' atau lebih di kenali sebagai 'air pengayu' sebagai pelengkap acara.

*Di dalam gambar adalah Visual sebenar pelamin tradisional kaum Iban yang dikirimkan oleh seorang teman rapat MizzDjp sempena majlis perkahwinan sepupu beliau yang berlangsung di Kampung Terimah Lubai, Limbang Sarawak.

Info: Tradisi "Ngayap" Masyarakat Dayak Iban di Sarawak, Borneo . - Ms DJP ( Dara Jala Pisit )

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Info Tradisi bersama Ms.DJP ( Dara Jala Pisit ) , Mengenai Tradisi Masyarakat Dayak Iban dahulu iaitu Tradisi "NGAYAP" .

Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap (Sandin,1980:69). Amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-masing,walaupun amalan ngayap dibenarkan ,namun ngayap seharusnya dilakukan dengan adap sopan santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup bermasyarakat kaum iban itu sendiri bagi mengelakan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai budaya masyarakat iban.

Adat "Ngayap" Tradisi mencari pasangan hidup
Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut, jika kunjungan berterusan , ibu- bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya kepada si teruna samada si teruna serius di dalam usahanya untuk memikat atau tidak, jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera . 

Dan jika si teruna serius dan bercadang untuk mengawini Si Gadis, maka si teruna dinasihatkan supaya memberitahu ibubapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si gadis.sekiranya si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibubapa si gadis berhak menangkap si teruna dan menguruskan perkahwinan pasangan yang berkernaan dan kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai Rumah (Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang yang berkenaan.

Pada masa kini tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan di dalam arus pembangunan dan cara hidup yang lebih bersifat kemodenan,justeru itu perjumpaan si teruna dan dara dijalankan semasa maljlis keramaian,seperti gawai,pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi,atau di tempat kerja pasangan masing-masing.

Pasangan Dayak Iban dalam baju tradisional lama.
Namun demikian Ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan iban, untuk mengelakkan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk orang iban sahaja, sekiranya terdapat pelanggaran adap atau campurtangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban, 1993.

* Ada sesiapa tak kat sini pernah ngayap dulu atau bertemu jodoh melalui cara ini? hehe~. Semasa Zaman ngayap ni dulu, MizzDjp masih kecik lagi. - Ms DJP

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©