AMBIL TAHU: Apa Makna & Maksud "K" di Setiap Kad Pengenalan Rakyat SARAWAK.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Jika anda warga Sarawak anda wajib baca dan share posting ini, kerana posting ini adalah "perkara" penting untuk rujukan semua warga Sarawak tidak kira suku, kaum dan etnik.

Seperti yang kita maklum generasi baru Sarawak sering berbangga dengan kod 13 atau kod 52 yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sarawak.

Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 13 atau kod 52 itu bermakna anda anak jati Sarawak. Realitinya kod 13 atau kod 52 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod "K".

Kod K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod K kelihatan kecil.

Tanda KeRakyatan Warganegara/Wilayah Sarawak 
Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 13 atau kod 52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod K, maka anda bukanlah anak jati Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H. 

Dengan Kod K bermakna Sarawak adalah sebuah Wilayah atau Negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk makluman lagi bukan semua orang yang dilahirkan di Sarawak diberi kod K. Kod K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sarawak dan jika seseorang itu lahir d sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod K.

Untuk yang bukan di lahir di Sarawak atau lebih tepat lagi lahir di Semenanjung, dia boleh memohon kod K dengan syarat salah seorang ibu bapa mestilah warga Sarawak.

Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil endah kod K tersebut, tetapi harus diingat kod K adalah harta paling bernilai di Sarawak. Tanpa kod K anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak. 

Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen. 

Sekian terima kasih.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Cara membuat "Tuak" Perisa Nanas, Uniknya pembuatan 'Wain' Masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". Ms.DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Uniknya Pembuatan 'wain' masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". -bersama MizzDjp.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Dayak, kaum Iban Khasnya terkenal dgn pembuatan 'wain' mereka tersendiri yang lebih di kenali dengan nama 'air tuak' atau lebih realistik dan mesra alam di sebut sebagai 'air pengayu'.

Air "Tuak" juga mempunyai Perasa Nanas
Air tuak adalah sejenis minuman tradisi yang beralkohol 'semulajadi' oleh masyarakat Iban sama ada untuk sebarang perayaan, aktiviti tradisional atau sekadar untuk menyambut tetamu yg datang. 

Kenapa saya mengatakan ianya semulajadi? Ini kerana ia di perbuat drpd bahan-bahan yg cukup simple dan mudah diperolehi tanpa bahan tambahan pengawet seperti alkohol yang anda beli di kedai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit resepi tradisional dalam pembuatan air tuak ini. Namun, apa yang uniknya kali ini saya membongkar sesuatu yang di luar kebiasaan dalam pembuatan air tuak berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa hari yang lepas. 

Lazimnya, air tuak ini di perbuat daripada nasi atau pulut tapi kali ini Air Tuak MizzDjp di perbuat daripada buah nenas. Anda tidak yakin? Baik lah.. sila cuba resepi ini untuk puaskan hati anda sendiri.

Bahan utama:
Buah Nenas (yg sudah masak dan rasanya manis)
- Ragi
- Gula
- Sedikit air

(Kuantiti kesemua bahan2 di atas adalah terpulang kepada berapa banyak yg anda rancang nak buat dan saiz buah nanas anda)

Cara - cara :
1. Kupas buah nenas dan kisar sehingga halus.

2. Kemudian rebus dan tambah kan sedikit air (secukup rasa, sebab kalau terlampau byk air nenas jadi tawar dan kurang rasa)

3. Semasa merebus nanas, rebus sehingga kandungannya agak mendap kebawah dlm anggaran setengah tunjuk kemudian padamkan api. (dalam sejam atau lebih) menggunakan periuk besar.

4. Biarkan seketika sehingga sejuk. Kemudian, masukkan gula dan ragi yang telah di tumbuk halus dan kacau sehingga betul2 sebati. Sukatan gula dan ragi juga secukup rasa bersama kuantiti buah nenas tadi.

5. Akhir sekali simpan di dalam bekas yang bersih dan selamat. Dalam masa 2 atau 3 minggu atau mungkin kurang dari itu, wain nenas anda sudah boleh di hidangkan kepada tetamu.

TIPS;
- pastikan buah nenas anda adalah jenis nenas yg manis dan bukan nya masam. Ketepatan pemilihan buah nenas amat mempengaruhi keberjayaan wain pengayu anda dari segi rasa.

- pastikan nenas yg di rebus tadi betul2 telah sejuk sebelum menambahkan gula dan ragi.

- pastikan bekas untuk menyimpan wain pengayu anda kering dan bersih. Kalau boleh jemur terlebih dahulu.

- selain daripada nenas, wain pengayu tadi boleh di perbuat daripada buah pisang, apple atau anggur dengan cara yg sama. Asalkan anda mampu.

Sekian. Selamat Mencuba.


Logik Akal Mr.J : 10 Jenis Kepercayaan Masyarakat dulu ataupun ianya sekadar Penipuan. + sedikit 'sarcasm' dari Mr.J

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pejam celik dan masuk bulan september sekarang , pelbagai isu menarik yang kita dapat saksikan tidak kurang juga dengan isu yang membabitkan minyak naik di malaysia dan sebagai rakyat yang memilih kerajaan tersebut kita harus menerima dengan seadanya.

Baiklah , Mr.J bukannya hendak ulas sangat mengenai isu minyak kali ini tetapi apa yang Mr.J hendak kongsikan bersama adalah diantara Logik Akal dan Kepercayaan ataupun sekadar Tipu Helah yang telah berlaku dari masyarakat dahulu sehingga mungkin masih diamalkan oleh generasi sekarang.


Dibawah ini Mr.J menyenarai pendekkan 'kepercayaan' tersebut :

1. Dilarang bersiul tengah malam. 
Jika anda bersiul di tengah malam dikhuartiri jembalang serta hantu akan mengekori anda ini kerana mungkin siulan anda sungguh merdu ataupun anda kelihatan sungguh menawan atau seksi sehingga hantu tersebut 

2. Budak kecik tidak boleh makan kaki ayam.
Ini kerana Ibubapa berpendapat bahawa Kaki Ayam adalah punca dimana Tulisan anak mereka buruk tetapi tahukah anda tulisan doktor adalah lebih buruk dari cakar ayam, Mr.J berpendapat bahawa jika anda ingin anak anda menjadi doktor maka anda harus menggalakkannya makan Kaki Ayam setiap hari.

3. Anak Dara tidak boleh menyanyi di dapur.
Sekiranya degil, anak dara tersebut diramalankan akan Mengahwini Lelaki Tua hal ini masih tidak disahkan oleh beberapa artis malaysia yang mengahwini lelaki tua seperti contoh Datuk Bung Mohtar dan Zizie Izette. Bagaimanapun sekiranya anda mempunyai anak dara maka pelaburan yang besar sekiranya mengajar anak anda menyanyi di dapur.. tak percaya?

4. Dilarang mengintai Orang Mandi.
Yang ini Mr.J suka, sebab bukan apa kerana jika anda mengintai orang mandi maka mata anda akan tumbuh  ketumbit . Oleh demikian jika anda melihat mata rakan anda merah, bengkak, tumbuh ketumbit maka anda disarankan tidak mengejek mereka kerana khuartir mata anda pula akan 'merah' .

5. Dilarang membawa masuk buah - buahan Masam bila musim membuat Air Tuak / Tapai.
Apabila dekat dengan Perayaan Hari Gawai Dayak di Sarawak. Borneo, para nenek dan kaum ibu akan melarang anak - anak mereka serta orang dewasa supaya tidak membawa masuk ke rumah segala jenis buah yang masam. 

Ini berikutan akan menyebabkan Proses Pemeraman Air Tuak akan menjadi masam dan akan mengakibatkan kerugian kepada seisi keluarga , hal ini disahkan sendiri oleh Mr.J kerana pernah terjadi suatu ketika dahulu. Sehingga sekarang tiada lagi kaedah saintifik yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.

6. Jangan menghina/memburukkan Bangsa di facebook.
Kesan daripada perbuatan tersebut anda akan menjadi Terkenal dengan secepat yang mungkin malah anda mungkin akan menjadi tajuk utama suratkhabar. Yang ini telah disahkan oleh beberapa individu di facebook. 

Tetapi hal tersebut akan berubah sekiranya anda adalah seorang VVIP seperti Seekor Katak (sarcasm) yang selalu menguak tetapi malangnya Katak tersebut tidak cukup popular mungkin disebabkan faktor usia.
Maksud Sarcasm : sindiran, bahan ejekan, kata-kata pedas

7. Jangan melangkah Kaki Orang yang lebih Tua daripada anda.
Masa Mr.J kecil dahulu selalu mendengar ayat tersebut iaitu jika melangkah Kaki orang yang lebih Tua maka dua biji telur anda akan membesar sebesar buah cempedak. Tetapi kes ini adalah lebih keistimewaan kepada budak - budak lelaki sahaja bagi yang perempuan Mr.J tak tahu.

8. Mesti Sentuh Makanan apabila hendak makan tetapi dikemudiankan.
Orang melayu menyebut 'kempunan' manakala Mr.J menyebut 'dakinek , punie' . Bagi Mr.J iaitu masyarakat Dayak Iban ternyata amalan tersebut masih lagi kuat bahkan 'ketidakpercayaan' perkara tersebut maka akan ada kemalangan yang berlaku terhadap diri anda.

Hal tersebut telah membuatkan Mr.J dimasukkan ke hospital semasa berumur 18 tahun akibat kemalangan motosikal sewaktu balik dari rumah rakan dan dipelawa tuan rumah untuk makan bersama tetapi Mr.J menolak tanpa menyentuh makanan tersebut dengan jari ( punie / dakinek ) dan terus pulang.

9. Jangan Menunjuk Jari ke arah Pelangi.
Dikisahkan oleh orang dahulu bahawa Munculnya Pelangi kerana anak Putera Kayangan hendak turun mandi jadi kerana darjat Putera tersebut sungguh tinggi maka manusia tidak dibenarkan sesekali menunjuk jari ke arah Pelangi kerana dipercayai Jari anda akan putus.

10. Jangan ketawakan Kucing mahupun Anjing.
Mr.J pernah mendengar cerita ini, tak tahu kenapa tidak boleh ketawakan Kucing dan Anjing tetapi mengikut kata orang dahulu sekiranya kita ketawakan Kucing atau Anjing maka kita akan disumpah menjadi Batu. 

Setakat itu sahaja yang dapat Mr.J huraikan disini dan kepercayaan akan menyusul kemudian. Dalam kehidupan seharian kita, secara tidak disedari kita sering terperangkap diantara sesuatu Kepercayaan , Pembawakan Agama dan juga melalui penyiasatan serta kajian yang bercirikan Sains. 

Anda ada kepercayaan yang lain selain dinyatakan diatas? bolehlah kongsi bersama Mr.J di ruangan komen dibawah. Apa - apapun semuanya adalah terletak kepada individu masing - masing.

- Mr.J

Jom Kenal: Masyarakat Punan di Sarawak, Borneo . "Jik Kayo , Jik Tuju"

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Masyarakat Punan apatah lagi melihat , baiklah kali ini Mr.J hendak bicara serba sendikit mengenai Masyarakat Punan ini. Tapi sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya ada silap .

Etnik Punan terbahagi kepada Punan Pedan, Bah dan Biau. Tiada perbezaan antara ketiga-tiga puak tersebut. 

Bagi Mr.J , masyarakat Punan memilikki kulit yang cerah dan jikalau melihat mereka di kawasan Bandar mungkin anda tidak dapat membezakan antara etnik masyarakat Cina .

Boleh dikatakan semua penempatan mereka bertumpu di kawasan berbukit dan berhampiran sungai.'Punan Bah' adalah kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Mereka adalah berbeza, tidak berkaitan dengan Masyarakat Penan .

Felicia, merupakan anak Punan pertama yang menjawat jawatan bertaraf penguasa di Jabatan Imigresen Malaysia.

Kebanyakkan golongan terutamanya yang lebih muda, lebih berpendidikan, secara beransur-ansur berhijrah ke kawasan bandar seperti Bintulu, Sibu, Kuching dan Kuala Lumpur dalam mencari kehidupan yang lebih baik. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak meninggalkan rumah panjang mereka sama sekali. Ramai masih akan pulang ke rumah - terutamanya semasa perayaan utama seperti Pesta Menuai / atau perayaan Bungan kerana ia dikenali di kalangan Punan.

Permandang Rumahpanjang Masyarakat Punan, Sarawak. PNA

Sebelum kedatangan Kristian ke Sarawak , Borneo , masyarakat Punan menganuti agama tradisional adalah satu bentuk animisme dikenali sebagai "Besavik".

Sedikit Bahasa Punan :
1. Nu denge nu? - Apa khabar awak?
2. Nu ngaro no? - Siapakah nama anda
3. Tupu koman si - Sudah makan tengahari / makan / sarapan?
4. Tupu moum seh kou? - sudah mandi kamu?

Ini baru sebahagian daripada Ratusan Etnik yang ada di Borneo dan masih banyak lagi akan dikongsikan kepada semua pembaca.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Apakah Maksud Ukiran Tatu 'Bunga Terung 'di Badan Masyarakat Dayak Khususnya Dayak Iban?.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera , ramai yang bertanya kepada Mr.J apakah maksud Tatu 'Bunga Terung' yang selalu dicacah di bahagian Bahu orang Sarawak khasnya Masyarakat Dayak Iban.

Untuk pengetahuan semua , lelaki Iban yang mempunyai tatu Bunga Terung adalah kerana mereka dikatakan mempunyai tanggungjawap yang besar dalam sesebuah keluarga mereka .

Dahulu sebelum proses mencacah Tatu dibadan , maka harus ada upacara 'miring' diadakan seperti memohon keberkatan kepada dewa - dewa perang .


Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.

Selain itu corak 'pusaran' didalam tatu Bunga Terung tersebut dikatakan melambangkan sebuah kehidupan baru dan mendapat 'kuasa' daripada perut berudu.

Tatu ini juga penting bagi anak lelaki Dayak yang keluar merantau atau mengembara jauh daripada kawasan mereka dan ianya dikatakan sebagai azimat kekal 'mantera wheel'.


Dizaman moden ini tatu bercorak tradisional merupakan sebagai 'IC/Kad Pengenalan' kepada Masyarakat Dayak , seperti contoh sekiranya seseorang individu tersebut merantau atau mengembara dan tersempak dengan seorang individu lain yang mempunyai corak tatu 'Bunga Terung' maka dia tahu bahawa individu tersebut adalah daripada Kaumnya.

Tonton Dokumentari Mengenai Adat Bertatu


Kini Proses mencacah tatu tidaklah serumit dahulu dengan adanya mesin tatu sendiri .

Setakat ini sahaja yang Mr.J dapat kongsikan kepada semua pembaca dan Mr.J minta maaf sekiranya ada silap mengenai erti serta makna Bungai Terung tersebut , mungkin anda lebih mengetahuinya dan mungkin anda boleh kongsikan di ruangan komen di bawah untuk tatapan pembaca lain.

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Maksud Pertanda 'Burung' dalam Adat Dayak Iban - The Origin Of Iban Omen Bird.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Masyarakat Dayak Iban dahulu terkenal dengan 'pertanda burung' dalam kehidupan seharian mereka maka dibawah ini adalah 'Pertanda' yang dilakukan sebelum atau 'apa yang bakal berlaku' sekiranya melihat 'Burong / Pertanda' .


Sengalang burong kemudian mengaitkan garis panduan asas mengenai bagaimana untuk memohon burung petanda dalam pertanian, seperti di bawah:

Apabila anda mula bertani, mendengar panggilan Ketupong (kanan), yang mesti diikuti oleh panggilan Beragai (kanan). Ini petanda menubuatkan bahawa anda akan memperoleh hasil tuaian yang banyak bahawa musim pertanian dan kebahagiaan yang besar akan berlaku.

Jika anda mula untuk ladang dengan panggilan Embuas (kiri) dan diikuti oleh Bejampong (kiri), ia menubuatkan bahawa ladang anda bahawa musim akan terganggu dan hasilnya banyak.

Jika anda mula ladang dengan panggilan daripada Bejampong (kiri), ia mesti diikuti oleh panggilan daripada Embuas (kiri), ia menandakan bahawa ladang anda akan menjadi betul dibakar.

Jika anda mula untuk ladang dengan panggilan Ketupong (kanan) dan kemudiannya diikuti oleh panggilan dari Bejampong (kiri), ia menubuatkan nasib yang sangat buruk bagi musim itu dan ia dipanggil busong burong, sebagai anak saya dalam undang-undang telah hormat dituturkan di seluruh my galeri.

Jika anda mula ladang dengan panggilan Beragai (kanan) dan kemudian anda mendengar panggilan dari Bejampong (kiri), ia juga menandakan nasib buruk kerana ia membawa kesedihan kepada keluarga anda pada musim itu.

Jika anda bermula dengan panggilan daripada Embuas (kiri) dan kemudian anda mendengar cal Pangkas (kanan), ini dikenali sebagai dua Matahari (dua matahari), yang bermakna kematian akan berlaku dalam keluarga.

Jika anda mula ladang dengan panggilan Beragai (kanan), dan kemudian anda mendengar panggilan Kelabu Papau (kiri), ia juga menandakan kematian yang tidak lama lagi akan datang kepada keluarga anda.

Selepas anda selesai kerja anda ngundang panggol (melawat penawaran yang dibuat di peringkat penjelasan awal musim pertanian), anda boleh mendengar panggilan Kelabu Papau (kiri) yang menandakan bahawa roh jahat tidak akan membawa anda nasib buruk, sebaliknya ladang anda akan selamat daripada serangan mereka. Dalam tempoh tujuh hari semasa ngundang panggol, anda tidak mesti mendengar seruan apa-apa petanda burung, selain daripada Nendak, yang tidak sangat berbahaya.

Jika semasa nebas dan nebang (penjelasan dan penebangan) anda mendengar atau bertemu kancil, kijang, ingkat, bengkang atau belengkiang (cicak), ia bermakna bahawa hamba Sempulang Gana akan membantu anda dalam kerja anda.

Mana-mana binatang yang dilihat menghampiri dari hadapan, manakala seseorang itu bekerja tanahnya dipanggil labah, yang bermaksud nasib baik akan datang. Tetapi jika ada pendekatan haiwan dari belakang, ia dikenali sebagai burong nyubok dan ia membawa petanda buruk yang paling tidak disangka-sangka.

Sengalang burong juga memberitahu Sera Gunting bahawa semua petanda yang diperhatikan semasa musim pertanian juga akan menandakan kejayaan masa depan dalam perang, perkahwinan, mendapatkan kekayaan dan reputasi.

Di samping itu, Sengalang burong memberikan Sera Gunting azimat sendiri dipanggil Pengaroh Mali Balang Kayau, azimat yang paling berkesan untuk ekspedisi perang. Selain itu, beliau juga memberinya daya tarikan taring babi (taring babi), tebu menembak batu (batu Tebu) dan tanduk rusa (rajut tandok).

Setelah dilengkapi Sera Gunting dengan azimat ini, Sengalang burong memberinya paling kuno "nyabor" pedang yang dia berkata, "tiada siapa yang pernah menggunakan pedang ini sebelum ini telah gagal untuk mendapatkan kepala musuh".

Untuk membaca artikel penuh sila ke laman Iban Cultural Heritage yang diasaskan oleh En. GNMawar.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Semoga " Petara " Turunkan Bala kepada Pemusnah dan pembalak Haram di Sarawak !

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Selamat bertemu kembali semua , setelah seminggu kita digemparkan Kes Nabil tetapi kali ini Mr J ingin membawa pembaca semua ke Sarawak dan sedikit berita di Sarawak , kalau dulu gempar dengan Kes Hani Tarmizi sekarang kita lebih kepada penjagaan " Alam Sekitar ".

Masihkah anda ingat kembali berita yang mengemparkan seluruh penduduk Sarawak tidak lama dalam 6-7 oktober 2010 , dimana Sungai Rajang yang dikenali kebersihannya dan dengan Kisah Mitos "Nabau" Ular besar penjaga Sungai Rajang telah dicemari dengan ratusan tan bongkah kayu hanyut. Untuk pengetahuan jangan sesekali percaya mengenai Ikan Duyung terdampar di Sarawak?

Beberapa hari yang lepas , berpuluh [ angka tidak pasti tetapi dikatakan ramai ] ketua Adat ataupun ketua [ tuai rumah ] berkumpul untuk membuat satu upacara ‘Pelasik Menua’ mohon ketenangan dan keampunan daripada ‘Petara’ [ Tuhan Orang Iban , kebanyakkan di kawasan pendalaman masih menganuti agama asal. ] .



Ia diketuai oleh ketua kaum Iban yang faham istiadat, Naban Tutong, 85 dari Nanga Entawau dan upacara tersebut telah dilakukan di kedua-dua tebing Sungai Melatai.

Setelah upacara itu selesai, tidak ada orang dibenarkan menggunakan sungai Melatai selama tiga hari atau didenda oleh masyarakat tempatan sebanyak RM100,000. Borneopost




Sungai Rajang dicemari oleh kayu - kayu hanyut .
egala pengangkutan Air yang merupakan penghubung jalan bagi penduduk pendalaman terjejas.


Akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu syarikat pembalakan bukan sahaja telah merosakkan alam sekitar hingga menyebabkan ‘Tragedi Oktober’ itu berlaku, malah penduduk tempatan terpaksa melakukan upacara miring terbesar yang penuh adat istiadat bagi ‘menenangkan’ Tuhan mereka dan ‘mententeramkan’ semula situasi.

Lihatlah perbezaan Ketara Sungai Rajang.

* Sungai Rajang telah kembali seperti sediakala .

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©