Ahad Masjid buka Pagar untuk Penganut Kristian, Jumaat Gereja buka Pagar untuk Penganut Islam.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Dalam Tiga Negara Rakan Kongsi dalam Persekutuan "Malaysia" hanya Dua daripadanya iaitu Sarawak dan Sabah mengamalkan Tolenransi Agama yang baik.

Tidak dinafikan bahawa hubungan diantara agama di Sarawak adalah sangat akrab sekali sehingga kadang - kala membuatkan segelintir NGO yang dikatakan "Perjuang Katak" khususnya daripada luar negara Sarawak bersikap dengki serta iri hati dengan kemakmuran Agama di Sarawak.

Mr.J hairan kenapa "mereka" agak susah sangat mengamalkan persefahaman , toleransi serta "ajaran" sebenar yang disuruh oleh "agama" , kadang - kala Mr.J rasa nak bagi jurus penampar libasan bujang senang dekat Ketua geng ngo tersebut biar kepala depa berpusing 360 darjah supaya mengembalikan sistem urat sarat tunjang yang banyak berbelit.

Miri, Sarawak :  Permandangan Toleransi Antara Agama yang cukup Tinggi.
Hanya Individu yang kurang waras sahaja 'tidak suka'.
Di Lutong, Miri Sarawak , Gereja dan Masjid hanya terletak berdekatan dengan jarak tidak sampai 70 meter serta hanya berpagarkan pagar biasa. 

Walaubagaimanapun, "malang" sekali masih tiada mana - mana individu daripada kedua - dua agama yang 'murtad', walaupun setiap pagi Ahad pagar Masjid dibuka untuk kemudahan penganut Agama Kristian meletakkan kenderaan di sekitar tempat letak kereta di dalam Masjid dan bergitu juga bila hari Jumaat Gereja membuka pintu pagarnya untuk kemudahan kepada penganut Agama Islam menggunakan tempat letak kereta diruangan halaman Gereja. 

Mungkin dalam hati Penganut Agama Perkasa mungkin akan berkata "kita bakooorrr , kita robohkan ... bla bla bla .." 

Seandainya perkara berkongsi "Tempat Ibadat" berlaku di negara tempat Ibrahim Katak rasanya memang sudah lama Tempat Ibadat penganut lain akan dibakar dimusnahkan serta dilupuskan oleh Perjuang songsang "mereka". 

Masih menjadi persoalan apakah yang mendorong NGOk tersebut bertindak kurang siuman sehingga hari ini, ada juga spekulasi mengatakan atas dorongan cinta yang tak kesampaian bahkan kemungkinan besar faktor umur dan juga cuaca yang tidak menentu.

Baiklah, hanya katak yang mengenal katak dan bukannya belalang. 
- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahliputan media

1 Keluarga, 2 Agama, Darurat Tiada. Sebuah Kisah Budaya Toleransi Antara Agama di Sabah dan Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kisah benar bagaimana hubungan diantara Agama di Sabah dan Sarawak lebih matang daripada 'sesetengah' tempat di Malaysia. Kisah ini diceritakan kepada En.Haji Julaihi Haji Suut. 

Kisah Pertama dari AsQue Minie (bukan nama sebenar) : 
Dua orang kakak saya :telah memeluk Islam. Seorang daripada mereka sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan anak-anak dan suaminya. 

Oleh kerana kami bukan orang Islam, kami telah meminta bantuan pihak masjid untuk menguruskan pengkebumian dan buatkan Tahlil untuk arwah kakak. Pihak masjid segera hulurkan bantuan. Anak-anak arwah kakak masih kecil dan tekanan kerja bapa mereka pula banyak. Jadi kami lah yang menguruskan persekolahan mereka. Ke kelas agama pun kami hantarkan. Kami dah anggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga kami, walaupun mereka Islam dan kami Kristian. 

Anak-anak arwah kakak semuanya dah dewasa hari ini. Anak yang sulung baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinannya. Kami lah juga yang menjadi wakil datang merisik. Anak yang kedua masih menuntut dalam bidang perubatan, sementara anak yang bongsu pula masih dalam Tingkatan Lima. Diharapkan semua mereka akan jadi orang yang berjaya, seperti pesanan dan doa emak mereka sebelum dia meninggal dunia. 

Seorang lagi kakak saya yang memeluk Islam sudah bermastautin di Melaka. Saya selalu menziarahi kakak di Melaka di musim Hari Raya. Mereka sekeluarga pun ada datang ke Sarawak bila tiba musim Gawai Dayak dan Hari Krismas. Makanan dihidangkan tiada yang haram. 


Abang ipar saya, walaupun jenis yang warak, sudah faham dengan keadaan keluarga kami yang bercampur-campur. Bila dia hendak bersembahyang di masjid, seorang lagi kakak saya yang bukan Islam akan hantarkan. Bila abang ipar bersembahyang di rumah, kanak-kanak dilarang berbuat bising. Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka semua faham bila kita tegur mereka. 

Di hari Ahad, ahli keluarga kami yang beragama Kristian akan pergi ke gereja. Balik dari gereja, kami akan makan bersama-sama dengan ahli keluarga kami yang Islam di rumah. Tidak pernah ada isu cuba memesongkan akidah di dalam keluarga kami. Kami sekeluarga hormat pada hak beragama masing-masing. Semua agama itu baik. Semoga kisah keluarga kami boleh menjadi satu inspirasi kepada keluarga lain.

- Tamat -

Kita rakyat Sarawak serta Sabah Tidak Mahu Individu 'tersebut' memasukki urusan di Borneo kerana ianya umpama parasit yang dapat memusnahkan keamanan awam.

- Mr.J rasa bagi kebanyakkan rakyat Sabah dan Sarawak isu Agama bukanlah satu isu yang besar , 1Malaysia baru sahaja dipupuk tetapi rakyat Sabah dan Sarawak telah lama mengamalkan 1Borneo .

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©