HOAX : Pastinya anda ingat Video Disumpah Menjadi Ikan Pari & Anjing.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
HOAX. Anda tahu apa itu "Hoax", disini Mr.J kongsikan adalah sedikit sebanyak tentang pengertian istilah tersebut dan Mr.J percaya ramai yang masih mempercayai kisah - kisah tersebut mungkin kerana ketiadaan medium yang pelbagai untuk dirujuk.

Seperti contoh, Mr.J menggunakan Perisian Photoshop dan mengubah gambar katak dan mencantumkan gambar ekor anjing sekaligus kelihatan menjadi 1 gambar yang menarik serta membawa keping gambar tersebut ke hutan amazon dimana penduduknya masih 'primitif' ( bayangkan sejenak anda di keadaan perkampungan carnival holocost ).  Sambil menunjukkan gambar tersebut Mr.J pun berkata..

"ini adalah Roh Dewa Syaitan Katak yang saya tawan serta disimpan dalam sekeping daun ajaib (kertas gambar) dari kayangan!, jika anda semua mahu selamat dari serangan tentera saitan katak puru maka sayalah penyelamat anda semua!!". 

Pasti mereka takut dan yang pasti mereka tak akan makan Mr.J malah ukiran muka Mr.J akan diukir dan dilayan sebagai Dewa.

Eh, panjang pula tahap imaginasi Mr.J sehingga lupa ke tajuk utama. Baiklah, kita mulakan dengan yang pertama iaitu Ikan Pari Sumpahan pernah gempar dahulu Kononnya kisah itu berlaku di Johor membabitkan seorang gadis remaja berusia lingkungan belasan tahun yang menderhaka kepada ibunya. Ah! banyak versi sehingga sel otak Mr.J mengalami nganguan saka. 

Ikan Pari Shovelnose Ray yang banyak terdapat di Australia
Kesian, apalah nasib Si Ikan Pari sudahlah tersesat jauh hingga ke Nusantara ditangkap pula malah difitnah lagi. Agaknya yang buat video ini mungkin genetik dia adalah terlebih ketimuran tidak mahu sekali memandang sedikit kebaratan atau erti lain "itu semua mainan media barat!!" sehingga sering menjadi bahan lawak Persatuan Bangsa - Bangsa Bersatu.

Pernah Mr.J bongkar kisah ini pada zaman itu zaman hanset nokia "sabun" tak henti - henti member Mr.J tunjuk kat kawan - kawan dia, kalau tak silap boleh rujuk artikel tahun 2009.

Dan seterusnya adalah yang kedua iaitu "Manusia disumpah menjadi Anjing", video tersebut adalah Video Pameran seni seorang pereka yang bernama Patricia Piccinini , gambar - gambar patung yang direka dan bertajuk We Are Family, Venice Biennale, 2003. dan telah di "fitnah" oleh manusia spesis kuda laut yang berhidung babi.



Caranya adalah dengan menambah audio bacaan kitab atau buku - buku suci sesuatu Agama maka, nah! hasilnya berjaya memperdayakan ramai insan - insan yang teraniaya bahkan video tersebut menjadi "rujukkan" oleh sebilangan keluarga yang "soleh" bagi menunjukkan kepada anak mereka bahawa.. 

"anakku, kalau ingkar atau malas maka mak akan sumpah kau jadi anjing! tak percaya mak ada video tau, ini sebab anak dia malas atau tak nak ikut cakap mak dia, mak dia suruh pergi kedai beli belacan tapi meninggikan suara cakap kat mak dia tak, jadi mak dia sumpah lah.. cakap dengan kakak sekali tau jangan sampai mak sumpah korang jadi emas pastu jual!"

Baiklah semua pembaca, sebenarnya banyak sangat yang Mr.J hendak kongsikan tetapi papan kekunci seakan tidak mengizinkan untuk jari ini terus menari. Ok semua, jumpa lagi dengan kisah lain.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

"saya tahu dia akan pujuk saya juga" ramai wanita berkata demikian. - Mr.J

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Bercinta, adalah dimana satu hubungan diantara dua jiwa yang saling mengambil berat diantara satu sama lain, tetapi sering terjadi dalam hubungan itu adalah ketika "krisis" iaitu melibatkan 'prilaku' bergaduh serta merajuk sampai berbulan-bulan kerana masing-masing tidak mahu mengalah ataupun "suka dipujuk daripada memujuk" akhirnya bakal membuatkan salah seorang kehilangan cinta.

"..........saya tahu dia akan pujuk saya juga .........." ramai wanita berkata demikian - Mr.J

Selalunya "krisis" dimulakan dalam "sms" daripada "perbualan" kerana dalam "sms" pengunaan simbol seperti tanda "! ? ...... !!!! %@!$" lebih memberikan makna mendalam bila membaca apatah lagi ianya sebuah 'sms' yang bakal disimpan untuk tujuan "mencari kesalahan" diantara satu sama lain.

Selepas beberapa ketika masing - masing mula mencipta satu bentuk keegoan dalam "sms" maka telefon bimbit selalunya akan ditutup kerana mungkin sebagai tanda "protes atau mogok". Selalunya ianya tidak akan berakhir tetapi akan dilanjutkan ke laman sosial seperti facebook.

Bermula dengan memuatnaik rasa kekesalan, kesedihan dan kadang kala diselit kerinduan, ternyata dalam keadaan ketika itu rasa rindu dan cinta masih lagi menebal cuma disebabkan rasa keegoan untuk meminta maaf mahupun mengalahkan diri sehinggakan masing - masing diantara kedua pihak terus tidak 'menegur' satu sama lain walhal setiap hari setiap masa kedua - dua pihak mengharapkan deringan 'sms' atau panggilan.

"......In a Relationship to Single....." maka hal ini akan terjadi tetapi adakah benar - benar dalam hati serta perasaan tersebut sama sepertimana yang tertera di wall?, sudah seperti kebiasaannya rakan - rakan di jaringan sosial pun akan memberikan kata - kata "semangat".

Bagaimana pula dengan reaksi pihak saudara dan ahli keluarganya?. Mungkin Hubungan anda itu telah terjalin lama dan dikenali oleh ahli keluarga masing - masing maka perubahan "status" laman sosial anda itu bakal "mengejutkan" .

Tapi apakah daya, mungkin anda akan berkata bahawa "ini adalah jodoh dan mungkin sidia bukanlah jodoh saya" sambil mengenang kembali memori saat indah suatu ketika dahulu. 

Tapi bagi Mr.J apa yang berlaku bukanlah disebabkan istilah "Tiada Jodoh" , lazimnya istilah tersebut adalah merujuk kepada individu yang bersikap seperti "Tidak kisah" atau meletakkan keputusan yang melibatkan diri sendiri pada orang lain mengenai sesuatu hal sedangkan hal tersebut mungkin boleh dilakukan atau diselesaikan.

Istilah "Memujuk" bagi Mr.J adalah satu perkara seperti tahap kesabaran memancing sehingga mematahkan pancing bila lama menunggu.
Baiklah, kini anda dan sidia telah lebih sebulan tidak bertanyakan khabar berita bukan kerana benci tetapi mungkin masih mengharapkan "dipujuk" tetapi malangnya dia yang selalu memujuk anda bahkan selalu mengalah dengan sikap anda sedangkan anda tahu bahawa anda bersalah tetapi anda membiarkan kerana merasa seperti "Permaisuri" setiap kali dipujuk.

Tetapi kali ini anda mungkin silap, ternyata dia yang suka mengalah serta memujuk anda dahulu walaupun anda tahu anda tidak pernah memujuknya kini terasa seperti 'jauh'. Segalanya  berubah dan ketika itu anda mula mencapai telefon bimbit dan menghantar mesej bertanya khabar, meminta maaf dan sebagainya .

Anda buat pertama kalinya menghubungi untuk meminta maaf serta memujuk tetapi  nombor yangnya telah tidak diguna lagi. 

Maka ketika itu anda bagaikan kesedihan dan mula merasakan satu penyesalan, anda tidak berputus asa dan anda akan cuba menghubungi rakannya bahkah mendail atau menghantar pesanana berkali - kali kepada nombornya sedangkan anda tahu nombornya telah tidak digunakan lagi.

Saat itu anda akan tahu bahawa apa yang dirasainya terdahulu ketika sidia menghantar pesanan berkali - kali bahkan juga mendail kepada anda tetapi anda hanya mengabaikan bahkan 'suka' bila membaca 'sms' pujukkan daripadanya.

Suatu ketika dahulu anda berkata ".......saya tahu dia akan pujuk saya juga ........"

- Mr.J

Edisi Paranormal Mr.J : Hantu Minta Makanan

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Edisi Paranormal Mr.J:

Kisah Benar Pernah Tengah BBQ dimana M.r J sedang memengang kepak ayam tiba-tiba terasa ada 'sesuatu' menolak tangan Mr.J hingga kepak ayam tersebut jatuh ketanah. 

Bak Kata orang Dayak, andai makanan yang kita pegang jatuh dari tangan kita seperti ada 'tolakkan' atau 'tepisan' sesuatu maka ia bererti ada 'sesuatu' bersama dengan anda sedang kelaparan. 


Jadi ambil makanan tersebut menggunakan 'Tangan Kiri' dan baling ke Kiri sambil berkata :

"Maaf, nah ini makanan untuk "kamu" sila jangan kacau aku lagi".

Anda boleh menggunakan petua ini sekiranya merasakan ada sesuatu yang tak kena bila anda tengan memasak atau menyediakan makanan.

 - Mr.J 

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video di Facebook - Kejam!! * Ayah Mendera, Menampar , Menumbuk Anaknya.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mesti semua pengguna Facebook telah tahu ataupun menonton dimana sebuah Video amatur yang dipercayai menggunakan Kamera Bimbit . Bagaimanapun Punca "masih" tidak diketahui.

* Untuk Makluman Pembaca , Video ini yang Asal daripada Akaun Facebook Vasu Amaithi Padai at Taman Intan, Kapar dan telah diupload pada Dec 11, 2012 7:55pm .


Apakah kesalahan si anak kecil ini ditampar , ditumbuk oleh lelaki tersebut ( dipercayai Ayah tersebut ) , ada satu dimana saat anak kecil tersebut terjatuh akibat ditampar dengan kuat oleh lelaki itu. 


Saksikan sendiri dan semoga Pihak - Pihak terbabit diberikan tindakkan yang sewajarnya.
* Menurut Sumber , Lelaki terbabit telah pun ditahan .

*Updated : Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. 

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kanak-kanak malang tersebut kini dirawat di Hospital Klang di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Ibu kami meningal dunia kerana kecuaian - Sebuah Kisah Benar "Kam Agong" serta lawatan 18/20 Sarawak dan Sabah. SSKM

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Siapakah Kam Agong?

Kepada saudara/i yang kami kenal mahupun yang belum kami kenal, kami ingin berkongsi dengan kita semua mengenai salah satu perihal yang berlaku bahkan sudah pun berlaku
terhadap ibu kami KAM AGONG dan mungkin juga pernah dihadapi oleh saudara/i.

Kemungkinan saudara/i sudah pun mengetahui hal ini, yang telah pun berlaku 7 tahun lalu. Dimana ibu kami telah meninggal dunia akibat kecuaian doktor, Hospital, Klinik danKerajaan.


Pada 18-02-2002 kira-kira pukul 9.00mlm, ibu telah di bawa ke Hospital Daerah Lawas untuk melahirkan anak iaitu adik kami yang ke-8 dan ibu kami sebelum ini sudah pun mengalami perkara sedemikian sebanyak 7 kali, namun dia tidak pernah mengalami sebarang masalah. Bahkan dia juga 6 kali melahirkan anak di kampung iaitu 3 kali di rumah sendiri dan 3 kali di Klinik Desa Long Semadoh dan hanya sekali di Hospital Lawas.


Apakah faedahnya Hospital dan doktor-doktor yang sedia ada? Selain itu , surat kebenaran untuk menjalankan pembedahan juga mencurigakan dan kami tahu tadatangan diatas surat kebenaran itu bukan tandatangan ibu kami.

Menurut laporan doktor di dalam kad klinik, ibu kami mengalami pendarahan yang banyak semasa pembedahan di jalankan.

Dan juga terdapat dua jenis pembedahan di rekodkan. Apakah Hospital dan doktor-doktor ini boleh kita percaya untuk mengubati setiap penyakit yang kita alami? Seperti yang sudah berlaku terhadap ibu kami KAM AGONG.

Atau adakah kita akan berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlanjutan? Kemungkinan akan berlaku terhadap ibu, isteri, dan anak-anak perempuan saudara/i, adakah kita membiarkan saja?

Kira-kira dalam pukul 4.00pagi, barulah anak/adik kami yang di beri nama JEREMIAH JORDAN di lahirkan dan pembedahan tamat pada pukul 6 pagi. Dalam keadaan yang terlalu lemah dan baru di tambahkan darah ibu kami di hantar ke wad biasa, dengan denyutan nadi yang begitu lemah dan tekanan darah yang terlalu rendah.

Selepas lima (5) hari di Hospital, ibu kami dibenarkan pulang dengan keadaan badan yang masih lemah dan darah yang masih rendah. Ibu kami pulang ke Kampung Long Semadoh dengan keadaan jahitan yang masih basah dan perut yang membengkak. Kamagong.

Semua diatas tadi adalah sebuah Realiti Kehidupan serta kepayahan Masyarakat di Sarawak Khasnya di sekitar Lawas - Limbang dan juga di kawasan pedalaman .

Dua Hari (27-28 August 2012) yang lepas secara kebetulan bersama rakan sosial Pembela Nasib 18/20 Sabah & Sarawak ( SSKM ) Mr.J berpeluang untuk bersemuka dengan Mr.Lawrence Jayaraj iaitu admin kepada laman perjuangan kamagong.org dan juga isteri kepada Agnes .

Bapa Agnes , Alex Has , Mr.J , Doris Jones , Agnes , Ika Tiah ,
Lawrence (Suami Agnes / pengenali www.kamagong.org) dan
dibelakang anak mereka yang comel

Dalam 2 hari bersama keluarga Lawrence / Kam Agong Mr.J dapat melihat mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia dan untuk pengetahuan anda Mr.Lawrence adalah ( Lu Bawang Goreng ) :P , kerana beliau mempunyai jiwa dan hati tak ubah seperti orang Borneo sekali dan tidak janggal untuk berborak dengan beliau .


Berbalik kepada apa yang diperjuangkan untuk Masyarakat pendalaman khususnya di sekitar Long ( Pendalaman Lawas , Limbang dan Miri ) , mereka lebih memerlukan Hospital daripada pembinaan Hotel atau Resort disekitar mereka .


Gambar arkid kamagong disebelah ( Padan suami kepada
Kam Agong dan Ayah kepada Agnes membuat laporan polis )


Banyak yang dibualkan mengenai tragedi "Kam Agong" daripada keluarga Lawrence & Agnes iaitu mengenai "Tandatangan" kebenaran daripada doktor untuk pembedahan Ibu mereka.


Pembongkaran satu persatu dibuat dan didapati Doktor tersebut sendiri membuat tandatangan untuk pembedahan tersebut dan bukannya tandatangan kebenaran daripada Ibu "Kam Agong" sendiri. Anda boleh lanjutkan kepada beberapa Dokumen tersebut di sini ( http://kamagong.org/ )


Jika ini dilakukan oleh sebilangan Doktor yang tidak bertauliah maka kemungkinan kes ini bukan sahaja dialami oleh masyarakat Lu Bawang seperti Agnes dan Keluarga tetapi malahan mungkin pernah terjadi kepada masyarakat lain disekitar tersebut dan kita semua tidak ingin kejadian seperti ini bakal berulang kembali seperti mana dialami oleh En. Lawrence sekeluarga.

Mr.J bersama En. Lawrence Jayaraj ( Kamagong.org ) dan pengendali rumah lindungan kaunseling di Cheras, Kuala Lumpur , *Doris Jones ( baju kuning ) , Ika Tiah * Aktivist 18/20 Sarawak dan Sabah.

Bagi yang ingin mengetahui fakta sebenar keadaan hospital di pendalaman Sarawak ia sebenarnya tidak setaraf apa yang kita tahu "Hospital" kerana kebanyakkan Hospital pendalaman di Sarawak adalah bertaraf "Klinik".

Andai kata masyarakat "Long" (sekitar pendalaman Lawas & Limbang) sakit maka mereka memerlukan 1-3 jam untuk berjalan kaki selepas itu menaikki bot dan seterusnya baru boleh sampai ke Hospital tetapi "bertaraf klinik" dan kos perjalanan mereka memerlukan lebih daripada RM200 - Rm400 untuk sampai ke destinasi tetapi kemungkinan dengan "nyawa - nyawa ikan " dan apakah kerajaan Sarawak telah buat selama ini? serba tidak ada.

Ini bukanlah omongan kosong tetapi melalui apa yang telah dihadapi oleh sebilangan masyarakat disana.


Kasam Babi ( Lum Bawang Style ) cukup istimewa sekali apabila dihidangkan oleh Isteris Lawrence iaitu Agnes untuk makan malam sehingga membuatkan Mr.J dan rakan - rakan terasa di Borneo kembali.

Ya, memang Sarawak dan Sabah kaya dari segi sumber - sumber mentah tetapi di realitinya kebanyakkan penduduk di kawasan bandar malah sebilangan di bandar tidak terjaga daripada aspek kemudahan - kemudahan perubatan yang cukup dan juga doktor - doktor yang profesional. Siapakah yang bertanggungjawap dalam semua isu ini?.

Andai kata Mr.J diberi peluang untuk mengutarakan apa yang diperlukan untuk Rakyat Sabah dan Sarawak maka

Perkerjaan dan Had Gaji adalah sama rata dan bukan seperti mana yang dikatakan oleh "individu" tersebut dengan meletakkan had minimun adalah RM900 untuk semenangjung dan Rm800? untuk Sabahan dan Sarawakian .

Kemudahan pengangkutan harus dikemaskini dan dibaikki .

Mungkin "Individu Tersebut" tidak pernah merasakan berjalan kaki selama setengah hari untuk sampai ke destinasi penting seperti hospital.

Sebilangan "Individu Tersebut" tidak pernah merasakan perjalanan ke Sekolah selama 2 hari 2 malam merentas desa kerana "Individu Tersebut" hanyalah tahu duduk di dalam Helikopter sekiranya melawat tempat - tempat luar bandar dan tak pernah merasa kepayahan hidup penduduk disekitar Lawas , Limbang dan khasnya pendalaman Sabah dan Sarawak.

Yang mereka tahu adalah menabur janji yang tak pernah ditepati selama berpuluh tahun setelah "pembentukkan malaysia".

Tempatkan lebih banyak Peluang Pekerjaan untuk anak muda Sabah dan Sarawak ke dalam sektor pekerjaan kerajaan untuk negeri mereka sendiri dan bukannya menambahkan "orang luar" yang hanya pentingkan "elaun jarak" dan sebagainya.

Lemang yang dibuat oleh ayah Agnes cukup enak sekali , Mr.J makan dengan lahap . :P

Itulah membuatkan sebilangan besar anak - anak muda Sabahan serta Sarawakian seperti menjadi pelarian di tempat sendiri dan ada yang membuat perubahan drastik dengan meninggalkan kampung halaman mereka dan berhirjah ketempat yang lebih selesa seperti ke luar negara . Mr.J rasa setakat untuk dikongsi bersama pembaca kerana Mr.J tahu bahawa pembaca diluar sana mungkin lebih mengetahui perasaan mereka yang sengsara akibat kerakusan kuasa sehingga mengakibatkan hidup serba tak kena.

Dan disini Mr.J berharap semoga lebih ramai rakyat serta anak - anak muda untuk bangkit dan bersuara kerana itu adalah penting sekiranya anda mengetahui Hak anda bukan itu sahaja Mr.J mengambil sedikit kata daripada Ms. Doris Jones serta beberapa perkara untuk disampaikan kepada kaum Ibu Tunggal dan semua Ibu yang berada di pendalaman supaya lebih banyak didedahkan kepada Penjagaan Hak yang seharusnya mereka tahu . Sila libatkan diri di mana - mana aktiviti sekiranya melibatkan kaum ibu .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Kisah Benar : Cinta Menyintai Sahabat Sendiri .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tatkala melihat pasangan yang bercinta kita sering kali bertanya " bahagianya mereka " tapi adakah kita mengetahui isi mereka? Tidak.

Jadi kisah kali ini adalah diambil daripada kisah yang pernah terjadi dalam kehidupan sekeliling Mr.J .

Menyintai Sahabat Sendiri. Shila ( Bukan Nama sebenar ) mempunyai kekasih sendiri tetapi mereka jarang sekali bersua muka kerana batas jarak yang jauh . Edward ( Bukan Nama Sebenar ) adalah rakan ataupun sahabat Shila , mereka berkenalan kerana menuntut bersama - sama di sebuah pengajian Tinggi di Ibukota.


Biarpun Shila amat - amat menyintai kekasihnya di kampung tetapi atas dek kejauhan membuatkan rasa rindu semakin berkurangan dan cemburu buta diantara mereka sering berlaku atas satu kesilapan iaitu tidak menjawap panggilan mahupun lambat membalas sms masing - masing maka kedua - dua sering membuat andai masing - masing.

Edward juga mempunyai kekasih sendiri dan situasinya adalah lebih kurang sama dengan Shila kerana itulah mereka berdua semakin hari semakin rapat kerana mempunyai masalah yang sama lebih - lebih lagi menuntut di institusi sama dan membuat tugasan bersama membuatkan mereka lebih senang dan lebih mesra .

Mereka berdua kini terperangkap dalam " Cinta " yang tak diundang . Masing - masing mempunyai perasaan yang sama tetapi tidak pernah mengungkapkan kata "azimat I Love You" kerana tahu kedua - dua mempunyai kekasih .

Shila dan Edward membiarkan sahaja perasaan itu dan kini mereka seumpama pasangan kekasih yang hangat bercinta tetapi mereka berdua tidak pernah menyatakan "cinta" masing - masing dan kini perasaan " cinta " semakin mendalam .

Mereka berdua tetap berhubung dengan kekasih masing - masing cuma tidak selalu seperti dahulu.

Kini Shila dan Edward masih lagi bersama seperti sepasang kekasih yang baru bercinta sedangkan tiada ungkapan "cinta" diberikan .

Itulah dinamakan menyintai Sahabat Sendiri . Jadi apakah nasihat anda kepada mereka? atau adakah anda juga turut mempunyai masalah seperti Shila dan Edward.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©