Peristiwa Sanggau Ledo , Konflik Etnik di Barat Kalimantan: Dayak vs Madura dan kesan Program transmigrasi Madura ke Kalimantan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Di setiap negara di dunia, kepelbagaian etnik, kestabilan sosia dan politik antara masyarakat dan perpaduan di antara rakyat merupakan antara cabaran yang nyata dan harus dihadapi. 

Hal ini jelas jika dilihat pada sebuah negara yang baru sahaja memperolehi status sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Di kebanyakkan Negara, masalah mengenai perbezaan etnik dalam sesebuah Negara dilihat sebagai satu isu yang sangat serius dan tidak boleh dipandang remeh. jika isu tiada inisiatif yang diambil bagi mengekang aura negatif yang terhasil daripada perbezaan tersebut, maka perbezaan tersebut dapat menimbulkan kekacauan dan huru-hara di dalam Negara.

Di Asia Tenggara, terdapat beberapa rusuhan etnik atau kaum yang seringkali berlaku dalam kalangan kaum yang memeganag status sebagai majoriti dalam sesebuah negara. Perang etnik di antara etnik Dayak dan Madura yang melibatkan hampir kesemua daerah di bahagian barat Kalimantan telah membuka mata masyarakat di sekitarnya bahawa betapa teruknya isu perbezaan etnik ini boleh berlaku. 


Masyarakat di bahagian barat Kalimantan telah menamakan perang ini sebagai perang Dayak-Madura yang mana berlaku di sekitar pertengahan 1990an. Namun begitu, perang ini bukanlah kali pertama yang melibatkan kekejaman malahan telah berlaku sejak wujudnya program Transmigrasi. Program Transmigrasi ini bermula pada tahun 1970, diperkenalkan oleh Presiden Suharto, pemerintah tertinggi Indonesia pada ketika itu.

Program Transmigrasi merupakan satu program yang diwujudkan untuk menyelesaikan masalah populasi penduduk di Pulau Jawa yang terlalu ramai dan padat pada awal tahun 1970an. Pada masa yang sama, projek ini diperkenalkan oleh Presiden Suharto juga bertujuan untuk memberikankan peluang kepada ramai penduduk di pulau Jawa untuk mendapatkan pekerjaan wilayah-wilayah yang lain di dalam Indonesia. Di samping itu, masalah kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk di Pulau Jawa juga akan dapat diatasi jika mereka dipindahkan ke wilayah yang lain yang mana peluang untuk memperbaiki kehidupan adalah lebih baik.

Namun begitu, kerajaan tidak mampu mengawal arus penghijrahan etnik Madura ke Kalimantan yang mana orang-orang Madura terus berpindah ke barat Kalimantan yang mana penghijrahan tersebut bukan lagi di bawah tujuan program kerajaan iaitu Program Transmigrasi (Peluso, 2006: 112). Jumlah etnik Madura yang berpindah ke barat Kalimantan menjadi semakin ramai sehinggakan menggugat aktiviti-aktiviti utama orang asal di kawasan tersebut iaitu orang Dayak. Etnik Madura juga terkenal dengan perwatakan mereka yang kasar dan ganas.

Hal ini menyebabkan etnik Dayak yang terdiri daripada Iban, Kayan, Murut, Punan dan Ngaju tidak mampu bersaing dengan orang Madura dari segi kegiatan ekonominya. Dari segi politiknya pula, orang Dayak tidak diendahkan oleh kerajaan di mana tidak ada di antara mereka memegang jawatan yang penting dalam organisasi kerajaan sama ada di peringkat wilayah mahupun negara.

Etnik Dayak pada ketika itu berada dalam tekanan di mana mereka adalah kaum majoriti yang mempunyai suara yang minoriti bagi kerajaan. Tanah yang mereka miliki sejak turun-temurun pula telah dirampas oleh orang Madura selain digunakan oleh pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan di bawah program Transmigrasi oleh Presiden Suharto. Orang Dayak secara keseluruhannya telah di-alienated oleh kerajaan dan terpinggir jauh dari arus pembangunan yang telah dibawakan oleh kerajaan Indonesia.

Schiller dan Garang (2002) secara ringkasnya menerangkan perwatakan orang Dayak merupakan etnik yang bukan mengamalkan gaya hidup yang kasar dan ganas dalam kehidupan seharian mereka. 

Semasa perang Dayak-Madura tersebut berlaku, mereka dikatakan berada di bawah rasukan atau dipengaruhi oleh sejenis makhluk halus atau roh yang dipanggil untuk membantu mereka ketika turun berperang. Roh tersebut dipanggil sebagai “Kamang Tariu” oleh masyarakat Dayak.

Ketika di bawah pengaruh roh tersebut, mereka akan diselubungi oleh kuasa mistik yang dipanggil “pajakogn” yang menyebabkan mereka (orang Dayak) menjadi begitu ganas dan kejam. Sebelum turun berperang, satu upacara “Mangkok Merah” akan diadakan terlebih dahulu yang mana terdapat dua perbezaan.

Mangkuk yang mengandung arang bermaksud untuk membakar rumah musuh mereka manakala mangkuk yang mengandungi bulu ayam, bermaksud untuk membunuh musuh tanpa mengira wanita ataupun kanak-kanak. 

Setelah perang berakhir, maka upacara untuk mengeluarkan semula “Kamang Tariu” harus diadakan bagi menyeru semula jiwa atau roh asal pahlawan Dayak (dipetik dari Klinken, 2007: 53).Kepercayaan mereka itu, dikatakan telah membawa kepada penyatuan mereka dalam mengatasi permasalahan yang timbul di antara mereka (orang Dayak) dengan orang Madura.

Keadaan ini dapat dilihat melalui bagaimana cepatnya orang Dayak berkumpul (mobilised) dengan begitu teratur di sebahagian besar kawasan dengan keadaan perhubungan jalan dan komunikasi yang sangat terhad pada Januari dan Febuari 1997. Menurut Parry (2005: 36) pula, tindakan ini didorong oleh “powerlessness” yang mana selama ini masyarakat Dayak telah dipinggirkan oleh kerajaan Indonesia.

Mereka terpaksa melakukan keganasan sebagai jalan terakhir (last resort) bagi menunjukkan perasaan dan kekecewaan mereka terhadap hak mereka sebagai masyarakat peribumi ditindas. Sementara Davidson (2003: 281) pula menyatakan penyatuan masyarakat Dayak dipicu oleh gabungan pelbagai perbalahan atau isu yang terjadi di antara dua buah kumpulan etnik tersebut.

Namun begitu, ada tiga etika yang harus dipatuhi oleh setiap pahlawan yang mengikuti perang Dayak-Madura pada ketika itu. Pertama, mereka tidak boleh menyerang rumah-rumah ibadat seperti masjid.

Hal ini disebabkan jika mereka memusnahkan masjid, maka perang bermaksud bahawa orang Kristian lawan orang Islam bukan lagi bermaksud orang Dayak lawan Madura yang bertujuan untuk menghalau orang-orang Madura keluar dari Kalimantan.

Etika yang kedua pula ialah dilarang untuk membakar dan memusnahkan harta benda dan bangunan yang merupakan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, maka mereka merupakan golongan yang menentang kerajaan di mana bagi mereka, pihak kerajaan adalah mustahil untuk dikalahkan.

Ketiga, mereka tidak dibenarkan sama sekali mencuri atau mengambil harta benda orang-orang Madura yang mereka bunuh. Harta-harta tersebut harus turut dibakar sekali (Parry, 2005: 32).

Konflik antara dua etnik ini berlanjutan selama beberapa tahun melibatkan beberapa pertempuran yang besar dan kejam pada tahun 1997, 1999 dan 2001. Walaupun program Transmigrasi melibatkan pemindahan penduduk dari pelbagai etnik dari Pulau Jawa, dan bukan hanya masyarakat Madura sahaja yang berpindah ke Kalimantan, namun begitu, hanya kumpulan masyarakat Madura sahaja yang ditemui terkorban. Pertempuran itu melibatkan kematian seramai 600 orang pada tahun 1997 hingga 1999 dan seramai 500 orang pada 2001 ( Perang Sampit )

Sebahagian besar daripada jumlah tersebut merupakan orang Madura. Perang etnik tersebut juga melibatkan seramai 25, 000 orang dari etnik Madura dipindahkan dari rumah mereka yang didiami sejak 30 tahun dahulu di bawah program Transmigrasi kerajaan sejak pertempuran antara dua kumpulan etnik tersebut berlaku (Peluso, 2006: 112). Namun begitu, statistik ini ada bercanggah dengan statitik yang diprolehi oleh Parry (2005: 34) yang merupakan seorang jurnalis yang datang ke Kalimantan ketika konflik tersebut berlaku pada tahun 1997. Ketika temu ramahnya dengan Father Kristof, beliau mendapat bahawa dalam lingkungan 4000 orang masyarakat Madura terbunuh dalam pertempuran sementara seramai 200 orang dari masyarakat Dayak terbunuh.

Kalimantan Barat merupakan wilayah Indonesia yang kaya dengan pelbagai sumber tetapi terpinggir dari segi geografi dan politiknya, yang mana telah menikmati hubungan yang stabil di antara kelompok etnik yang berbeza, cara hidup dan perbezaan agama yang melibatkan etnik Melayu, Dayak dan Cina (Loveband dan Young, 2006: 149). Namun begitu sejak kedatangan etnik Madura di barat Kalimantan, beberapa siri pembunuhan dan kekejaman dapat disaksikan di mana jarang sekali mangsa mampu selamat daripada amukan orang Madura.

Terdapat beberapa faktor yang menimbulkan rasa tidak puas hati orang asal iaitu orang Dayak terhadap kaum pendatang, Madura. Pertama sekali adalah dari segi ekonomi yang mana setelah kedatangan orang Madura di Kalimantan, aktiviti-aktiviti ekonominya telah dikuasai oleh mereka. Program Transmigrasi telah banyak mempengaruhi kehidaupan masyarakat Dayak. Mereka terpaksa bersaing dengan masyarakat Madura dalam perkembangan dan pembangunan baru yang dibawakan oleh program tersebut yang melihat masyarakat Madura tidak mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri di tempat baru. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan masyarakat Dayak semakin hilang kuasa mereka sebagai penentu keadaan ekonomi di Kalimantan ketika itu.

Pada masa yang sama, masyarakat Dayak terpaksa berhadapan dengan sistem pilih kasih yang diamalkan oleh masyarakat Madura di mana amat sukar bagi masyarakat Dayak yang tidak mempunyai hubungan baik dengan masyarakat Madura lebih-lebih lagi kebanyakkan orang atasan di wilayah Kalimantan pada ketika dikuasai oleh orang bukan Dayak.

Konflik di antara dua etnik ini juga dipicu oleh isu perebutan tanah di mana sebahagian besar tanah di Kalimantan telah dikuasai oleh masyarakat Dayak sejak turun termurun lagi. Sejak kedatangan masyarakat Madura di barat Kalimantan, mereka meminjam tanah masyarakat Dayak sebagai modal untuk mereka memulakan kehiduapan di tempat baru. Tanah yang dipinjamkan itu merupakan bekas kawasan yang digunakan oleh masyarakat Dayak untuk berkebun dan bersawah.

Oleh kerana masyarakat Dayak menjalankan kegiatan pertanian secara berpindah-pindah di samping memiliki kawasan tanah yang sangat luas untuk sebuah keluarga maka untuk satu tempoh yang agak lama, mereka kembali untuk menuntut semula tanah yang telah dipinjamkan tersebut. Namun begitu, tuntutan terhadap tanah yang mereka miliki itu dipertikaikan oleh masyarakat Madura yang meminjam walaupun masyarakat Dayak mempunyai dokumen yang lengkap bahawa tanah itu adalah milik mereka. Malahan, hak mereka untuk mencari rezeki di tanah adat mereka sendiri juga terbatas.

Perbezaan budaya dan amalan yang diamalkan oleh kedua-dua etnik, Dayak dan Madura diumpamakan sebagai penambah perasa yang memburukkan lagi keadaan di bahagian barat Kalimantan itu. Stereotype mengenai masyarakat Madura terkenal dengan perwatakan ganas, suka mencuri dan sering membawa “clurit” sejenis senjata tajam seakan-akan sabit tidak menyenangkan masyarakat Dayak, begitu juga dengan amalam masyarakat Dayak yang memelihara dan memakan khinzir di samping memelihara anjing turut tidak disenangi oleh masyarakat Madura.

Perbezaan inilah yang membawa kepada timbulnya rasa kebencian di antara satu sama lain. Layanan pihak autoriti juga menjadi pemangkin kepada beberapa pertempuran di antara dua etnik itu. Pembunuhan orang Dayak oleh orang Madura melihat si pembunuh hanya dilepaskan begitu sahaja oleh pihak polis menyebabkan masyarakat Dayak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Peristiwa Sanggau Ledo merupakan satu kejadian yang menjadi titik tolak kepada terjadinya pertempuran yang melibatkan kedua-dua etnik ini. Peristiwa ini bermula dengan sorang gadis Dayak yang diganggu oleh beberapa orang pemuda Madura yang turut bersama-sama mengikuti sebuah konsert di Ledo. Konsert tersebut dianjurkan oleh parti Golkar (Golongan Karyawan) sebagai satu kempen untuk pilihan raya pada May 1997 yang mana perbalahan tersebut berakhir tanpa sebarang kecederaan yang serius (Klinken, 2007:56).

Namun begitu, beberapa bulan selepas itu, pihak yang bergaduh bertemu semula di sebuah konsert yang berasingan di Ledo sehingga menyebabkan pergaduhan yang dikatakan untuk membalas dendam ke atas kejadian di konsert sebelumnya. Dua pemuda Dayak telah ditikam namun tidak meragut nyawa mereka.
Khabar angin yang mengatakan mereka terbunuh menyebabkan beberapa masyarakat Dayak berkumpul di balai polis dan menuntut agar pesalah diserahkan.

Namun begitu, pihak polis menolak kenyataan bahawa mereka ada melakukan penahanan walaupun sebenarnya mereka ada menahan pelakunya kerana mereka bimbang dengan tindak balas yang akan dilakukan oleh masyarakat Dayak terhadap pelaku tersebut. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, masyarakat Dayak mula menimbulkan huru-hara dengan membakar rumah, kedai dan kebun masyarakat Madura. Jumlah kerugian akibat kemusnahan tersebut dianggarkan dalam US$6 juta di Ledo sahaja. Beberapa minggu selepas itu,seramai 6,000 orang masyarakat Madura dipindahkan ke pos polis dan tentera di bandar Singkawang.

Walaupun banyak lagi peristaiwa yang melibatkan pembunuhan orang Dayak oleh orang Madura sebelumnya namun, peristiwa Sanggau Ledo menjadi satu batu loncatan bagi masyarakat Dayak yang selama ini begitu membenci masyarakat Madura untuk menghalau mereka keluar dari Kalimantan yang dikatakan tidak menghormati hak-hak orang asal. Pada 28 Januari 1997, masyarakat Madura bertindak balas dengan membakar pejabat NGO Katolik di Pontianak dan terus mengganas di Singkawang di mana ramai lagi orang Dayak diserang dan dibunuh.

Pada 2 Febuari, masyarakat Dayak mula bertindak seperti yang diterangkan oleh Peluso (2006: 111);
“Melihat kerajaan seperti tidak berniat untuk menghentikan kekecohan dan kekejaman yang dilakukan oleh masyarakat Madura, masyarakat Dayak telah mengadakan upacara Mangkok Merah. Mangkuk tersebut telah diberikan dari satu kampung ke satu kampung sebagai satu simbolik untuk memanggil kesemua orang Dayak untuk turun berperang. 

Tidak dapat dipastikan bahawa siapa yang sebenarnya menjadi orang yang bertanggungjawab dalam memulakan ritual ini. Ritual ini diamalkan oleh puak Kanayatn dan Salako Dayak sebagai upacara panggillan perang jika kestabilan komuniti terancam. Masyarakat Dayak dari pelbagai daerah seperti Sambas, Pontianak dan Sanggau mula berkumpul dan berarak ke bukit berdekatan untuk menjalankan upacara tersebut (Kamang Tariu).”

Hal ini membuktikan bahawa betapa cepatnya sesebuah masyarakat etnik itu bersatu jika hak mereka sebagai komuniti dalam sesebuah negara itu terancam. Secara tidak langsung, ritual mangkok merah menjadi satu simbol penyatuan bagi masyarakat Dayak di seluruh bahagian di barat Kalimantan.

Jika dilihat dengan lebih terperinci, perbezaan budaya dan amalan bukanlah penyebab utama wujudnya kebencian terhadap sesebuah kumpulan etnik. Masalah utama di sini adalah dasar kerajaan yang kurang menitik beratkan kestabilan dan pengukuhan penyatuan dalam kalangan rakyatnya sendiri. Orde Baru (New Order) yang dilancarkan oleh Presiden Suharto beberapa dekad yang lepas telah membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada rakyatnya sendiri. 

Program transmigrasi yang sepatutnya dikawal jumlahnya di setiap wilayah telah meninggalkan kesan terhadap orang tempatan sendiri. Orang tempatan terpaksa mengalah dengan kaum pendatang yang semakin lama semakin ramai sehingga menyebabkan mereka didiskriminasi, ditekan dan ditindas.

Aktiviti pembangunan yang dilancarkan oleh kerajaan Indonesia jelas sekali tidak mengendahkan suara-suara kecil kaum Dayak tersebut di mana mereka sendiri tidak dapat merasai nikmat pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh semua orang dengan sama rata tanpa mengira status, kaum dan agama. Masyarakat Dayak sebaliknya menjadi mangsa akibat projek pembangunan yang diperkenalkan di bawah era pemerintahan Presiden Suharto. 

Hak ke atas tanah adat dipertikai, kelangsungan ekonomi disekat oleh kehadiran masyarakat Madura yang tidak putut-putus dari Pulau Jawa, pembalakkan di atas tanah adat, pencemaran sungai jelas sekali telah menyebabkan cara hidup mereka terganggu (Loveband dan Young, 2006: 149-150).

Konflik ini jika dikaji secara terperinci, konflik antara dua buah kumpulan etnik ini adalah berpunca daripada kegagalan polisi yang diwujudkan di bawah Orde Baru. Peristiwa ini adalah signifikan kepada hubungan kelemahan sistem birokrasi negara dan golongan terpelajar negara yang tidak mengambil kira secara serius identiti etnik tempatan serta keperluan mereka dari segi politik, hak dan ekonomi mereka dengan teliti dan serius.

Perang Meletus lagi pada 2001 iaitu Perang Sampit.

Artikel dikirim oleh TN Zent @ Tony ke info@pengerindu.com


 | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahliputan media

Kenapa Sultan/Saitan of Sulu Jamalul Kiram mengatakan ada Unit Khas Komando Malaysia hendak membunuhnya?Jawapannya disini.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kenapa Sultan/Saitan of Sulu si Kiram/Tiram membuat sidang media mengatakan bahawa pertahanan Malaysia menghantar unit khas komando untuk membunuhnya. Ceritanya bergini...

Baru-baru ini seorang budak lelaki dekat rumah Jamalul Kiram telah menunjukan wang syiling 50sen Malaysia kepadanya. 


Menurut budak lelaki itu, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam memberikan syiling itu padanya. 

Lelaki yang tidak dikenali itu juga mengambil gambar rumah Kiram dari jarak dekat. Kiram punyalah takut sebab katanya, itu membuktikan ada ejen khas atau komando kita telah bersedia hendak membunuhnya. 

Siapa 'Lelaki Misteri' tersebut yang memberi 50sen malaysia kepada budak lelaki untuk disampaikan kepada Kiram? 


 Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Komander Tertinggi Penganas (Datu Amir Baha @ Datuk Bahang) Dan Talibarut Penganas Sulu berjaya ditangkap hidup-hidup.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari ini.Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi. "'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk. Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - Bernama



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Gempur : Lebih 30 Mayat Penganas Sultan Sulu dijumpai setakat malam tadi di Lahad Datu. - Update 6 March 2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Lahad Datu: Selepas tiga minggu bertolak ansur dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina, pasukan keselamatan semalam melancarkan serangan besar-besaran menerusi Ops Daulat terhadap mereka yang berkubu di Kampung Tanduo, di sini semalam.

Serangan tiga peringkat bermula dengan pengeboman lokasi pengganas menggunakan tiga pesawat pejuang F-18D Hornet dan lima Hawk Mk-208 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 10 minit bermula jam 7 pagi yang terbang dari pangkalan TUDM di Labuan.

Ia diikuti serangan menggunakan mortar 81mm sebelum menghantar anggota masuk untuk mengesan pengganas.


Serangan peringkat ketiga ialah operasi ‘menggeledah dan membersih’ yang disertai kira-kira 1,000 pegawai dan anggota 21 Grup Gerak Khas, pasukan atur cepat 10 Briged Para serta Komando VAT69 dengan bantuan kereta perisai APC Condor.

Operasi membabitkan zon penampan kawasan selamat seluas 10 kilometer (km) persegi dari lokasi sasaran serta zon operasi pengeboman seluas empat kilometer persegi.Bagaimanapun, sehingga jam 9 malam tadi, pasukan keselamatan belum mengumumkan bilangan pengganas yang terbunuh atau ditawan. 

Namun, menurut sumber 20 hingga 30 mayat telah ditemui. Sambil menyifatkan Ops Daulat mencapai matlamat awal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera atau terkorban dalam serangan itu.


"Operasi menggeledah dan memburu saki baki pengganas masih diteruskan. Saya yakin musuh masih berada di kawasan sasaran kerana polis dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk tembakan yang dilepaskan kumpulan pengganas."Oleh itu, pergerakan pasukan keselamatan agak perlahan ketika ini (petang) kerana keutamaan adalah keselamatan anggota kita," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, semalam.

Kira-kira 200 pengganas yang mendakwa Tentera Kesultanan Sulu mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu dan dikepung pihak keselamatan negara.

Pelbagai usaha kerajaan, termasuk berunding supaya mereka pulang secara sukarela menemui jalan buntu. 

Malah, mereka bertindak ganas apabila membunuh dua anggota polis di kampung itu, Jumaat lalu, diikuti serangan hendap terhadap pasukan risikan polis di Kampung Simunul, Semporna, sehari kemudian dan membunuh enam lagi anggota.Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Ismail berkata, sejurus selepas serangan udara, tentera dan polis melancarkan serangan mortar kira-kira 10 minit untuk memudahkan pergerakan pasukan keselamatan memasuki zon operasi.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai operasi itu, khususnya mengenai jumlah kematian atau kecederaan kerana berita yang tidak tepat ini boleh menjejaskan operasi.

“Saya minta orang ramai tak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo... saya minta orang ramai tidak masuk ke zon operasi," katanya.Sementara itu, Zulkifeli berkata, serangan udara hanya dilancarkan selepas pihaknya pasti tiada orang awam di zon operasi berkenaan.

Ditanya senjata dan kelengkapan digunakan dalam operasi itu, beliau berkata: 

"Oleh kerana operasi masih berterusan, sistem yang kami gunakan tak boleh dedahkan, tapi kita ada gunakan letupan tertentu untuk memastikan keselamatan pasukan terjamin sebelum masuk ke zon operasi"

BH.


Ketua pengganas yang membunuh tujuh anggota polis iaitu Raja Muda Raja Azzumudie telah terbunuh dalam serangan udara pagi tadi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini."Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).

*Pengecaman Lengkap masih dijalankan.

Angka Kematian Tentera Suluk :

“Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang" Malaysiakini


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©