Alasan untuk Tolak cinta Bestfriend

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. Berikut 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak cinta sahabatmu itu.

1. Tidak sesuai bercinta
Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.

2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.

3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.

4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya

5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu

6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.

7. Beritahu kamu sudah ada calon lain
Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.

8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.

Berdasarkan pengalaman anda ....bagaimana? ....jadi sila bincangkan...

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/
(Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Hanya 2sen
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©