"wahhh ramainya orang kat mines shopping fair ni" ujarku kepada eric . Eric tanpa mengendahkanku dan terus ke arah SongBOx sambil membayar rm10 di kaunter . "Jacky, 10 lagu tadi, ko pilih 5 aku 5 ." kata eric sambil membelek2 buku lagu . "aku mencintaimuuu lebih dari ~.........."nyanyianku. Jam menunjukkan pukul 2 petang tanpa disedari sambil melalak bak artis akademi fantasia di dalam songBox perlu pula menyanyikan lagu keroncong. Kami pun beredar dari Songbox dan terus ke arah Food Court . "uii bisi bajik indu iban maia nuan pulai empai lama " ujar eric dalam bahasa iban. "bisi a.. semadi jayau batu bulan enda ditan aku, enti enda kada enda lekat 2 iko " gurauku . "tuuuutttuuutuutuut" sms berbunyi . " hai, buatpa? sa baru ja lepas masak , ko dah makan " sms Alice. Cepat - cepat aku balas " sa tengah makan lah ni dengan Eric di Mines " balasku .
Sedang aku asyik memerhatikan permandangan sekitar Mines shopping Complex, aku mula mengingatkan kembali detik bersama kawan seperjuangan semasa masih menuntut dahulu , disinilah kami menghabiskan masa cuti’. “Bro , lepas ni nak gi mana?,aku kalau dah kenyang rasa nak tengok wayang”. Sergah Eric. Amboiiii, mentang- mentanglah aku baru balik kampong, dia ingat aku bawa balik duit berjuta – juta ke. “eh.. nak gi mana lagi, gi mampuslah hahahah” ujarku. Selesai sahaja makan kami pun beredar .
Gelagat manusia memang macam – macam, aku suka melihat karenah – karenah anak muda sewaktu belasan tahun , mempunyai style yang berbagai – bagai , bayangkan sekumpulan anak muda berpakaian hitam ditambah pula neck – tai merah menyala, macam ada orang meninggal pula dan tidak ketinggalan pula gelagat yang perempuan , macam macam ada. Sedang asyik berjalai di sekitar mines aku terlihat sebuat kedai “Kenny Rogers” ….
“ala , u nak makan apa?, cakap lah jangan malu2” soalku kepada Carolyn. Gadis yang pernah ku cintai suatu ketika dahulu , waktu itu sungguh romantic, ah! Itu romantic buatan bukannya ikhlas . Masa itu bercinta bagai nak rak tapi sekarang ia hanya sebuah kisah klasik dan juga menjadi pengajaran bagiku bahawa cinta yang sejati bukan lahir dari luaran seseorang malah kita perlu menilai dari segi dalaman .
“biarlah semua kenangan aku bersama Carolyn hanya tersimpan rapi dalam sebuah memori cip” bisikku. Tapi kemunculan sms bersiri yang dilemparkan oleh Carolyn benar – benar mencabar aku , tapi bagaimana pula Alice, isk, aku sendiri masih lagi dibelenggu bayangan tersendiri , Carol gadis yang ku kenali setahun lepas, indah pada khabar tapi dibelakang… dan Alice, gadis yang baru beberapa minggu ku kenali , cukup ayu tapi adakah sangat terlalu awal untuk aku mengucapkan kata cinta, berberapa siri kesempatan ingin ku luahkan tapi tidak berhasil.
“oiii, ni apsal mengelamun disiang hari , nak kata tak tidur bangun tadi lewat plak” sergah Eric dari belakang. “Astaga, kalau yek pun biarlah aku habis dalam lamunan sekejap , ni tak , setiap kali aku nak syok2 berkhayal mesti ada ko . Ko mana tau aku tengah imagine borak dengan Fasha Sandha” . ujarku
Aku dengan eric beredar dan keluar dari sesakkan manusia di dalam Mines Shopping Complex serdang, Selangor. “huh.. baru lega sikit… Ericc!! Cepatlah, tegede – gedek macam penguin , tu ha abe teksi sampai” . “Nak gi mana” soal Abe teksi . “Pangsapuri Kenari , naik atas , U- turn balakong taming jaya , pastu dekat dengan sekolah baru tu.. ada Flat.. situ je lah…” jawap ku . Aku menjenguk ke luar tingkap dan melihat disatu penjuru hentian bas .. “ kalau i balik dari U.K nanti u macamana?” soal Carolyn . “I , I akan tetap setia menunggumu Carol” . balasku sambil melihat mata Carol dengan pernuh makna , tapi di hati ini memang tidak mahu merelakan walaupun sedetik perpisahan antara aku dan Carol . “jalan ni ke dik” soal pemandu teksi . “aduh, aku mengelamun lagi rupanya” “ ya bang, jalan terus kejap lagi Nampak sign board sekolah u belok kanan” balasku jadi pemandu arah.
To be continued....
atau:
Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
1 comments:
seterusnya.. bah, siapa ko akan pilih .. alice ka atau carolyn dulu ko tu..
*plz selalu2 ko update cita ko ni k.. sa tunggu2 .. baru keluar part 10.. hihihi minggu depan part 11 ok.. hihihiih..
Catat Ulasan