Harimau Terbesar di dunia ( sebesar gajah).

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
DIPETIK DARI AKHBAR UTUSAN 27 MEI 1989 :

TUARAN, SABAH 26 MEI 1989 : Hasil penyelidikan dan kajian selama berbulan-bulan oleh sekumpulan penyelidik haiwan dari Universiti Malaya di hutan sekitar kawasan pedalaman Sabah bagi mengesan harimau misteri yang sering menggangu penduduk setempat telah berjaya menemukan spesis harimau yang terbesar dan merbahaya pernah dijumai di dunia. Haiwan itu yg berketinggian hampir 4 meter dan dikatakan lebih tinggi dan merbahaya dari harimau pra-sejarah iaitu Sabre-tooth Tiger yang sering dijumpai di sekitar kawasan sejuk seperti di kawasan utara Kanada pada zaman pra-sejarah.

Sebelum ini, sejak 5 tahun lalu terdapat banyak laporan kehilangan haiwan ternakan di kawasan perkampungan Tuaran itu yang menyebabkan pekebun dan petani di kawasan itu takut untuk keluar berkebun dan menjalani kehidupan seharian.Ketua Biro Pertanian dan Ternakan JKK Kampung Panching, Deraman Abdullah, 60, berkata, sebelum itu, seekor lembu betina menjadi mangsa harimau yang dipercayai datang dari hutan bersebelahan ladang berkenaan.

Katanya, ancaman harimau belang itu yang berlaku sejak lebih lima tahun lalu menjadi lebih serius sejak kebelakangan ini.Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu apabila tiga lembu hilang juga dipercayai dibaham harimau berkenaan.

Dalam pada itu,komen pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang ditemui berkata "Daripada saiz tapak kaki yang besar dan menakutkan itu, saya yakin harimau belang yang mengganas ini sebesar anak gajah dan bergerak secara sendirian mungkin selepas berpisah dengan ibunya. ini berpandukan kesan jejakan nya yang mendalam dan terbenam dan agak pelik perilakunye seperti yang dilaporkan penduduk tempatan. Jadi kami memanggil penyelidik haiwan dari Universiti Malaya ini."

Dan akhirnya harimau misteri dan mengganas hampir 5tahun ini akhirnya berjaya ditangkap oleh penyelidik-penyelidik ini dan didapati harimau ini merupakan spesis yang belum dikenalpasti lagi dan dikatakan hampir pupus. Spesis terbaru ini yang akhirnya diberi nama 'cikjahtomau' oleh pasukan penyelidik ini berjaya dipindahkan ke Zoo Melaka dan bakal menjadi tontonan umum.

Gambar harimau misteri yang ditangkap ketika dipamerkan di Zoo Melaka:



hihihi amacam besar tak harimau tersebut? , aku dah terkena sekarang korang pula yang kena...

sumber: carigold forum


Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes

3 comments:

Cik Kiah berkata...

besor nyer harimau itu. huh. terkena aku!

Adelina_Guntor berkata...

hehe.. gilo~

Mr.J berkata...

hihihi. wakena beb.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©