Kita sungguh bertuah.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Penat sungguh bila nak bangun pagi harini , apa tidaknya semalam Ahad dan Isnin tiada banyak aktiviti yang dilakukan , apa yang dapat ada menghabiskan masa dengan menonton DVD / VCD dari Cerita Anaconda 1 - 4 + Boa vs Python hinggalah ke cerita jiwang sikit antaranya 9 September yang dibintangi Pierre Andre dan semestinya artis pujaanku iaitu Fasha Sandha . Tidak seperti hari - hari cutiku , selalunya aku sering meluangkan masa dengan memancing tak kira lah mana tempat janji sungai yang ada ikan tapi kalau mancing kolam aku tak suka sebab tak ada "fight" ikan kolam katakan .

Berbalik pula kepada hari sebelum cuti iaitu Jumaat yang lepas , hajat hati planing nak sambut Merdeka di Dataran Merdeka tapi cuti belum tahu lagi tambahan pula gaji belum masuk sehinggalah hari ini aku masih belum bergaji duit poket tinggal rasa - rasanya adalah juga RM20. Malam Sabtu dengan muka hampa selepas buat spot cek kat akaun Maybank2u aku masih kosong atau kata lainnya "gaji belum masuk" peritnya hidup perantauwan.

Hari Ahad , iaitu sehari sebelum 31st August 2009 (Hari kemerdekaan) tiba - tiba keajaiban telah berlaku , lebih dalam pukul 9pm aku menerima satu SMS daripada private nombor dan terusku membuka " jack esok cc tutup u cutilah k" . sms daripada bos aku , selepas menerima sms tersebut aku pun bukan main gembira apalagi aku call member (member aku kerja kat kedai DVD / VCD ) aku cakap nak gi pinjam DVD baru , apalagi aku main rebat je DVD siap cerita "Bohsia" , erkk bukan bohsia tu tau , Filem Bohsia Nabila dengan anak Datuk Yusuf Haslam (kalau tak silap i) . Lepas satu DVD hinggalah ke DVD lain Fuh~ itulah aktiviti yang menjimatkan selama 2 hari aku cuti . Nak gi mancing tapi tak ada member nak join. T_T .

Hari ini Selasa , seperti biasa on PC 12jam online and "tengok - tengok" itulah kerja Mr J untuk mencari sesuap nasi , hidup ini kadangkala sedih , gembira , hampa dan banyak lagi . Tetapi kadangkala bila kita bersendirian kita sering berfikir inginkan kehidupan yang baik bersama keluarga sendiri setelah berumahtangga , ada kereta , rumah yang selesa serta kewangan yang cukup . Itulah impian Mr. J suatu hari nanti . Tapi kita hanya mampu memasang angan - angan dan berimaginasi tapi tanpa angan - angan atau imaginasi kita tak akan kemana . Seperti contoh : Manusia tidak pernah pun terlintas dapat membina kapal terbang suatu ketika dahulu tapi sekarang kapal terbang dah ada di Malaysia .

Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang , tiada pengebom berani mati , tiada peluru sesat , kadang - kadang bila makan dengan kawan - kawan , i selalu usik rakan i jika makanan tidak habis (selalunya perempuanlah) dengan usikkan " cuba bayangkan di Afrika , Iraq kanak - kanak kebuburan kurus dan ada juga nyawa - nyawa ikan disebabkan tiada makanan dan emas , intan tiada makna disitu , bayangkan negara yang miskin .bla bla.." terus kawan i makan ataupun "tapau" makanan yang tidak habis tadi. hehe . Tapi ramai lagi warga Malaysia yang masih membazir bab makanan ni , di bulan Puasa di harap - harap jangan ada yang membazir , bila nafsu makan meluap - luap sebab lapar , kalau diikutkan hati 1 pasar Rahmadan u nak di beli . (kawan Melayu saya cakap bukan saya cakap) +_+ .

4 comments:

Keavy™ berkata...

Hellooooo... Ahaha.. Stidi ya meda dvd aja maya cuti :)

Yerp, idup d perantauan mmg adakala susah. Ngasai ka diri meh, nasib bc apai indai endur minta $$$... Huhu

Mr.J berkata...

ba ia KeaVy bedau pansut dvd udah dulu ku meda citar. huehauehuahe.. enda ulih minta ari family gik ku.. T_T/.

Keavy™ berkata...

Heh.. Manah ka crita 9 september?

Mr.J berkata...

9 sEPtember. Bolehlah.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©