Durian Kura - Kura Berbuah di Pangkal (Miri Sarawak)

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam sejartera semua , cuaca kek seromban mendung jew, para pembaca ingat tak posting mengenai Buah Durian berbuah dipangkal tempoh hari tetapi tidak dipastikan dimana , tetapi kali ini sedang Mr J baca - baca news Borneo Post dan ternampak satu artikel yang menarik iaitu Duria Kura - kura dari bekenu Miri, Sarawak pun berbuah di pangkal , jika dikomersilkan ia bukan lagi sesuatu yang pelik suatu hari nanti.


Durian kura-kura berbuah di pangkal pokok

KUCHING: Lazimnya durian berbunga, seterusnya berbuah di dahan pokok.

Bagaimanapun, pokok durian milik Siti Mawang dari Kampung Selanyau, Bekenu, Miri berbuah di pangkal pokok (seperti dalam gambar).

Cucu kepada Siti Mawang, Nasita Dollah, 28, berkata neneknya, Siti Mawang yang berasal dari Brunei Darussalam membawa benih pokok durian aneh itu dan menanamnya di kawasan rumah dan kebun mereka di apabila berpindah ke Kampung Selanyau lebih 80 tahun lalu.

Nasita yang bertugas di Hospital Umum Sarawak berkata datuknya Yahya Ahim pokok yang dikenali durian kura-kura itu mengeluarkan buah setiap tahun dan sentiasa dikunjungi penduduk untuk melihat sambil mengambil gambar buah aneh itu.

“Sejak kecil, saya telah melihat pokok durian itu mengeluarkan buah dan ia sering dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat sambil mengambil gambar buah durian aneh itu,” ujarnya sambil menunjukkan gambar pokok durian itu kepada penulis sewaktu ditemui baru-baru ini.

Mengenai ciri-ciri fizikal buah durian itu, katanya saiz buah itu adalah kira-kira sejengkal.

“Isinya pula berair dan manis… warnanya juga sama seperti buah durian biasa.

“Tetapi buah durian itu mengeluarkan bau yang agak berbeza dan pelik iaitu seperti bau kencing kura-kura,” tambahnya.

Nasita berkata ketika balik ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga baru-baru ini, dia sempat merakam gambar pokok durian aneh itu.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil buah durian itu berjumlah kira-kira 80 biji tetapi masih belum masak lagi.

Menurutnya, ramai orang datang untuk membeli buah itu tetapi neneknya hanya memberi sahaja kepada me-reka.

Nasita berkata bagi keluarganya pokok durian itu sudah tidak aneh lagi kerana ia sentiasa berbuah setiap tahun walaupun berbeza daripada pokok durian lain.

Dipetik dari The Borneo Post

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©