Nukilan " Pemuda Pilu "

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Terlebih dahulu , maafkan aku sekiranya meng"emel" kan sebuah kisah silamku ke dalam webpage www.pengerindu.com kerana aku bukanlah insan pandai , bijak dalam dunia cyber ini.

Dituju khas kepada “N
(yang sekarang berada di Petaling Jaya)

Sedang asyik memikirkan perubahan waktu , adakah aku masih lagi seperti dahulu dan begitu juga dia , adakah dia masih lagi mengenali aku . Sedang aku mencoretkan sebuah nukilan yang juga tak bererti sebuah karangan dan ianya hanyalah tulisan yang tanpa diwujubkan samada terus ke isi tersirat ataupun terus ke perenggang pertama , Tanganku menaip seperti telah diarahkan satu suara yang lahir dari jiwa sehingga ke minda dan akhirnya segala persoalan timbul di jari jemariku , aku tidak mengerti lagi dunia ini bahkan aku masih muda dan seperti kata orang tua - tua “penuhkan dadamu dengan sebanyak ilmu” , Aku bingung da aku juga resah, resah menanti saat ketibaan dia yang pernah aku cintai dahulu persis sebuah ikatan cinta yang Agung “Taj Mahal” .


5 tahun dahulu semuanya indah , ke sana ke mari mesti berdua jarang sekali berpisah andai masalah tiba , kami menyelesaikan bersama . Tapi tidak semua masalah boleh diselesaikan kami iaitu “Agama”.Akhirnya sampai satu peringkat kami telah bersepakat memutuskan sebuah ikatan cinta dan terasa berat untuk kami berpisah , cinta yang dilalui dengan pelbagai rintangan , ranjau dan duri akhirnya kami akur bahawa kami bakal terpisah kerana agama dan budaya yang berbeza , orang kata “ cinta itu buta , apa sahaja boleh jadi dengan cinta” tapi itu semua tipu dan dusta , cinta itu memang sesuatu yang indah jika disayangi dan cinta itu kejam jika didustai . Dan kami tahu bahawa kami bersama dan suatu hari nanti kami bakal berpisah jua , kami berpura – pura tidak akan mengingati bahkan menanti saat perpisahan tersebut tetapi akhirnya kami terpaksa akur juga kerana demi kepentingan agama masing – masing. Ya!, memang menyakitkan.

Aku dan dia tidak seagama , tidak payahlah aku menceritakan bahawa apa agama aku dan apa agamanya dan aku tidak mahu coretan aku kali akan menimbulkan “racist” akan jua menimbulkan pelbagai soal jawap antara agama lain yang juga tidak akan selesai sampai bila – bila . Adakah saya menyebut “racist” atau “perkauman” . Ini Malaysiaku , anda fikir Malaysia tidak bersifat perkauman? Usah menipu diri sendiri , jenguk sahaja ke youtube dan anda akan melihat beribu maki – makian adakah ini 1Malaysia anda, maafkan saya , saya hanya berkata yang benar itu reality anda tidak boleh melarikan diri daripada realiti hidup . Anda boleh berpura – pura menjerit 1Malaysia atau hidup “Ketuanan Melayu” jika slogan itu wujub maka tidak mustahil wujudlah “Ketuanan India” dan juga “Ketuanan Cina” aku memang benci permainan politik , aku tidak ingin Malaysia menjadi sebuah negara yang bakal kucar – kacir.

Dah kepada “dia” yang pernah bersama aku suatu ketika dahulu , aku harapkan semoga hidupnya berjaya dan berbahagia , dan pernah suatu ketika dahulu air matanya berlinangan memikirkan cinta yang bakal punah disaat kami beria – ia menyintai satu sama lain dengan erti kata lain ,kami membenih sebuah cinta dengan subur sedangkan kami tahu suatu hari nanti ia bakal musnah hanya kerana “AGAMA” .

“kepada anda diluar sana , apa makna cinta berlainan agama bagi anda?”

Nukilan Pemuda Pilu.



Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
"Emailkan" Artikel anda ke pengeRindu.com

did't understand my blog in Malay Language? just switch it on your language here.


Bookmark and Share


pengeRindu Fan Club

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes

3 comments:

Adelina_Guntor berkata...

" semina siti penanggul ba tua... kelimpah ti enda ulih idup begulai sama.. ketegal laban tua ti enda SeUgama... enda sama Bansa.."
bakanya meh ya bro...
ka enda kawen...salah ga ti bersekedudukan.
ka break...hati ga enda nyamai.
mayuh dah kes bakatok...
huhu...

Mr.J berkata...

hehe. minat aku lagu nyak.

Wilder berkata...

this is so sad...its hurt too :) but thats life...huhu~

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©