" kenapa ramai budak - budak main game kat sini " soal bapak budak tersebut.
" Dah nama cyber cafe " balas saya.
" Anak saya tak mahu balik dari cyber cafe awak ni, balik dari sekolah terus ke sini!" balas bapak budak itu dengan nada tinggi .
Semua pelanggan yang ada di Cyber Cafe melihat ke arah saya di mana berlaku adegan sedikit pertengkaran mulut.
" Saya akan report Cyber Cafe awak ni kerana membenarkan budak - budak main game" Balas bapa budak.
" Bro... relex bro , saya hanya menjalankan perkhimatan Internet dan game , kalau tanpa game pun dorang boleh download game client , install dan main terutama sekarang ramai minat game online seperti HighStreet5 " balas ku dengan sedikit geram.
" ah! alasan nak untung banyak, ni kalau budak -budak tengok benda tak senonoh macamana?" balasnya.
Alangkah ketinggalan zaman sangat Ibubapa sekarang (tidak semua hanya sebilangan) , semua pengusaha Pusat Internet telah menyediakan firewel dan juga filter untuk menyekat laman web lucah . Tetapi dalam banyak bapa budak tersebut ada juga sebilangan Ibubapa memahami kehendak anak mereka , ada yang menghantar sendiri anak - anak mereka ke cyber cafe tempatku bekerja dan membiarkan mereka mengolah mata pelajaran mereka , dan sekarang ramai sekolah rendah ada membelikan tugasan untuk mencari sesuatu yang diberi seperti contoh , senarai gambar menteri , senarai gambar bendera Negeri - negeri dibawah Malaysia dan ramai juga ibubapa berterima kasih kepada saya kerana membantu anak mereka mencari tugasan , sedikit sebanyak mendedahkan anak mereka dengan Internet dan cara bagaimana mengunakan "google" dan enjin pencarian.
" Saya akan report cyber cafe awak ini!" balas bapa budak itu.
" bro , u nak report? , di Seremban dua ada 5 Cyber Cafe , di blok saya saya 3 Cyber Cafe beroperasi , di sebelah blok ada 2 CC , kalau nak sangat marah kan Cyber Cafe , silakan report sahaja" ujarku dengan nada sedikit geram + marah.
Kerana nyamuk , kelabu dibakar.
Salah pengusaha Cyber Cafe ataupun saya Ibubapa ataupun anak? . Jika tidak mahu anak - anak mereka ke Cyber Cafe saya cadangkan Ibubapa yang berkenaan silalah beli sebuah Komputer untuk anak mereka , bukannya mahal bawah Rm500 pun ada sekarang . Saya memahami perasaan anak mereka kerana saya juga pernah menjadi seperti mereka . Dahulu bila saya mempelajari Komputer semasa darjah tiga saya tidak dibenarkan bermain game sekiranya tugasan saya belum siap iaitu menaip karangan 120 patah perkataan setelah siap barulah saya dibenarkan oleh Cikgu bermain sementara menunggu rakan - rakan habis tugasan dan ianya sistem pembelajaran yang boleh disesuaikan dimasa itu.
Dan waktu saya beroperasi tidak lah lewat iaitu daripada 10pagi sehingga 10malam . Di sini bukan hanya kanak - kanak , remaja malah golongan dewasa juga turut mengunakan Internet untuk mencari Tugasan dan Printing sebagainya dan saya tidak membenarkan Pelajar sekolah berpakaian seragam sekolah masuk dan saya menasihatkan sila balik kerumah tukar pakaian.
Dan rumusan saya "bapa budak" tersebut masih lagi ditankuk lama dan dia mungkin tidak mengenali Internet , Ibubapa yang mengenali Internet tidak akan berkata bergitu . Kepada Ibubapa diluar sana sila jangan pandang rendah kepada Pusat Internet , saya tahu tidak semua mampu membeli Komputer dan memasang Internet di rumah dan jika tanpa Cyber Cafe mungkin sebilangan "bapa budak" tersebut akan terpingga - pingga jika anaknya ingin menyiapkan tugasan yang diberi Cikgu.
Iklhas dan Sakit hati ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
6 comments:
Bersabarlah..dugaan semua. ramai ibubapa tidak faham.
fuyo!!!
lapa enda flying kick trus deh????
haha...
ada plak manusia gitew~~~
sabar je la JJ... ada sesetengah manusia ni cuma tau fikir diorang saje yg betul(terutamanya yg berkepala sengal)...
nasihat buat bapa budak tu... sepatutnya awak bersyukur sebab anak awak just melepak kat CC je daripada dia melepak kat tempat lain wat perkara tak senonoh... next time periksa dulu sebelum nak salahkan org lain... mesti ada sebabnya kenapa anak awak taknak balik rumah...
to Cik Kiah , yup mmg ramai ibubapa seperti itu.
to Chekgu_kumanG , flying kick. huhuhh. ok ok, tang ngagai nuan ku beri flying kiss. hhihi
to M.e.l.o.r.n.a , yup, bersabar adalah satu tindakan yg kira bagus, tapi tahap kesabaran seseorang berbeza dan mempunyai level tertentu.
*semoga nasihat awak sampai ke "bapa budak" tu.. itupun kalau dia tau internet. hihiih.
ha ha ha... pns baran kot tuh... i rileks jer serve internet ngan baby... i design pn dpn dier... abah dier serve n main gitar dpn anak... lain la dah sekarang... sendiri ingat la mau filter camner... jgnla jumut sgt... yg x bestnyer marah org melulu... adoi....
mamaaerish , itulah .. kalau semua sikap ibubapa memahami anak2 mungkin masalah macamtu tak timbul . apa salah belikan sebijik PC simple untuk anak2 kan. Rm300 -500 kan ada.
Catat Ulasan