Seram: berdepan dengan Hantu 12thn yang lepas"

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Alllllkisahhhh.........

Untuk menaikkan aroma ketakutan dan keseraman sila pasangkan lilin dan hidupkan ubat nyamuk baca di dalam bilik yang gelap dan pastikan sunyi , berikut adalah kisah benar yang buat pertama kali dalam hidup Mr J untuk dikongsikan bersama - sama . Kisahnya bergitu 12tahun yang lepas:

Pagi yang bergitu sejuk di satu kawasan perkampungan yang dinamakan Kampung Jeriah Abg Ramli bt7 sibu, Sarawak .
"b.b dani agi, udah pukul 5.30pagi diatu" kata mak aku dalam bahasa iban yang menyuruh aku bangun daripada tidur. (bb nama samaran aku ketika itu)

" ya" balasku.

Selepas bangun dari aku terus ke dapur dan membuka pili air dan terus membiarkan air mencurah - curah jatuh ke dalam baldi , disaat menanti air penuh aku sempat menjenguk ke luar dan melihat rumah jiranku .

"monnn! , dah bangun takkk!" jeritku kepada kawanku yang juga merupakan jiran terdekat aku.

Masa itu aku masih lagi kalau tidak silap dalam linkungan umur 10 - 12 tahun . Keadaan di kampung memang mengitu sejuk dan kekadang mengerunkan dengan diselangi bunyi - bunyian unggas di belakang rumah .

Selesai sahaja mandi aku terus berlari ke bilik dengan keadaan kesejukkan dan cepat - cepat menyiapkan diri aku dan setelah siap aku terus turun ke luar dengan membawa muatan beg sekolah yang dianggarkan sekitar berdekatan 2kg . Dalam samar - samar kegelapan pagi aku melihat lampu suruh menyuluh ke arah aku dan aku tahu itu pastinya Mon dan adiknya Don .

"Sejuknyee, ko dah siap tak kerja rumah cikgu suruh buat semalam" kataku kepada Mon

"belum lagi , kakak aku tak nak tolong buat semalam" balas Mon.

Kami pun berjalan dengan ditemani lampu suluh , berjalan sampai di pinggir jalan dan menunggu Van Sekolah Apai Lebis untuk menghantar kami ke Sekolah yang jaraknya lebih kurang 10KM . Sedang asyik bergurau kami terlihat satu kelibat perempuan dalam lingkungan jarak 50-80 meter di hadapan kami , adalah sesuatu yang pelik jika seorang perempuan bersendirian berjalan dan wajah tidak beberapa kelihatan dengan pakaian persis pakaian baju tidur perempuan ditambah pula dengan bunyi langkah yang kuat seperti sesuatu diheret di tanah.

"Mon , ko nampak tak wanita tu" kata Mon kepada aku.

"Nampak, ko tegurlah" jawapku

"bb, aku seramlah" balas adik Mon .

Dan waktu itu hanya kami bertiga sahaja di pinggir jalan , kami memberanikan diri menegur kelibat tersebut yang peliknya perempuan tersebut tidak berganjak dan hanya berdiri disitu .

"awak sapa , hantu ke manusia" jerit aku .

"emmmmmm emmmmm" bunyi suara daripada perempuan tersebut.

"pencurikah?" giliran Mon pula menegur dan adiknya Don hanya berdiam sahaja.

Kami seperti kehilangan akal pada masa itu , tidak tahu apa langkah yang hendak dibuat akhirnya..

"lariiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jeritku kepada Mon dan Don.

"waaaaaaaaa!!! antu antuuuu!!!!" jerit Mon dan Don juga.

Kami terus berlari balik ke rumah saya dan mengejutkan keluargaku yang masih diulit mimpi dan ku lihat wajah Mon dan adiknya Don pucat manakala pula aku masih lagi seperti biasa cuma nafas agak tersekat .

Pagi itu hanya aku seorang sahaja pergi ke sekolah dan dihantar oleh Ayahku menggunakan motosikal kapcai manakala Mon & Don tidak ke sekolah kerana masih trauma lagi. Aku sempat menanyakan kepada rakanku di sekolah .

"ada tak nampak perempuan semalam pagi limpas korang " soal aku

"tiada , kami macam biasa sahaja naik Van semalam" balas kawanku.

Dan sampai sekarang masih lagi misteri bagi aku , waktu itu tiada lampu jalan dan suasana kampung gelap dan sunyi.


Iklhas ,
Mr. J
www.pengerindu.com
"Emailkan" Artikel anda ke pengeRindu.com

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

bila aku baca entry ko kali ini, seram dan sejuk hehe. lawak pun ada. mesti masa tu MR J kecik lagi kan .

Adelina_Guntor berkata...

lapa enda paku d ujung pala ya dh??
alu bai plai..
bajik ah. hehe

Mr.J berkata...

Chekgu_kumanG , agik budak2 maia nyak, enti diatu huh kada enda lari bala antu kasak aku.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©