Kali ini entry aku bukan mengenai apa - apa , aku pun tak tahu nak letak tajuk apa , huh~ gantuk sangat harini , sekarang cc tempat aku bekerja dah ada orang baru masa bekerja pun dipanjangkan sehingga 1pagi dan dibuka setiap hari , tak seperti dahulu waktu bekerjaku hanya pada 12 jam sahaja sehari dari 10pagi hingga ke 10malam dan sekarang setelah ada pekerja baru maka waktu bekerjaku dipendekkan iaitu 10pagi sehingga 6petang setiap hari kecuali hari Sabtu aku akan bekerja dari 10pagi hingga 1pagi keesokan hari (14jam) mak aii. Tak ape , alah bisa tegal biasa (betulke peribahasaku tu) .
Pernahkan anda mengalami sindrom PURASY atau lebih dikenali sebagai sindrom pura - pura busy dikalangan para pekerja Malaysia? . Pernah anda lihat rakan sekerja anda berlari atau berjalan kesana kemari dengan membawa sekeping kertas dan sebatang pen nampak macam busy je padahal nak ke department lain untuk berborak ataupun mengumpat rakan sekerja lain walhal dikatakan pergi nak dapatkan signature atau hantar borang bla bla bla .
Yang ini pula mungkin sindrom ini ada terdapat dalam diri anda iaitu PURASYPANTER Sindrom pura - pura busy depan komputer . Sindrom ini kebanyakkan menyerang dan mudah berlaku dikalangan pekerja yang memiliki sedikit ataupun terlebih kepandaian dalam dunia Internet . Sekali imbas nampak muka memang serius seperti seseorang yang sedang menyelesaikan permasalah syarikat tetapi padahal tengah chatting ataupun melayari forum pada waktu bekerja .
*Mr J rasa yang tengah baca entry ini sekarang ada sindrom Purasypanter kot. : P
Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
6 comments:
erk , terkena pula aku. hahahah
Nasib baik aku bukan golongan pekerja miahahaha!
Anda akan jadi pekerja juga, lainlah kalau pekerja kebun etc, mesti tak kan kena.
Kalau jd cikgu mmg x dpt nak pura2 busy.. hehe... mmg sentiasa busy :)
ku enda ah. d nya kini bro???
haha
aku suba engka , maia training ,. hihihi. diatu udah pengawa meda internt belam
Catat Ulasan