1Malaysia , Hentikan Sifat "perkauman" .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mr J tertarik untuk menulis artikel mengenal sifat perkauman di Negara kita iaitu Malaysia . Anda ada berapa orang kawan berbangsa lain ? . Terus - terang Mr J bagitahu bahawa Malaysia masih lagi bersifat perkauman biarpun bukan dari segi luaran tetapi dalaman. Sepanjang pengalaman Mr J kerja CC dan akan berhenti hujung bulan ini , Mr J banyak melihat sifat - sifat perkauman masih lagi ada dalam diri individu tersebut .

Anda jangan terkejut bahawa sifat perkauman masih lagi menjiwai budak - budak sekolah rendah dan diantara 'statment" yang Mr J dengar sendiri di Cyber Cafe :

Abu: Ui ko join tak budak "keling" tu nanti main bola? .
Ah Meng: malaslah aku .
*keling merujuk kepada bahasa yang merendahkan kaum India , tetapi "keling" bermaksud pahlawan di Sarawak.

Itu satu bahasa yang biasa Mr J dengar dalam Cyber Cafe ini. Yang menghairankan adalah mereka bukan orang dewasa tetapi budak - budak sekolah rendah lagi , siapa yang perlu dipersalahkan ? Sekolah , Ibubapa atau pengaruh rakan sebaya? .

Ali: oiiiii Babi ko , ko jangan tembak aku . tu pergi selamat kan tebusan dulu! .
Venajran: apa babi - babi ? ko tak makan babi jangan cakap babi!

Sungguh kasar bahasa mereka , nasib baik budak - budak kecik kalau orang dewasa mesti tak akan sebut tetapi sebut dalam hati sahaja.

Tapi yang bestnya kat CC aku ini ada satu kumpulan budak - budak sekolah rendah dalam 5 ke 6 orang dan 2 orang adalah budak cina dan selebihnya adalah Melayu , yang bestnya 2 budak cina ini fasih berbahasa melayu dan bercampur gaul dengan budak - budak melayu tapi yang tak bestnyer selalu je kena buli kawan - kawan dorang tapi buli kejap je esok datang cc lagi masih bersama . hah, itu budak - budak.


http://www.tonyfernandesblog.com/media/users/antff64/kids.jpg


Mr J bangga sebagai rakyat Malaysia , biarpun tak ada salji turun bila perayaan Cristmas menjelma , anda semua tak bangga ke? kita ada kawan India , Cina dan Melayu . Mr J ada terlihat satu Iklan di kaca TV mengenai 1Malaysia di mana budak - budak melayu , cina dan India main kawin - kawin lepas tu Mak mereka cari dan malamnya mereka Masak dan makan bersama dan ada satu klip yang best bila time ayam kena sembelih tu . Anda ada tengok?

http://1.bp.blogspot.com/_QhNY1f1XuUY/SSAkbXiZSeI/AAAAAAAAAZ8/WrKgULmf8xE/s400/BangsaMalaysiaSmiles.jpg


Terus - terang Malaysia masih lagi ada sifat - sifat perkauman biarpun tak nampak dek mata tetapi dalaman siapa tahu. So , hentikan sifat sebegini , tengok dahulu Kad Pengenalan dan selagi anda warganegara Malaysia itu bermakna anda adalah Bangsa Malaysia.

Teringat kawan cina semasa Mr J masih budak dahulu Ah Kiong , dahulu panjat pokok sama - sama dan mandi sungai sama - sama . Dengar cerita dah jadi tokey "Mee kampua" kat Bintulu.

Gambar dibawah ini tiada kena mengena dengan Artikel diatas.


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?


Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©