Nora Danish Vs Fasha Sandha - Maafkan dia? Bukan sekarang (Kontroversi Artis)

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mungkin ramai yang sudah tahu antara peperangan yang melanda Nora Danish dan juga Fasha Sandha dan tidak kurang juga yang melabelkan Fasha Sandha sebagai perosak rumahtangga Nora .


PERANG antara pelakon Nora Danish dan pelakon kontroversi Fasha Sandha yang dikatakan menjadi punca utama penceraian pelakon comel itu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli bukan lagi rahsia.

Walaupun ketika sesi sidang media drama popular Spa Q yang kini bertukar judul kepada Spa Qistina dua artis jelita itu dilihat masih 'berperang dingin' namun, persoalannya bergandingan bersama dalam sebuah drama adakah perang mereka sudah tamat?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZlnDLceSJBNSDTY43bk_rMByxCwxyOct4CO65y74G37kbY9YK6zj3xEPSwjUe4KZXIGw_FEWCgsK77ekdRfmCqFTMp6c7IVgOACuJ6Iqepsjb-OG8vizCTldI9uvwGy2zwtVAQb-Fm6ca/s400/norad1.jpg
Bagaimanapun Nora memberitahu kemaafan itu haruslah berlaku tanpa dipaksa dan dia juga tidak mahu apa yang terjadi terhadap mereka berdua dimanipulasikan sesetengah pihak.

VS

http://gantang.files.wordpress.com/2009/08/fasha-sandha-640x960-90kb-media-14644-media-132304-1203356101.jpg


Sebelum ini walaupun diganding bersama dalam drama tersebut hanya Fasha yang menghadirkan diri pada sidang media itu sedangkan bayang Nora tidak kelihatan. Ia seolah-olah menggambarkan status hubungan mereka masih dingin lantaran enggan bersua muka antara satu sama lain.

Namun kenyataan Nora dalam satu temu bual minggu lalu membayangkan mungkin ada bibit damai antara mereka. Nora tanpa dipaksa membuat pengakuan sudi memaafkan Fasha ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin baru-baru ini.

"Saya memang nak maafkan dia tetapi ambil masa. Akhirnya hati saya lega terbuka hati untuk memberi kemaafan kepada dia tetapi bukan sekarang, saya perlu tunggu sampai masa yang sesuai," ujar Nora dalam nada perlahan. baca selanjutnya.

Masihkah anda ingat di Mana bila Fasha Sandha secara langsungnya meluahkan luahan hatinya di blog social networking myspace milik’nya dengan tajuk LUAHAN HATIKU . Jom Mr J ajak Pengunjung membaca Luahan Hati seorang Insan bernama Fasha Sandha:


Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangan saya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……

Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan prof razak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasik hempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akan ditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!….

Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb august saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk ‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawi kamikaze’. Alhamdulillah,masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni…..

Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan rizal ashram(jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni,biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!!….

JEJAI….

Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar2 saya bersama jejai di internet kebelakangan ini…saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya,Memang saya pernah berkawan rapat dengan rizal ashram(jejai). Saya mengenali jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan jejai ketika dia masih suami nora Danish…..

Saya dan jejai menjadi rapat sejak januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu. ….

Memang betul, jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan nora. Tetapi itu semua kisah lama,kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama…..

Saya faham,sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar.. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa2 hubungan dengan jejai lagi kerana terlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 march, jejai menghubungi saya dan merayu2 supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasir Gudang,Johor.. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya.Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya. ….

Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu,dia seorang lelaki yang baik ,selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai org berprasangka yang tidak elok ttg dirinya .,saya tetap berkawan dengan jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba utk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh,ditangan tuhan. ….

Tidak dinafikan,saya menjadi mangsa tuduhan,.sering dihina dan sering difitnah. Macam2 fitnah orang lemparkan pada saya tapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman2 rapat saya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku antara saya dan jejai. Mereka adalah saksi saya…..

Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai,kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini ,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End…..

….

QABIL AMBAK….

….

Saya mengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut.Ketika pertama kali pertemuan kami,jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu maria farida. Selepas majlis tersebut,kami menjadi kawan dan berhubung melalui sms. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di open house pada hari raya ke3 tahun lepas. Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam2 topik tentang kehidupan. Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan…..

….

KAHWIN….

….

Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.. ….

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya…..

Lamaran ke2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal)…..

Lamaran ke3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai…..

Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,..saya khuatir jika saya beritahu sekarang,perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan….

….

CINTA….

Cinta saya adalah pada kerjaya saya, ….

keluarga saya iaitu mama,daddy,farra sandha,fasyina sandha,Daniel,elisya sandha,mahsuri,dani raiyan,amirul….

Pengurus saya,Nik yasmin dan p.a saya iaitu Jane Thomas…..

Sahabat karib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu nana, kakak angkat saya,Maria Farida.adik angkat saya iaitu Natasha dan jimbit, juga Kawan baik saya saerah dan Hafiz…..

Tak lupa,….

Cinta saya pada Teman2 saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya.Semoga ketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. ….

Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu2 menghentam saya. Menabur fitnah. Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk),ianya membuktikan anda masih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis,saya tetap hargai…..

….

Thanks again,….

Nur Fasha Sandha….


*Fasha , Mr J tak hentam , Mr J minat sesangat dengan Fasha.. T_T , Kadang - kadang hidup sebagai orang biasa macam Mr J ini lebih bermakna daripada glamer , dengan siapa kita keluar orang pun tak kisah. Mr J


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja "Emailkan" sahaja kepada kami.

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

10 comments:

adeq berkata...

Kesian Nora Danish. hancur rumahtangga ni semua pasal minah gedik tu lah. kesian anak nora.

Tanpa Nama berkata...

tapikan Siapa lebih cantik? Nora atau fasha?.

Mr.J berkata...

adeq ,biaseler artis.

tanpanama, dua - dua sekali cantik.

b berkata...

bsr lg tu font "bloggers yg tidak jemu2 menghentam" hehe...
trasa lak kta bloggers ni but aku blum pnah pun buat post sal fasha..
n mr j, thx 4 d share.... =)

Mr.J berkata...

shalvinder edday , tak semua blogger, ha.. apa lagi post and hentam. hehehe..

eB ezrin berkata...

mmmmm... knapa i ada rs x percaya yer?.... musykil...

Mr.J berkata...

mamaaerish, kenapa xpercaya ? or u percaya kat sape?

eB ezrin berkata...

x caya kat fasha... ha ha ha... cam tipu jer.... (my personal opinion yer);P

MeL berkata...

ntah lah labu... nak kata bloggers yg menghentam dia... setakat ni rasa sy sbg seorang blogger yg aktif berkeliaran di sesawang internet nie tak pernahla pula nak hentam dia... huhu... tapi memang benar jg... majoriti perangai rakyat Malaysia ni suka mengkondem kan org... cakap ikut sedap je... tak percaya... cuba pegi berlegar2 kat ruang web seperti SKycrew yg byk memaparkan gosip2 yg panas lagi kaw.... dan rata2nya ayat2 para pekomen adalah sangat2 tidak bertamadun... apatah lagi kalau artis tu ada related dgn skandal seks... ermm memang teruklah bahasa yg digunakan... ikut sedap jew menaip... tulah kekadang bengang jg dgn golongan begini...

Mr.J berkata...

M.e.l.o.r.n.a , yup , jadi artis ini banyak benda nak jaga.. macam2 kalau nampak artis buang sampah pun boleh jadi isu sensasi. haha. Lebih baik jadi Blogger macamni.. ihihhiih.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©