Penggunaan Lemak Manusia untuk Bahan Komestik

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kejam dan tak terfikir dek akal , itulah yang difikirkan Mr J . Bayangkan Para penduduk ditangkap dan dibunuh semata - mata hanya kerana Nilai Wang , begitu kuasanya "wang" jika dibandingkan dengan satu kehidupan. Kejadian ini berlaku di Peru dimana sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.

*atau mungkinkah minyak wangi atau losyen yang kita pakai berhari - hari mengandungi sisa - sisa lemak manusia? eeeeee seramnyer..

Lemak manusia RM50,820 seliter

SEPASUKAN polis mengumpul bahan bukti di satu lokasi pembunuhan di sebuah ladang koko berdekatan Huanuco, Peru baru-baru ini.

LIMA, Peru - Seramai empat suspek ditahan di Peru berhubung sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah. 
Semua suspek ditahan di tengah Peru awal bulan ini manakala tujuh lagi anggota kumpulan itu termasuk dua warga Itali sedang diburu, kata Ketua Pendakwa Raya, Jorge Sans Quiroz kelmarin. 
"Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah," kata Quiroz.
Beliau menjelaskan, geng itu menyasarkan peladang dan Orang Asli di kawasan terpencil yang terpedaya dengan tawaran kerja sebelum mangsa dibunuh.

Pendedahan rangkaian penyeludupan itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan 60 kes kehilangan penduduk tempatan di Andes namun hubungan itu masih belum disahkan. 
Polis mula membuat penahanan berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Huanuco, Andes ke Lima baru-baru ini. 
Petunjuk mengenai rangkaian penyeludupan lemak manusia pertama kali muncul dua bulan lalu, kata Ketua Jabatan Jenayah, Jeneral Felix Burga. 
Ketua Jabatan Antipenculikan polis Peru, Kolonel Jorge Mejia menambah, seramai tiga suspek mengaku membunuh lima orang. 
Kata Mejia, pihak polis menerima maklumat mengenai penjualan lemak manusia empat bulan lalu tetapi detektif penyiasat hanya berjaya menembusi kumpulan itu pada Ogos. - Agensi
Dunia semakin kejam, dahulu lemak haiwan sekarang lemak manusia pula dijadikan bahan kosmetik , Mr J percaya Makmal yang dikatakan itu mungkin diangotai oleh sindiket - sindiket Mafia antarabangsa .

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©