"Slumber ya ya" Radhi OAG dikenakan Waran Tangkap.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Masihkah anda ingat lagu "Slumber" (destinasiku......uuuuu... destinasiku....) dan juga (kau umpama merparti putih... patah sayapnya diudara....) . Radhi OAG artis kelahiran Bumi Kenyalang telah dikenakan waran tangkap atas "bermain tali" .

Kalau tak silap Mr J , suatu ketika dulu heboh mengenai Isteri Radhi berkelakuan tidak senonoh ... kalau tak silap...

Perintah waran tangkap Radhi OAG


RADHI (gambar kecil) mendiami sebuah apartmen di D’Shire Villa, Kota Damansara, Petaling Jaya.


PETALING JAYA – Vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali seolah-olah bermain tarik tali dalam kes permohonan pengesahan lafaz cerai kedua yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam apabila dia sekali lagi enggan hadir pada prosiding itu.

Kedegilan Radhi, 32, itu menyebabkan Hakim Syarie, Ghazali Ahmad mengeluarkan perintah waran tangkap yang berkuat kuasa serta-merta semalam selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili plaintif, Shazlin Shariff, 31.

Waran tangkap tersebut merupakan waran kali ketiga yang dikeluarkan terhadap artis berkenaan sejak kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu disebut di mahkamah pada 25 November 2008.

Kali pertama waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi adalah pada 21 April lalu disusuli pada 24 Jun apabila sebelum itu Radhi telah beberapa kali dikenakan notis amaran atas alasan serupa.

Waran tangkap semalam akan diserahkan kepada Radhi melalui polis secepat mungkin. Radhi akan dibawa oleh polis ke mahkamah sebaik waran itu diserahkan kepadanya.

Terdahulu, Rubiah memohon mahkamah menggenakan waran tangkap terhadap Radhi selaku defendan kes itu kerana dia tidak hadir tanpa memberi sebab dan alasan yang kukuh.

Rubiah yang ditemui selepas prosiding memberitahu, Shazlin telah menghubungi suaminya dan memaklumkan mengenai perbicaraan pengesahan lafaz cerai tersebut.

ya kamek madah lok, kawin ngan owang sarawak ok agik.

Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja "Emailkan" sahaja kepada kami.

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

10 comments:

Cik Kiah berkata...

artisni kan. tak habis2 cerai , kawin cerai kawin. nasib baiklah Cik Kiah tak sempat jadi artis. ahak!

Techna berkata...

I think that the translate button on your blog is helpful! I don;t know BM): an interesting blog post (:

Vale berkata...

ishhh ishhhh.....cuba la selesaikan terus..takyah ler main tangkap2 sgala..buat malu jer...hu3...

Mr.J berkata...

Techna, thank 4 visiting . ya.. i hope it will help many visitor to able understand . hiihih. Thank to Google also .

Mr.J berkata...

valentine , artislah dikatakan. kalau orang biasa macam Mr J ni. huhuhu saperlah nak ambik kisah. huhu.

MamaKeepo berkata...

dah bosan tgk perangai artis Malaysia. Dorang ingat Kahwin tu hanya nak testing2 je. duit banyaklah kan.

Isteri kepada Suami berkata...

Heeee....agak2 korang..cam sape yg salah ek?hehehe

btw, thanx for dropped comments :D

Comment awk dh di reply di : http://triplesmiley.blogspot.com/2009/11/chibby-as-magician.html

Thank You :D

Regards,
Sofia

MsAnisSyahirah berkata...

huhuhu...salu je buat hal..macam main2 pulak..

Mr.J berkata...

MsAnisSyahirah , bila duit, nafus, populariti menguasai..

Cik Kiah berkata...

Apalagi si Ustad tu., dengan minah gedik yang kacau rumahtangga org. nama je ustad tapi perangai huh~ benci! ala ustad Rock tu dgn Waheeda.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©