Strangest Animals on Earth . ( Haiwan Pelik di Dunia)

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini kita pergi ke dalam dunia haiwan pelik - pelik yang wujud bersama kita di dunia . Kita mulakan dulu dengan spesis binatang pelik ini.

Chinese Giant Salamander:

Sepesis ini dikatakan sering menganggu sekumpulan Perenang - perenang Negara China hehehe dan pernah juga dikatakan spesis ini pernah membaham seekor Burung bangau yang tengah melepak kat Central Market. Dan selepas beberapa minit babak kejar mengejar antara para perenang dengan si Salamander ini , akhirnya Salamander ini mengaku kalah kerana tersangkut kat "salahspender" mamat kat gambar dibawah.

pengeRIndu



Angora Rabbit
:

Kejadian berlaku di Bandar Tasik Selatan di mana sepasang kekasih memberikan hadiah yang disangkakan seekor kucing tetapi akhirnya telah membawa kepada ke'fobiaan kepada pasangan tersebut kerana haiwan yang disangka kucingnya itu telah menghabiskan segala sayur - sayuran terutamanya sayur carot , haiwan tersebut telah berjaya disahkan identiti setelah ujian dengan membalingkan beberapa Ikan Kekek dan Ikan Gelama ke arah haiwan tersebut tetapi tidak disentuh dan akhirnya balingan yang terakhir berupa sayur carot berserta voucher penginapan 8 malan 10 hari di Zoo Melaka disambut dengan lompatan bergalah si Kucing tersebut dan Identiti dikenalpasti bahawa haiwan tersebut adalah Angora Rabbit .

RabitbukanKucing


Giant Coconut Crab:


Ketam Kelapa Gergasi ini berasal daripada "Guam and other Pacific islands" Mr J tak tahu sangat Guam kat mana , yang Mr J tahu spesis ketam ini dikatakan suka melepak tepi - tepi tong sampah seperti mana bukti dalam gambar tersebut , ada satu cerita mengatakan bahawa libasan Penyepitnya itu mampu membelahkan sebijik buah kelapa muda (dah macam cerita sea monster pula) . Ada pula sumber yang tidak tepat mengatakan bahawa Ketam ini pandai juga memanjat kelapa dan sebuah dongeng dari selatan barat bahawa cerita pertandingan memanjat kelapa yang bertajuk "Aku Tidak segagah Munyit itu" .

Katok


Cantor’s Giant Soft Shelled Turtle:

Apa ke benda nama panjang sangat , isk tak larat Mr J nak taip . Senang je , sebut je si labi - labi . Mr J tak fikir labi - labi ini pelik tetapi Mat Salleh yang kata labi - labi ini pelik , mungkin bahagian kepala dia yang dapat memanjang sehingga dapat mencapai agak - agak ikut saiz badan si labi - labi ini. Yang pelik bagi Mr J , Mat Salleh cakap labi ini Turtle isk pening Mr J berdebat dengan Mat Salleh dalam YM semalam sampai terseliuh jari jemari halus Mr J.

Katok


Star Nosed Mole
:

Binatang ini lagi memelikkan Mr J , tengok muka dia macam star fish pula , haiwan ini tiada kat Malaysia lagi kalau ada pun mesti dah kena lastik dengan budak - budak nakal kat Kampung Mr J , "hidung bintag" ini duduk dalam bawah tanah buat penempatan haram . Ini mengingatkan Mr J mengenai Mole People.


alien


It lives in Canada and the East Coast of the United States. It favors a high protein diet of clams, snails, small rodents, mollusks and worms. It’s not a very big creature – about the size of a hand. But its 22 nose tentacles are hard to miss. They help the mole find food.


Climbing Fish:

Ikan memanjat ? hehe, lebih senang dipanggil je ikan tembakul ataupun ikan belacak . Ini juga menjadi perdebatan hangat hingga menyebabkan YM Mr J dihujani dengan kata - kata "its so weird" , "alien fish" dan sebagainya , mungkin kepada yang jarang dan tidak pernah melihat mungkin akan berkata bergitu tetapi kalau duduk di kampung mungkin akan mengatakan sebaliknya.

alien

Mr J kalau bosan memancing tak dapat ikan , kekadang belacak inilah dijadikan mangsa pancing dan lepas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©