Dia "Player" tetapi dialah bakal menjadi Tunangku.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Andai anda berada di dalam situasi seperti cerita dibawah , bagaimanakah cara anda untuk menangani? .

Aku mula kenal Sham ketika di Kolej lagi. Dia memang popular; handsome, bijak dan seorang atlet yang disegani. Sham juga dari keluarga yang berada dan sudah biasa dengan kemewahan hidup seperti kereta dan pakaian berjenama.

Sememangnya aku tak sangka yang satu hari dia mengajak aku keluar. Aku ni biasa saja dari segi penampilan dan juga asal usul. Jadi bila dia ingin mengenali lebih rapat diriku, aku rasa terkejut, tapi tentulah seronok dan “flattered”.

Dan dari mula aku dapat rasakan yang aku dan Sham memang serasi. Bila dia luahkan rasa sayangnya pada aku, akulah perempuan yang paling gembira. Aku balas cinta Sham dengan memberikan segala kasih sayangku kepadanya.

Pada masa yang sama, aku mula terdengar cerita-cerita negatif tentang Sham. Ada yang memberitahu aku yang dia tak setia kepadaku. Kononnya di belakang aku, Sham selalu berfoya-foya bila keluar malam bersama rakan-rakannya. Tapi aku tak pernah ingin mempercayai cerita itu semua, dan aku tidak pernah “confront” Sham mengenainya.

Selepas kami grad, Sham mula bekerja dengan syarikat ayahnya. Aku pula menerima kerja sebagai pensyarah di sebuah Kolej swasta. Cinta kami semakin utuh dan lepas setahun kami meninggalkan Kolej, kami mengambil keputusan untuk bertunang.

Keluarga Sham pula memang melayan aku dengan baik. Walaupun aku dari keluarga sederhana, itu semua tak pernah menjadi isu. Dan untuk itu, aku sangat bersyukur.

Tapi kini aku merasa begitu tertekan kerana Sham sendiri. Cerita mengenainya yang suka berfoya-foya tak pernah pergi. Malah, semakin kerap aku diberitahu rakan-rakanku tentang perangainya yang masih belum berubah.

Aku tak henti menangis apabila mendengar cerita yang dia ada beberapa orang girlfriend lain di belakang aku. Mereka semua tahu status Sham, tapi mereka tak kisah. Sham pula memang suka dengan perhatian yang diberikan perempuan-perempuan itu semua. Dia hanya perlu memetik jari dan ramai lagi yang bersedia menjadi girlfriend sampingannya.

Sham memang pandai menggunakan personalitinya yang “charming” dan kelakar. Itulah juga yang membuat aku mula jatuh hati dengannya, tapi itulah juga “senjata” yang memakan diriku.

Aku pernah bersemuka dengan Sham dan bertanyakan tentang cerita-cerita itu semua. Dia tidak menafikan dan meminta aku faham yang dia masih lagi ingin “enjoy” hidup ini sebelum kami bernikah nanti. Gelaran “player” yang diberikan kepadanya pula membuat dia merasa bangga.

Tinggal 6 bulan lagi ke hari pernikahan kami, dan aku semakin buntu. Aku masih sayangkan dia, tapi aku tak pasti Sham akan berubah bila kami sudah pun bergelar suami dan isteri. Aku tak mahu kehilangannya, tapi aku takut dengan kemungkinan yang tidak menyebelahi diriku.

sumber gua.com.my



Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©