Sedar tak sedar dah nak masuk minggu kedua Mr J bekerja , hanya satu i rasa pelik iaitu bila waktu bekerja kita akan rasakan bahawa waktu itu bergerak sangat perlahan sekali dan tetapi bila waktu hujung minggu waktu itu dirasakan laju sangat rasa macam tak cukup cuti .
Tempat kerja Mr J yang baru kali lebih mencabar minda serta "ketensenan" dari segi mental , baru sahaj masuk kerja Mr J dah diberikan contoh - contoh kerja yang akan dilakukan dan satu lagi , iaitu ditempat kerja Mr J cuma saya seorang sahaja pekerja "opis" lelaki dan selebihnya adalah perempuan .
Nampaknya bila kerja dengan perempuan ingatkan senang tetapi lagilah memeningkan kepala yerlah wanitakan ada tempoh "period" dan masa itulah nak tanya pun salah tak tanya lagilah salah , untuk pengetahuan semua kesemua staff di tempat Mr J kerja adalah berbangsa Cina dan hanya Mr J sahaja "peserta" Tungal yang berbangsa Iban di dalam bahagian "opis" .
Satu lagi nak cerita , masa interview haritu Mr J di "wawancarakan" dalam 3 bahasa iaitu bahasa " English , Melayu dan juga bahasa Cina " kelebihannya Mr J dapat berbahasa Cina. Kalau nak tahu dimana Mr J kerja anda boleh cuba search "Sarawak Biscuit & food Manufacturer Sdn Bhd". Dan selepas 2 kali di "wawancara" akhirnya Mr J diterima bekerja tetapi bukan lagi pekerja tetap dan Mr J diberi masa selama 3 bulan untuk mengadaptasikan cara kerja disana , lagipun Mr J tak harapkan sangat kerja tu , dan dalam tempoh masa sama Mr J try cari kerja lain. SPA dan Jobmalaysia dan lama diisi tetapi belum lagi rezeki agaknya.
Sampai sekarang aku masih cuba untuk membiasakan diri dengan "Amoi - amoi" di dalam tempat kerjaku. ( serius memang segan kalau semua wanita dan anda seorang je lelaki )
Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengerindu.com/
http://jacky.pengerindu.com/ (Blog Bahasa Iban)
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

3 comments:
hehehe..rasa janggal ler klu sorang jer lelaki, yg len semua perempuan..
Mr Kamikaze , betul tu..
perempuan banyak mulut la...
Catat Ulasan