Kenangan di Ulu Bendul Negeri Sembilan

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
"Hangpa buatpa?" sapa Angah dalam loghat Kedah kepada aku . "Aperni , xkan dah habis paper kiter xbuat apa - apa Ngah" balasku sambil menyedut rokok dengan hajat tak ingin mengenang kembali kertas perperiksaan tadi . Dengan port di depan Kolej Negeri kami berkumpul memikirkan apa nak buat , "woi ging! kita pergi Ulu Bendul nak tak?" tertiba pertanya keluar dari mulut Gaga , seorang rakan sekolej kami yang berasal dari Sabah . "Boleh , ok juga " jawap Angah sambil memerhatikan Henry iaitu Teman Lelakinya yang berasal dari Sarawak .

"Tut.....tut.....tut...Hoi ging jadi tak petang ni nak pergi Ulu Bendul? Kalau jadi aku pergi Jumpa Pak Uda nak Kasi tau Hantar kita dengan van dia." Pangilan daripada Gaga . "Bulih bha kalo ko" balasku dengan Trademark Sabah. Baring sejenak sambil menghembuskan asap rokok , tak kan nak pergi Ulu Bendul macam ni je? kan best kalau bawa makanan boleh makan - makan tepi jeram . Tanpa berlengah aku pergi ke rumah Angah , kebetulan rumah kami tidak lah jauh sangat bak kata perpatah "dibaling batu boleh sampai" jarak rumah plak kira - kira 100 meter.

http://img687.imageshack.us/img687/8010/ulu1d.jpg
Dari kiri: Baby , Nana , Henry , Angah , Nida , Pojie
Duduk: Mr J, Gaga
Jurukamera : Philander

Mata - mata atau mak - mak masyarakat di sekitar kawasan Ixora Apartment selalu memerhatikan perlakuan kami , justeru itu kami mengelarkan golongan tersebut mata - mata dan mereka sentiasa bermesyuarat tingkap tiap - tiap petang . Peduli dengan karenah mata - mata aku terus ke rumah Angah .

" Angah!!! Angah!!!" jeritku dari luar pintu . "Kejap!" suara Angah dari dalam rumah. Menunggu Angah membuka pintu sambil memerhatikan keadaan sekeliling Ixora Apartment . "Ader ape ? Kan baru pukul 2 petang ni , kitakan nak bertolak pukul 5pm kan ". Soal Angah . "Ye lah , takkan nak pergi Ulu Bendul tak bawa makanan" Tanya aku balik sambil mencari - cari mancis rokokku. " Ok lah, yang tu ko tak payah risau aku dah bincang dengan Nida dan Baby" Jawap Angah sambil membetulkan Tudungnya. "Lerr awat hang tak habaq kat ceq awal -awal " balasku dalam loghat Kedah.

Jam menunjukkan pukul 4 petang , kami semua seramai 9 orang telah berkumpul di hadapan rumah Pak Uda , iaitu sebagai pemandu pelancong kami ke Ulu Bendul . "Nida , mana Nana?" tanya Phil kepada Nida. "Nana? bah kajap sa mesej dia bah" jawap Nida sambil mengeluarkan Telefon Bimbitnya. "ha..Tu dia , panjang umur ko" jerit Nida ke arah Nana. Setelah semua berkumpul kami pun bertolak . Perjalanan mengambil masa 45minit dari Seremban .

"Siapa bilang gadis Borneo tak menawan tak menarik hati ......la .. la" terkejut apabila Gaga menyanyikan lagu yang digubah sendiri . Kemungkinan besar setelah campur nisbah Gaga merindui Kampung halamannya di Sabah .

Permadangan Gunung - ganang yang bergitu menarik sekali dipandang dari arah luar tingkap Van . Sekali - sekala melihat monyet - monyet berkeliaran di tepi - tepi jalan sepanjang perjalanan ke Ulu Bendul. " Pak Uda lama lagi ke?" Tanya Pojie yang berdekatan dengan tempat duduk Pak Uda. "kejap lagi dalam 5 minit sampai" balas Pak Uda sambil mendengar lagu dari kumpulan Search . "Wah! ramai nya orang" bicaraku sendiri . Tarikan pelancong ke Ulu Bendul Negeri Sembilan memang tidak dinafikan. Keindahan alam flora dan fauna masih dijaga rapi di sini .

Pak Uda mencari tempat untuk meletakkan Van , "Ok , Semua turun kita port kat sine " kata Pak Uda . Apalagi semua bergegas turun sambil mengangkat barang - barang yang dibawa. "Pok , maoioh mai orang mandi saritu?" Tanya aku kepada Philander dalam bahasa Iban . "ba ia, bisi indu berbajik pepandai guntik ok" balas Philander sambil membetulkan cermin mata gelapnya. Kami pun berjalan ke arah yang agak terpencil sedikit ini kerana bahagian jeram - jeram untuk mandi manda telah dipenuhi pengujung . " Pak Uda , kat situ boleh tak mandi" Tanya Baby. "Boleh , kat situ sejuk airnya" Balas Pak Uda .

Tanpa berlengah lagi akulah insan pertama antara kami sembilan merasai kesejukan Air Jeram di kawasan Jeram Kak Lang Ulu Bendul . "Bussssspppp" bunyi air apabila terjunan Gaga ala Atlit Renang Malaysia . Yang perempuan pula sedang sibuk menyediakan makanan yang dibawa tadi. " Oii! Angah , Nida , Nana , baby jom lah mandi " Jerit Pojie . " Ok " jawap baby . Serentak dengan itu Angah telah mendahului kaum Hawa terjun ke sungai . Kami bermandi - manda , bergelak ketawa dan bergurau . Sedar tak sedar jam semakin mencemburui kami .


"Budak - budak jom balik , hari dah nak gelap ni " Teriak Pak Uda dari arah Van sambil membakar rokok . Kami pun keluarlah dari jeram Kak Lang dah menyiapkan diri untuk balik , kelihatan semua mengigil kesejukan . Yang perempuan pergi ke arah lain untuk bersalin pakaian manakala kami lelaki dengan selamber bersalin disitu juga tapi cover - cover sikit manatau tup tup keluar Video bogel dalam YouTube . "Sejuk tak ging" tanya Gaga kepada kami . "Uuuiina , Sejuk juga bah air ni , lama - lama bulih jadi ais batu sa" Jawap Henry dalam loghat Sabah .


Apabila semua telah bersiap , kami pun bergerak ke arah Van Pak Uda sambil bergurau senda . Kami akan merindui Ulu Bendul , nescaya siapa yang ke Ulu Bendul Negeri Sembilan pasti akan terkilan dengan keindahannya . Bagi Sahabat saya Nida , Angah , Nana , Baby , Philander , Henry ,Pojie . Walau dimana anda berada , tidak kira status anda sekarang Hubungilah saya jika ada masa . Kata akhir dari saya " Putus cinta lebih baik dari putus kawan" .


*Cerita di atas bukanlah rekaan semata - mata dan ianya adalah pengalaman dan kenangan bersama rakan semasa masih menuntut di Kolej.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©