Racun Sabun De' Putih - Senarai Produk Beracun yang anda perlu tahu.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ramai diantara wanita diluar sana yang masih tidak tahu atau masih lagi berbangga menggunakan sesuatu produk yang dianggap memang berkesan padahal produk tersebut adalah mengandung jutaan bahan kimia yang mampu memudaratkan si pemakai .

Tambahan lagi bila Jenama yang dibaca dan dilihat merupakan Jenama yang agak komersil serta mampu memikat para wanita untuk membeli tanpa was - was , dengan itu marilah kita sama membaca sebuah artikel daripada blog ondscene


Entry ini ialah mengenai serbuan penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan ke atas dua buah syarikat yang memasarkan produk yang disasarkan kepada wanita yang bercita-cita untuk menjadi putih, menawan dan cuba 'merubah' menjadi lebih 'cantik'.

Sebagai makluman kepada pembaca, entry ini saya tumpukan kepada usaha pendidikan dan kesedaran di kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan di bawah Akta racun 1952.


Panduan:

HYDROQUINONE

- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.

Kesan sampingan hydroquinone

- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.

- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

TRETINOIN

- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)

kesan sampingan tretinoin

- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.


Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya, diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, KKM, Mohd Hatta Ahmad.

Bukan sekali, tetapi dalam tempoh kira-kira 3 tahun, premis ini pernah diserbu dua kali sebelumnya.

Produk yang dipasarkan, memang mendapat sambutan, malah serbuan dan rampasan sebelum ini tidak mampu untuk menghentikan penjualan produk ini yang diubah sedikit kepada namanya setelah produk sebelumnya dirampas.

Rampasan sebelumnya setelah ujian makmal mengesahkan, produk ini mengandungi hidroquinone.

Dan kali ini, dua produk dirampas:

1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.

2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.
Dan dalam serbuan kedua di sebuah premis kilang di Bandar Pinggiran Subang, satu lagi produk kecantikan wanita dirampas.


W/bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, apa yang difikirkan langsung tidak mencermin nama itu sendiri.

Produk De'Putih sebenarnya adalah produk yang diimport terus dari Filipina sebagaimana juga tertera pada kotak pembungkusannya.


Syarikat di Bandar Pinggiran Subang ini hanyalah pengedar, dan kepada pengguna, menggambarkan seolah-olah syarikat terbabit yang membuat produk itu.

Mereka sebenarnya hanya menerima barangan dari kilang Goldwin Manufacturing Lab. Corp, Filipina, dan memasarkannya di sini.

Pada kotaknya, mendakwa sebagai 'mencerahkan dan mengatasi masalah kulit anda'.

De Putih Night Cream dikesan mengandungi tretinoin - yang mana tretinoin bukanlah untuk mencerahkan kulit, tetapi digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris) atas perskripsi doktor.

Kepada pengguna yang peka, banyak yang boleh dipertikaikan atau diberi perhatian apabila membaca label pada kotaknya.

Tertera logo halal (yang tidak diiktiraf), tetapi dikilangkan di Filipina. Apakah jaminan pengeluar logo halal swasta itu, yang ia juga melakukan pemeriksaan di kilang di Filipina itu?

Kandungannya juga ditulis mengandungi cetyl alcohol.

Terdapat ayat melucukan - ' Sila dapat nasihat pakar sebelum mengguna.' Jika kena nasihat pakar sebelum gunakannya, apa guna kita membelinya?. ..

- Sebenarnya, syarikat ini tiada kaitan langsung dengan Melayu, tetapi nama digunakan adalah berunsur kemelayuan.

- Nampaknya syarikat ini mengetahui akan bahaya hydroquinone, jadi dicetak bahawa produk ini tiada bahan itu. Malangnya, produk ini mengandungi tretinoin...

Dakwaan bahawa ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM juga, adalah palsu. Tiada sebarang rekod pada KKM, syarikat ini memohon kelulusan KKM.

++++++++++++ +++++++

Dua lagi produk ialah:

1- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin

2 - Di dalam Set Produk Shadira:
- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin
- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin


============

Kesan jangkapanjang penggunaan produk mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah wanita, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerahan selepas memakainya.

Dan nasihat juga dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

============

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) : 03-7883 8549 / 5551
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : 03-7841 3200/ 3215
atau emel pharmacy1@moh. gov.my

sekiranya memerlukan keterangan lanjut atau pengesahan mengenai produk berkaitan.

*******************************

Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASHhttp://wangtsunami.co.cc/
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]


21 comments:

Yati berkata...

hu, yeke.. pernah beli sabun ni la.

Kie-yu berkata...

nasib baik tak pernah guna
kalau tak memasal je muka cacat
mintak simpang~!

Mr.J berkata...

baru tadi nampak iklan de putih di TV 3 .

Capo Grande berkata...

nasib baik kita mmg hensem kan Mr. J?? xyah guna2 produk ni lagi..huhu

Mr.J berkata...

@Capo Grande .

betul tu.. baru tadi cermin sakti aku kasitau.. " ekaulah yg terhensem di Malaysia sekarang "

Hanys Najib berkata...

tQ for the info!
:D
naseb baek tak penah gn..
hoho..

Mr.J berkata...

@h A n Y S.

selalu pakai sabun yg ada wangi buah buahan tu.. murah.

Sweet Little Boo berkata...

kalau betul berbahaye, nape masih diiklankan di tv? dan produk nie sy tgok berlambak kat pasaran,, jual secara terbuka.. kalau betul tak diluluskan siarkan la dlm berita bg semua pengguna tahu,, saye pon pakai produk nie da lame gak,, baru skang tau berbahaye,, kulit dulu mmg okey,, skang ley nmpak cam tak berkesan da,, mmg ase nak tuka laen.. ade cadangan kew??

Tanpa Nama berkata...

alaa...kite gne produk niiii....kite slalu amalkan...xmau gne dh laaaa... :( jadi kite nk pkai produk ape lpas nii??????

Mr.J berkata...

@Anonymous .. pakai sabun cap ayam..

arjuna82 berkata...

aduhhh aku br jer beli night cream dia td...alhamdullilah sib baik x guna lg...terlintas la pulak nak bukak blog ni sblm guna,xpa la biar terbang rm15 drpd muka teruk...sesapa ada cadangan x produk ape yg bleh melicinkan muka bkn memutihkan..dlu aku guna cream nenas d'seri tp skang ni susah nak dpt lg..mmg berkesan sgt2 tp dh x jmpa..tlg yer kwn2 sesapa ada terjmpa produk ni bgtau la yer..thanx..

Mr.J berkata...

@arjuna82 . bro cuba dulu krim tu.. hehe. kalau ok pakai je.. kalau tak ok bro saman terus. hehehe. kaye2

Penguna De Putih berkata...

De Putih ini ada bahan Kimia! komen daripada penguna daripada forum lain.

hai ila...actually iena ni pengguna de putih..just terbukak web ni n terbaca topik ni so tergerak hati le nk mengomen..(byknye aku punye 'ter').hehehe
mmg la murah .tp iena nk nasihatkan klo tringin try tu better x yah la..iena da pkai de putih ni da setaun..xde kesan pape pon..muka x putih2 pn.ms mula2 pkai dlu muka jd pedih sgt2.lps tu mengelupas teruk gk la..tp nk cntik pnye psl,so go on je..pastu da lelame pkai mmg menjadi..muka jd lembut,jerawat pn da berkurang..tp yg x tahan tu rs pedih ms cuci muka..then skrg nmpk muka jd kusam...pastu ade tumbuh jerawat2 nasi..white head n blackhead x jugak ilang2..so da rs give up nk stay dgn produk ni lg..tgh berkira2 nk cuba produk lain..huhu....

hai sy linn...linn bwu je pkai de putih 3 ari lepas...skang kulit muke cam naik ruam...waaa....nk pegang muke pun da takut da...waaaa cray.gif npe jadi camni...aduyai....kulit mmg jenis xde masalah..cme gelap je sbb terkene sun burn bwu ni..tp skg da jd len plak...arghh..


http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=80146

AZWA ISHAK berkata...

sye penah guna. n mmg okla. tpbila da tau mcm ni sye trus berhenti. kne pikir kesan jangka panjang. skang ni sye tgh mencari produk yg sesuai dgn muka sye dan tiada kesan2 sampingan..

Mr.J berkata...

@AZWA ISHAK.

yup, bertindak sebelum terkena..

winnie berkata...

oh my god...bru taw hari ni yg byk produk guna bhn kimia yg mrbahaya..ada antarany yg sya sndri pnah gna..kta kna hati2 memilih produk kcantikan...

Mr.J berkata...

@winnie.

yang menjadi mangsa adalah Wanita kerana menjadi "cantik" adalah aset penting. jd berhati - hatilah bila membeli sesuatu produk kecantikkan.. rajinkan survey dan research dahulu..

erintzeone berkata...

@asny (asnida) guna la mary kay set....pm me....017-6187066..erintz

julie berkata...

julie

saya baru nak try guna, tapi bila terbaca berita ni, takut plak nak guna...heheheheeh

shidah berkata...

sram lah dgr mcm2 komen mgenai produk kcantikan ni...kita pun jadi tkut plak nk guna kn produk tmpatan kita sndiri..kalau ya xbgus npa ms d edarkn kt pasaran,..iklan2 pun mc go on lg..kalau blh siarkn scra mluas lah produk apa yg mgandungi racun2 spt tu...

shidah berkata...

kalau dah produk ni xbgus napa iklan2 mc go on lg dlm pasarn...sharusnya d ambil tindakan drastik..harapnya agar suma pgguna x jugak trpedaya..yelah,,mcm2 produk kt pasarn ni yg mnjnjikan benefit yg blebihn..indah kbar dr rupa..

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©