Keperluan yang mesti ada dalam sesebuah blog untuk meningkatkan Traffic atau pengujung.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ramai para blogger dilihat banyak mengunakan widget yang banyak dalam satu blog dan sekaligus ia mampu membuatkan loading page lambat justeru itu ia akan mengakibat sedikit sebanyak penurunan traffic bagi blog tersebut.

Tidak dinafikan juga , ada sesetengah blogger menghiaskan halaman blog mereka seumpama menghiasi halaman friendster ataupun myspace yang penuh dengan lagu dan " blink - blink " serta widget yang tidak sepatutnya untuk digunakan dalam blog.

Selain keperluan , widget yang sesuai juga mampu untuk menarik ramai pengujung untuk melayari blog tersebut dan harus diingati pengunaan widget yang meletakkan blog mempunyai background music haruslah dielakkan kerana kita berblogging adalah untuk membaca , menilai serta memahami sesuatu posting tersebut . ( lainlah kalau blog anda adalah blog music ).

Disini Mr J ingin kongsikan beberapa jenis widget serta fungsinya kepada anda , widget ini adalah merupakan satu kemestian kepada sesetengah blogger.
Adalah satu kemestian bagi setiap blogger memilikki akaun twitter sekarang , anda juga boleh meng'update' twitter anda kepada rakan anda dan jangan lupa sertakan link blog anda sekali kerana ini adalah satu teknik untuk menambahkan traffic anda .

Seperti Contoh : " hari ini merupakan hari yang bahagia bagiku serta ayam ternakanku ... http://www.pengeRindu.com " .

Dengan kemunculan Facebook telah menegelamkan banyak jaringan sosial seperti Myspace , friendster , tagged dan sebagainya . Sejak permulaan tahun 2009 facebook mula melanda remaja - remaja di Malaysia dan kini ramai yang telah memilikki akaun di facebook dan adalah baik sekiranya anda menbuat Fan Page untuk blog anda sendiri dan disini anda juga boleh meng"ping" secara manual post daripada blog anda dan anda juga mampu berinteraksi bersama peminat blog anda.

Fungsi Networkedblog anda lebih kurang dengan fungsi fan page tetapi kelebihan Networkblogs adalah anda hanya perlu register blog anda dan setiap posting terbaru akan muncul di wall Networkedblogs anda .



Related Post ini juga penting bagi sesebuah blog kerana mungkin kita tidak ingin pengujung hanya melawat satu post sahaja , justeru itu widget ini amat sesuai untuk semua blogger dan ia akan memaparkan posting - posting yang sesuai serta yang berkenaan dengan keyword atau tajuk posting yang terdahulu . Selain itu juga anda boleh mengunakan link within ( tetapi terhad kepada 5 tab related post sahaja ).

  • Recent Comments
Memaparkan Komen Terkini daripada sahabat blogger adalah salah satu teknik "back traffic" dimana jika anda atau rakan anda memberikan komen yang menarik serta menakjubkan maka komen anda akan menarik pengujung untuk membaca posting yang dikomen tadi. " back traffic " akan berlaku kepada pengkomen kerana komen yang menarik akan memberikan persepsi yang tinggi dan akan membuatkan pengujung untuk membuka profile beliau.


Feedburner ini umpama Posmen yang menghantar setiap entry baru kepada pelanggan yang melangan artikel daripada posting terbaru anda terus ke email , dan daripada itu akan akan mendapat bonus traffic lebihan sekirannya posting anda menarik maka kemungkinan kandungan entry anda akan diforwardkan kepada lebih ramai lagi pembaca. Adalah satu bous bagi anda sekiranya anda tahu untuk memanipulasikan feedburner ini untuk menarik ramai pelangan Feed anda .

Dengan meletakkan widget yang sangat kecil tetapi besar mafaatnya kepada anda adalah satu kemestian.


Kesemua diatas adalah sebahagian widget serta laman yang mampu untuk meningkatkan pengujung kepada blog anda dan Mr J tahu bahawa banyak lagi yang dapat meningkatkan traffic tidak hanya bergantung kepada widget sahaja , pengunaan gaya bahasa juga memainkan peranan yang penting. Mungkin pada masa akan datang Mr J akan bincangkan mengenai " Kesalahan yang selalu ada pada setiap Blogger " .

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©