" leptospirosis " Virus Wabak Kencing Tikus kini menular di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Wabak Bakteria Kencing tikus yang disyaki bermula di Projek Empangan Bakun di Sarawak tetapi sekarang dikatakan telah merebak ke tempat Mr J iaitu di Sibu Sarawak dan salah satu tempat bagi Mr J melepaskan gian untuk memancing telahpun dikawal dengan tidak membenarkan orang ramai untuk masuk samaada untuk aktiviti rekrasi ataupun "jogging" .


KUCHING, 30 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan pada Jumaat mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 46 tahun dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana disyaki menghidap leptospirosis namun tiada wabak penyakit berjangkit itu dikesan di kawasan Bakun.

Dr Chan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam negeri, berkata pesakit itu, dipercayai seorang warga China yang bekerja di tapak projek empangan hidro-elektrik Bakun, berada dalam keadaan tenat.

Berita itu cukup membuatkan ramai penduduk di sekitar perumahan Permai Sibu mula untuk membela kucing dan dikatakan sebilangan penduduk juga dapat menambahkan pendapatan sampingan dengan menjual sebahagian kucing mereka kepada orang ramai dan mereka percaya dengan kehadiran kucing di rumah mampu untuk mereka mencegah tikus daripada masuk ke halaman rumah dan sekaligus berupaya cuba untuk menghindari daripada terkena jangkitan wabak "Bakteria Kencing Tikus " atau bakteria leptospirosis.

http://www.spektrasolusindo.com/imgupl/4_tikus%202.jpg
gambar hiasan
Terdapat tiga kes positif, termasuk dua kematian di Lubuk Antu dan Bintulu daripada 36 kes kemasukan ke wad kerana disyaki leptospirosis bagi tahun ini, dengan lima kes negatif dan bakinya masih menunggu keputusan.

Empat belas daripada kes yang disyaki itu adalah dari Bintulu, diikuti Sibu (lapan), Miri (empat), Kuching dan Kapit (masing-masing tiga), Saratok dan Sarikei (masing-masing dua) serta Sri Aman dan Lubok Antu (masing-masing satu).
Tanpa disedari di kawasan Mr J dah lapan orang yang kena , jadi kepada anda diluar sana kurangkanlah aktiviti yang berkaitan dengan air atau rekrasi dan juga memancing.


Salam ceria ,
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©