Tony Eusoff @ Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ramai permintaan daripada Rakan Mr J untuk mengeluarkan sedikit sebanyak biodata mengenai Artis Daripada Sarawak ini iaitu Anthony Joseph ataupun nama glamer beliau adalah Tony Eusoff.

Terbukti ramai anak jati Bumi Kenyalang mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan seperti contoh Mr J juga ( hahhahaha.. Mr j pun nak interframe jugak ke? ).

Nama Penuh : Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman
Tempat Lahir : Sarawak
Bangsa : Bidayuh
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Iban , Bahasa Bidayuh, Bahasa Sarawak, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model, Penyanyi
Kemahiran : Berlakon, Mengacara, Model, Menyanyi


Beliau telah membintangi beberapa rancangan televisyen seperti Misi Yaya, Rosli Dhoby, Milik Siapakah Hati Ini, Mat Bunga, Anak Tumpang, Noktah Pilu, Amanat, 2X Aku Mencintaimu, Frontpage, 5 Jingga, Goda, Dari Mata Arisa, Abadi Sebuah Cinta, Anita,Natalie & Aminah, Ghost, Sadiq & Co, Now & Forever, Igauan Semalam, Simbiosis, Misadvantures of Tony Alvin, In The Groove, Astana Idaman 2, Nafsu & Berlian Club.


Selain dari itu beliau juga sering membuat persembahan di pentas teater seperti Mana Setangginya, Kam@Velvet at The Zouk Club, Concert Classic Contemporary, Samsung MD Ball, P Ramlee the Musical showcase, KLPAC Sponsor's Night, Rose Rose I Love You, Tunku the Musical, Bangsawan Naga Chini, Electronic City & Encore!

Selanjutnya anda boleh layari : Sinema Malaysia



Sebagai anak kelahiran Sarawak dan beragama Kristian, Tony turut menjelaskan suara hati kecilnya yang amat kecewa dengan pandangan dan sindiran orang ramai terhadap dirinya.

“Kepada orang Semenanjung, saya sebagai orang Sabah & Sarawak terasa hati kerana ada segelintir daripada anda yang mempertikaikan nama yang ada pada kami sedangkan di negeri kami ada banyak lagi nama yang mempunyai Bin dan Binti tapi mereka sendiri tidak beragama Islam,” ujar Tony kecewa.

Mengenai nama komersial yang dipakainya sekarang, Tony menjelaskan dari mana dia mendapat nama tersebut.

“Saya rapat dengan seorang produser bernama Hajjah Rohani Haji Rahmat, dari dialah saya mendapat nama pentas ini. Saya sudah menganggap dia sebagai ibu angkat saya dan dia pun menganggap saya macam anak sendiri.”

OhBulan.Com

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©