Lans Koperal Mohamed Ya'cob Pembunuh Along Spoon @ Sabi'ul Malik Shafiee dikekalkan Hukuman Gantung.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pada tahun diantara 1997 - 1999 Industri Hiburan tanahair disinari dengan kelahiran kumpulan Spoon yang diketuai oleh Along atau nama sebenar adalah Sabi'ul Malik Shafiee dimana lagu yang terhangat dan menjadi siulan remaja pada masa itu adalah lagu Rindu Serindunya .

Lirik lagu Rindu Serindunya telah menjadi satu tarikkan dan terus melekat pada hati ramai serta mat - mat gitar dan juga disetiap stesen radio juga memainkan lagu tersebut.

Masih segar lagi dalam ingatan Mr J , setiap lirik lagu yang bertajuk rindu - serindunya dapat dihafal dengan bagus dan begitu juga dengan kisah - kisah surat cinta serta cinta monyet Mr J banyak dikaitkan dengan judul lagu tersebut.

Setiap lirik lagu daripada kumpulan Spoon sungguh menyenangkan jiwa.. semoga Roh Along bersemadi dengan aman.

Tiba - tiba pada 25 Disember 1999 Stesen TV dan suratkhabar melaporkan kehilangan seorang artis iaitu Along Spoon dan menyebabkan semua peminat mulai tertanya - tanya dan akhirnya 6 Januari 2000 semuanya terjawap apabila pihak media melaporkan penemuan rangka manusia yang diikat didalam guni adalah milik penyanyi utama kumpulan spoon iaitu Along. Seluruh Negeri mula merasakan kesedihan dan kemarahan terutamanya kepada pembunuh Along.

Penangkapan seorang Polis berpangkat Lans Koperal iaitu si pembunuh Mohamed Yacob, pembunuhan adalah dikatakan berpunca daripada "cemburu". Dan semalam 2 November 2010 Pembunuh Along Spoon telah dikekalkan Hukuman Gantung sampai mati setimpal dengan perbuatannya.

Bergitulah sedikit sebanyak rentetan mengenai kisah sedih daripada kehilangan dan pembunuhan Penyanyi Kumpulan Spoon [Along].

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©