Mr J bertarung dengan Virus Coxsackie !

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Berikut dibawah adalah ringkasan cerita mengenai Mr J dan sedikit info mengenai Virus Coxsackie.

8/11/10 iaitu isnin selepas dua malam Mr J mengalami deman panas yang berlanjutan dan akhirnya timbul pula penyakit kedua iaitu di tapak tangan dan Kaki Mr J mulai mengeluarkan bintik merah atau ruam . Memang payah untuk melakukan kerja dan petang pada pukul 2 Mr J mengambil Medical Chit daripada Pihak Syarikat Mr J berkerja dan terus ke klinik Panel.

Selepas menjalani pemeriksaan , Mr J dikerjutkan dengan jawapan daripada doktor dengan mengatakan Mr J terkena jangkitan Virus Coxsackie yang pernah merangut beberapa mangsa dalam sekitar akhir tahun 2000. Tanpa berlengah lagi Doktor menasihati Mr J untuk pergi ke Hospital Besar untuk rawatan susulan.

Pukul 3:20pm , Mr J berjumpa dengan penolong pegawai perubatan dan menasihati Mr J untuk terus berjumpa dengan Ketua Pegawai Perubatan dan akhirnya setelah sampel dan ujian diambil Mr J dihadiahkan 6 hari cuti sakit dan diSAHkan terkena jangkitan Virus Coxsackie . Ikuti perkembangan lanjut di Sini.


Pengenalan

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki). Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari.


Bintik - bintik merah timbul di tapak kaki dan tangan Mr J.

Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Cara penyakit ini merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFMD.

Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Sah Mr J adalah seorang penyakit dan bakal menjadi pembawa kepada penyakit ini.


Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
� Hilang selera makan

Komplikasi
Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

� Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).

� Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian-Ujian
Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-
� Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam

� Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)

� Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

� Kesakitan pada mulut semakin teruk.

� Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Prognosis
Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan
Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

� Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

� Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.

� Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

� Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

� Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
� Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

� Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

� Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

� Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

� Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

� Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-
1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

sumber kesihatan .


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

7 comments:

ManjaIxora berkata...

kesian Mr J..

apa2 pun semoga cepat sembuh.. jgn lupa mkn ubat dan dengar nasihat doktor.. ok.. huhuhu

sya mansor berkata...

take care mr J. banyak2 kan berehat :)

Mr.J berkata...

@ManjaIxora.

Thnk manjax.

Mr.J berkata...

@nur.

hope so..

Mr.J berkata...

@sya mansor.

thnk sya.. mmg banyak berehat..6 hari cuti .. bosan sangat.

Mr. Asada berkata...

bagus info tok..
semoga cepat bait lah owh.. hehe ;P

Mr.J berkata...

@ASaDa RyutaRo.

ya AsaDa.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©