Orang Mancing dapat Ikan , Mr J mancing dapat Kondom . Pelik tapi benar.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kisah ini berlaku bulan Julai 2010 di Sibu .Kejadian berlaku di tebingan Sungai Rajang di port pelabuhan kapal pelancong di Sibu Sarawak.

Kisah ini bukanlah rekaan semata - mata dan ianya memang terjadi dan Mr J masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpa diri ini. Sabtu , untuk menikmati hari cuti atau hujung minggu , Mr J serta tiga lagi rakan telah membuat persiapan untuk memancing di tebingan Sungai Rajang Sibu.

Dalam lingkungan jam lapan malam kami pun mula memancing , tungu punya tunggu akhirnya kawan Mr J berjaya menarik lebih kurang 7 ekor ikan "ngut - ngut" atau dipanggil ikan belukang di Sarawak yang rupanya seperti Ikan Baung .

Tiba - tiba Joran Mr J seperti ada benda mengena , apalagi dengan keghairahan Mr J pun cepat - cepat memutarkan mesin joran . Dan cuba teka apa yang Mr J dapat ? sila tengok gambar dibawah:

Kondom bersaiz "agak-agak" telah menyangkut di mata kail Mr J.

Pelik tetapi benar - benar dan kejadian ini dikatakan 100 juta dalam 1 berlaku , ada yang cakap bertuah kalau dapat "benda" ini bila memancing tetapi memang peliklah , orang memancing dapat ikan kalau tersangkut pun dapat kayu , plastic , baju , seluar tetapi takkan Kondom .

Cuba bayangkan bagaimanakah perasaan anda apabila "berjaya" menaikkan Kondom semasa memancing , bukan main tergelak rakan - rakan Mr J serta kaki - kaki pancing disekitar tempat tu naik riuh bunyi tawa.

Apa - apapun itu bakal menjadi memori "terindah" bagi Mr J dan nasihat kepada si pemakai Kondom , sila jangan buang Kondom ke dalam Sungai mahupun laut kerana Plastik adalah bahan yang mengambil masa puluhan atau ratusan tahun untuk dicernakan.


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

15 comments:

Fathiha Zainal berkata...

Eiiiiiiiiiieuwwwwww~~~

Amir Izzat berkata...

wow! saiz agak-agak...hahaha..diorang lepas main buang dalam sunagi bgi ikan guna kot..haha..

pelik2 jak... hahah..kejadian 1 dalam sejuta nie..aduh2.. bwak balik x kondom tue? haha

Mr.J berkata...

@Fathiha Zainal.

wakkekekekek.. ewww ewww

Mr.J berkata...

@Amir Izzat.

Ikan pun takut nak pakai.. fuh~ takkan nak bawa balik umah.. aku ambik gunting terus cut mata kail tu dan balikkan balik.. heeghe

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

isk!!! gelilah....

Mr.J berkata...

@Keyrill Eduardo Willeyhem.

geli.ke....

Kik0 ♥ QiLaH berkata...

erk*

kondom pon ade saiz ke?
*siyes tataw huhu

Mr.J berkata...

@NuR 'aQiLaH.

siyer.. Mr J pun tak tau :P

Ryoki berkata...

hahahaha... giler lawak and sadis.... tragis pon da gak...

Entri Baru Kerjaya Pilihan | Kenapa Ada Yang Menentang?

::Budak Degil:: berkata...

haha..memang kelakar la..

Mr.J berkata...

@Ryoki.

mmg tragis!

Mr.J berkata...

@:~:Budak Degil :~:.

pecah perut ketawa.

floria berkata...

echakkkk!!! jaga d 3j!!

MalizaMah berkata...

mcm ni pun ada... haizzz......
merata-rata...
singgah usha entry usha iklan. sama2 tmbh tabung blog.
salam singgah.

Mr.J berkata...

@Alieza Dayasari. ada... tu Mr J.. heheheh

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©