Kisah Seram dan Tips bila tersempak dengan Pontianak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sedar tak sedar kita dah semakin dekat pada penghujung tahun 2010 dan pastinya pelbagai kisah menarik telah tersemat dalam diari memori diri kita . Tahun 2010 kita banyak dikejutkan dengan kisah yang menyayat hati mengenai kes pembunuhan kejam serta pembuangan bayi yang sangat ketara sekali.

Baiklah , Mr J bukannya nak "review" tahun 2010 kerana belum tiba masanya lagi dan mungkin dalam masa terdekat ini.

Kisah Seram adalah kisah yang paling dikatakan berjaya untuk meremangkan bulu roma sesetengah individu lebih - lebih lagi jenis yang penakut seperti Mr J. Mr J sendiri pernah mengalami kisah - kisah seram sendiri iaitu kisah bila menemui helaian rambut panjang di dalam bilik sewa di Seremban N. Sembilan.
Pagi keesokkanya..

Aku mengemas bilikku sekali lagi dan kali ini aku menjumpai beberapa helaian rambut yang panjang sekali lagi iaitu di sekitar belakang pintu bilik dan penjuru ruang tamu. Aku kembali tertanya - tanya dan mula berasa seram , siapakah empunya helaian rambut tersebut sedangkan rumah baru sahaja dikemas semalam.

Hari Ketiga.. selanjutnya .
Bukan itu sahaja pengalaman Mr J , semasa masih lagi menuntut dan menyewa di kawasan Flat di Serdang , Selangor Mr J pernah beberapa kali seperti ditekan oleh sesuatu lembaga sehingga beberapa kali sesak nafas.
Sedang asyik bebaring diluar tamu dengan dialaskan tikar dan batal Mr J pun terlelap tidak sampai 5minit terlelap saya merasakan ada mahluk yang menindih badan Mr J dan begitu berat sangat dan Mr J terus membuka mata dan cuba untuk menjerit tetapi tindakan untuk menjerit tersekat kerana Mr J langsung tidak dapat untuk mengeluarkan suara dan Mr J merasakan kaki seperti ditarik dan digerakkan ke kiri dan ke kanan dan pengerakkan tersebut bukan dibuat - buat oleh Mr J tetapi dilakukan oleh Mahluk tersebut. Selanjutnya

Pontianak ? saksikan Videonya disini.

Satu lagi pengalaman Mr J iaitu semasa berumur dalam 10tahun [ kalau tak silap ] .
Kami pun berjalan dengan ditemani lampu suluh , berjalan sampai di pinggir jalan dan menunggu Van Sekolah Apai Lebis untuk menghantar kami ke Sekolah yang jaraknya lebih kurang 10KM . Sedang asyik bergurau kami terlihat satu kelibat perempuan dalam lingkungan jarak 50-80 meter di hadapan kami , adalah sesuatu yang pelik jika seorang perempuan bersendirian berjalan dan wajah tidak beberapa kelihatan dengan pakaian persis pakaian baju tidur perempuan ditambah pula dengan bunyi langkah yang kuat seperti sesuatu diheret di tanah. selanjutnya.

Sejak dari kecil lagi ramai diantara kita sudah biasa dimomok dan disajikan pelbagai kisah - kisah hantu seperti Hantu tetek yang dikatakan menyembunyikan kanak - kanak yang leka bermain dicelah teteknya , Hantu Pontianak , Hantu Pocong , Hantu Penanggal serta banyak lagi jenis hantu .

Mr J ada beberapa Tips yang berguna sekiranya anda tersempak dengan Hantu Pontianak dan ternyata berhasil :

1. Jika anda mendengar bunyi ketawa di tengah - tengah hutan atau sungai balas balik dan katakan kepadanya dengan nada yang sopan seperti " janganlah ketawa , abang takut" atau "kalau yer pun nak takle abang - abang sini , janganlah bagi signal ketawa teknik dah lapuk".

2. Jika "dia" menonjolkan dirinya dalam jarak 50meter katakan kepadanya " tak segan ke cik adik, ni semua abang - abang , adik seorang je perempuan " hah nescaya dia akan hilang .

3. Kalau anda merasakan ada sesuatu seperti berterbangan di atas kepala anda dan diyakini adalah Pontianak , katakan kepadanya tanpa menoleh ke atas "ooo nak sekodeng abang buang air besar nyerr " masa tu anda terus berpura - pura seperti buang air besar , memang sah dia akan blah dari situ .

4. Bila anda berada di hutan tertiba mencium bau bauan yang wangi nescaya mesti ada sesuatu dan bila dalam keadaan seperti itu anda terus mengejek dengan mengatakan " eleh dah lah pakai minyak wangi tiruan , murah pula tu " dan nescaya bau tersebut akan hilang.

5. Dan yang terakhir sekali , kalau "pontianak" dekat sangat dengan anda atau boleh dikira sebelah anda (tips berguna untuk lelaki) cuba peluk dan raba badan dia sambil tu sediakan paku dalam poket , atau cuba cabul kehormatan Pontianak itu , nah! pasti pontianak akan lari dan menangis .

Bagaimana pula kisah seram anda? jom kongsi bersama Mr J .

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

4 comments:

suria lekatlekit berkata...

wah.. taknak baca tp[ terbaca.sorang2 ni

arif othman berkata...

haha..terbaik la tips tu

Mr.J berkata...

@THE LEKAT LEKIT STORY.

wah.. anda kena jugak baca..wajib

Mr.J berkata...

@arif othman.

hehe.. dah cuba ?

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©