Taman Jubli Bukit Aup Sibu, Sarawak adalah tidak selamat dikunjungi.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pemandangan di sana memang indah. Namun kurang mendapat penyelenggaraan dan agak terbiar. Banyak fasiliti yang rosak dan tidak selamat digunakan. Paip bocor, kolam kotor, pagar patah dan bermacam-macam lain. Tambahan ada pengunjung tak bertanggungjawab membuat kotor dengan membuang sampah merata-rata dan membuat vandalisma. Blogger My.Mustaffa .
Itu adalah kata pendapat yang Mr J lihat pada Blogger My.Mustaffa yang telah pergi ke Bukit Aup dan untuk mengamatkan ceritanya Mr J telah pergi melawat Bukit Aup yang dahulu dikatakan sebuah tempat peranginan yang sangat sesuai untuk keluarga serta kawan - kawan .

20/02/2011 , Ahad dalam lingkungan pada pukul 2pm Mr J bersama rakan - rakan pergi ke Taman Jubli Bukit Aup dan hasilnya anda akan lihat pada beberapa keping gambar yang Mr J rakamkan , yang penting gambar akan memberitahu segalanya.

Dibahagian Pintu masuk utama dimana letaknya gerai - gerai yang menjual makanan dan minuman seperti gerai teranpung , disitu anda dapat melihat berbagai jenis ikan yang dibiakkan dan anda boleh memberi makanan sambil makan kepada Ikan - ikan disitu .

Mr J meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak Bukit Aup , sehingga sesak nafas Mr J serta rakan - rakan bila menaikki anak tangga . Pelbagai - bagai pemandangan yang indah dan juga yang kurang indah dapat disaksikan semasa perjalanan disekitar Bukit Aup.

SUSPENSION BRIDGE - Gambar keadaan Jambatan Gantung yang sangat - sangat bahaya untuk digunakan. - 20/2/2011

Gambar diatas adalah dimana Mr J mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan di atas Jambatan Gantung yang merentangi sebuah Kolam Ikan Buatan dan keadaan Jambatan gantung sekarang adalah sangat - sangat teruk sekali dan tiada tindakan untuk memelihara sehingga menyebabkan sebilangan pokok tumbuh tinggi sehingga mengangu Jambatan Gantung , dikatakan Jambatan Gantung tersebut mahu runtuh tetapi Mr J dan rakan - rakan mengambil sedikit risiko dengan melaluinya. Cuba lihat gambar dibawah , iaitu Jambatan Gantung pada Zaman 90an anda boleh nilaikan .

aup7.jpg (21849 bytes)
SUSPENSION BRIDGE - Gambar Lama sekitar Tahun Sembilan Puluhan.

Selepas berjaya menyeberangi Jambatan Gantung yang membahaya itu , Mr J dan rakan - rakan selamat sampai ke seberang dan disitu nampak beberapa permandangan yang agak menarik untuk Mr J kongsikan . Lihat Gambar Dibawah :

Papan Tanda yang menarik iaitu "Sila Jaga Kebersihan" tertapi ada juga pengujung yang sengaja membuang sampah merata - rata sedangkan tong sampah disediakan sebelah sahaja daripada papan tanda itu.

Selepas itu Mr J serta rakan - rakan meneruskan lagi perjalanan dan melihat sebuah tempat yang dahulunya adalah gerai serta kedai minum serta makanan tetapi sekarang ia umpama sebuah gerai yang berhantu tanpa penghuni .. kalau malam Bukit Aup memang berhantu. Lihat Gambar dibawah:

Tersangat teruk , dimanakah Pihak Pengurusan Taman Jubli Bukit Aup? dahulu bila ingin ke Bukit Aup waktu malamlah keadaan paling happening serta romantik dan sekarang bila malam anda kemungkinan tidak mahu keatas puncak Bukit Aup kerana dipercayai berpuaka sekarang tambahan kawasan atas tiada lampu semuanya gelap gelita.

Dikawasan puncak Bukit Aup ada satu tempat yang disediakan untuk membuang niat ataupun upacara miring , disitu dipercayai penunggu ataupun penjaga Bukit Aup mampu memberikan kesenangan sekiranya Niat seseorang itu adalah baik tapi apa yang Mr J nampak adalah beberapa helai kertas nombor berselerak dikawasan Pondok Niat / Miring.


Mr J melihat keadaan Pondok Niat.

Keadaan Pondok Niat disitu adalah sangat mengelikan kerana anda akan melihat satu lubang yang disediakan [ lihat gambar Mr J melihat Pondok Niat ] dimana darah - darah haiwan yang dikorbankan disembahkan disitu dan keadaan amat berbau hanyir tidak mustahillah Bukit Aup menjadi Bukit yang berpuaka sekarang.



Apek Cina yang leka mengumbul duit siling di Bukit Aup.

Dibawah kawasan Pondok Niat , Mr J tertarik dengan seorang Apek yang dikatakan selalu mencari rezeki disitu , rezeki yang bagaimana?`ha.. setiap pengujung yang pergi ke tempat Pondok Niat akan melemparkan beberapa keping duit siling dengan tujuan supaya niat mereka termakbul dan dikatakan doa serta niat mereka dimakmulkan maka upacara pengorbanan haiwan seperti ayam , babi serta binatang lain akan dikorbankan dipondok Niat situ.

Rakan Mr J sedang memerhatikan salah satu kawasan lampu yang dirosakkan.

Kesemua lampu yang disediakan dikawasan atas bukit tidak berfungsi atau senang ceritalah tidak ada lampu. Vandelisme berleluasan akibat tiada penglibatan pengawal keselamatan disetiap penjuru kawasan Bukit Aup , kerana dikatakan Bukit Aup waktu malamnya akan berubah menjadi sebuah Bukit yang berpuaka.

Ramos dan Joni memerhatikan keadaan Kolam Air Pancut yang sangat kotor.

Kotor , itulah yang boleh diberikan kepada persekitaran Bukit Aup sekarang.

Kawasan yang dahulunya dimana artis - artis tempatan Sarawak selalu mengadakan konsert mini ataupun acara - acara sukaneka , camping dan sebagainya . Kawasan Community Building yang dahulunya bersih sejuk tetapi sekarang tiada apa yang ada disitu sehinggakan menjadi tempat para remaja serta pasangan melepaskan "rindu" masing - masing. Sila lihat perbandingan gambar sekarang dan dahulu dibawah .

A COMMUNITY BUILDING WITH A STAGE FOR PERFORMANCE. - Gambar diambil Mr J pada 20/2/2011.

aup9.jpg (17330 bytes)
A COMMUNITY BUILDING WITH A STAGE FOR PERFORMANCE - Gambar Lama sekitar Tahun Sembilan Puluhan.

Dikawasan tepi Puncak dimana berdekatan dengan Pondok Niat , Mr J terlihat pili paip air yang pecah dan tiada sesiapa yang membaikinya , didakwa oleh penduduk yang berdekatan mengatakan paip air disitu dikatakan sudah berbulan - bulan dibiarkan.


Sedang Mr J serta rakan - rakan turun ke lereng Bukit Aup hujung , Mr J terlihat satu pondok dan tak pasti apakah kegunaan Pondok tersebut kemungkinan adalah pondok untuk pengawal keselamatan. Apa yang pasti pelbagai tulisan yang dicontengkan disitu.

Mr J melihat apa yang berada didalam & contengan dinding adalah berbentuk tulisan Jampi .

Baiklah , kesimpulannya Taman Jubli Bukit Aup Sibu, Sarawak adalah tidak selamat untuk dikunjungi pada waktu malam kerana Bila waktu siangnya ia dipenuhi dengan berbagai - bagai aktiviti pemujaan dan maksiat dimana - mana setiap pondok hentian .

Keadaan pengurusan yang entah hilang kemana dan tiada satupun lampu yang berfungsi pada atas pucak bukit pada waktu malam. Sekiranya anda kesana pada waktu malam sila jangan bersendirian ataupun berduaan kerana dipercayai penunggu Bukit Aup telah murka dengan pelbagai aktiviti disitu.

Menurut cerita seorang penjaga tandas dikawasan lereng bukit , pernah seorang lelaki yang ingin berniat pada waktu malam sehingga waktu pagi lelaki tersebut dikatakan menjadi kurang siuman , punca asli tidak diketahui.

Semoga pihak Sibu Municipal Council membuka mata dengan posting Mr J kali ini. Kalau tidak silap , sesiapa yang ingin pergi ke Bukit Aup akan dikenakan beberapa bayaran seperti contoh.

Amphitheatre

  • RM30 per session

Barbecue Pit

  • RM20 per pit per session

Camping Site

  • RM30 per site per day

Open Hall

  • RM30 per session

  • the stage portion only

Kalau tak percaya cuba layari Laman Web Rasmi SMC di http://www.smc.gov.my/aupm.html

Sekarang itu semua tiada apa - apa lagi , Bukit Aup yang seperti Sebuah Bukit Mati , pengujung yang berkurangan . Rasanya cukup itu sahaja Mr J laporkan sekiranya anda tidak berpuashati anda bolehlah datang sendiri.


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

teruk nya..

Mr.J berkata...

@Anonymous.

Bila tak dijaga..

Kak Mahh berkata...

Kenapa terjadi sampai sebegini?

Mus berkata...

sedih dengan bumi kita.. terbiar..

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©