Peter John dari Dj CatsFm hingga ke pemusnah Dynasty Taib Mahmud KM Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Radio yang membincangkan isu mengenai kerasuahan Pemimpin Sarawak iaitu Taib . keberanian Peter John itu mempersoalkan serta membongkar satu persatu skandal rasuah besar Taib sehingga sekarang dilihat Taib semakin tergugat .

Anda tahu kenapa setiap negeri yang ingin ke Sarawak harus beratur berasingan di imgresen lapangan terbang? bila ke Sarawak anda diberikan satu kertas kecil yang mengatakan tidak boleh melebihi 3bulan di Sarawak ? .

Mr J rasa kali ini Pilihanraya Sarawak akan banyak kes , harapan Mr J semoga Peter John selamat di London dan selagi Taib memerintah Sarawak selagi itulah Peter John tidak boleh balik kerana Hanya orang Sarawak yang tahu bertapa bahayanya rangkaian Taib .

Dahulu Mr J telah berjanji bahawa Mr J tidak ingin melibatkan tentang Politik tetapi atas dasar kesedaran dan kemudaratan kehidupan kaum di Sarawak seperti kaum penan di mana hutan mereka habis dicerobohi oleh pembalak haram yang dilesenkan oleh Taib.

Mr J tak ingin berkata banyak kerana pengaruh Taib di sarawak sanggup membuat apa saja , silap hari bulan Mr J kena tangkap itulah Peter John sanggup berpangkalan di London semata - mata memberikan kebenaran kepada Rakyat Sarawak.


Minggat anak Nyakin - still unconscious four days after the attack.

Ayuh Badu agi kitai ngundi Taib , badu agi kitai merinsa , maio wakil BN ti megai kitai rakyatnya ukai wakil kitak sida ia semina wakil parti aja semina ngemenuh ke duit bala sida aja.
Anda boleh membaca dan melihat sendiri dimana Kroni - kroni Taib mengunakan Gengster dengan membawa letupan dengan harapan menakutkan penduduk rumah panjang mengenai Tanah mereka.



DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban hari ini membidas pihak berkuasa kerana didakwa mengenakan 'gangguan' ke atas keluarga dan perniagaannya di Kuching dan menuntut tindakan itu dihentikan serta-merta.

NONE“Serang saya jika awak mahu tetapi jangan ganggu keluarga saya,” kata Jaban dalam satu kenytaan akhbar hari ini.

Jaban, yang terkenal dengan nama panggilan di udaranya sebagai Papa Orang Utan adalah DJ radio pro demokrasi yang berpangkalan di Londo. Katanya, masalah keluarganya bermula awal Januari ini apabila identitinya dikenali ramai di Sarawak.

Buat permulaan, penyewaan restoran milik keluarganya yang telah menduduki sebuah bangunan sejak empat tahun lalu tiba-tiba ditamatkan.

Pemilik bangunan itu yang dikatakan penyokong BN pada Januari lalu memberi restorannya tempoh sebulan untuk mengosongkan perniagaan mereka.

Anak Jaban, kemudian menghubunginya memberitahu perniagaan rumah tumpangan yang dijalankan mereka juga menerima nasib yang sama.

Pemiliknya, seorang pengusaha balak Sarawak yang juga dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga membatalkan perjanjian sewaan bangunan tanpa sebarang alasan.

Jaban berkata keadaan bertambah buruk selepas akhbar di London, Evening Standard mendedahkan mereka yang bertugas di sebalik stesen radio itu.

Menurutnya, sejak itu pihak polis mula mengunjung ahli keluarganya di rumah mereka dan bertanyakan di mana beliau berada.

From Malaysiakini.com

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©