Senarai Pemimpin atau Ketua Negeri Sarawak - The History of Three White Rajah Sarawak .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tahukah anda, Negeri Sarawak mempunyai sejarah yang tersendiri yang juga masih belum diketahui . Oleh itu bagi menyambut 16th September yang merupakan hari pengabungan Sabah & Sarawak bagi membentuk sebuah Negara yang diberi Nama Malaysia. Kita mulakan dengan Senarai Pemimpin yang pernah berkhidmat dan mengubah corak pentadbiran Sarawak.

Untuk Info anda sekiranya ketiadaan James Brooke kemungkinan Sarawak adalah sebuah Negeri di dalam KeSultanan Brunei. Itu hanyalah ramalan dan bukan fakta.

Sir James Brooke pada tahun 1838 - 11 Jun 1868.

Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di India dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama.

Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.

Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, di mana dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei.

James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.

Brooke menjadi tumpuan selepas kntroversi mengenai dirinya timbul. Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini menghantui Brooke.



Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja Putih kedua Sarawak.


Charles Anthoni Johnson 3 Ogos 1868 - 17 Mei 1917.

Charles Anthoni Johnson (3 Jun 1829 - 17 Mei 1917), kemudiannya dikenali sebagai Charles Brooke memerintah Sarawak sebagai Raja Putih kedua dari 3 Ogos 1868 hingga dia meninggal dunia. Dia menggantikan pakciknya, James Brooke sebagai raja.

Charles Brooke dilahirkan di Somerset, England dan merupakan anak kepada Francis Charles dan Emma Frances Johnson (adik James Brooke).

Francis dan Emma mempunyai beberapa anak yang lain iaitu Kapten John Brooke Johnson-Brooke (lebih tua daripada Charles), Kapten William Frederic Johnson, Henry Stuart Johnson Brooke, Mary Anna, Harriet Helena, dan Emma (semuanya lebih muda daripada Charles).

Memandangkan James Brooke tidak mempunyai sebarang anak, dia melantik anak saudaranya sebagai raja. Pada tahun 1861, dia menamakan Kapten John Brooke Johnson-Brooke, anak adiknya yang paling tua sebagai penggantinya. Dua tahun kemudian semasa Kapten John berada di England, James menggugurkan dan menegah Kapten John daripada menjadi raja dan memasuki Sarawak disebabkan Kapten John mengkritiknya. Pada tahun 1865, James Brooke menamakan Charles sebagai penggantinya.

Charles kemudiannya menukarkan namanya menjadi Charles Brooke dan menjadi Residen Lundu pada tahun 1852. Pada 28 Oktober 1869 dia mengahwini Margaret Alice Lili de Windt.

Charles menyambung kembali segala macam perkara yang pakciknya usahakan seperti menghalang lanun, memansuhkan penghambaan dan melarang aktiviti pemburuan kepala oleh kaum-kaum di Sarawak. Selepas kematiannya kerajaan British telah membenarkan Sarawak membina parlimen dan laluan kereta api dan terjumpanya telaga minyak.

Charles Brooke digantikan oleh anaknya Charles Vyner Brooke selepas kematiannya.


Sir Charles Vyner deWindt Brooke Rajah Putih Ketiga dan Terakhir - 24 Mei 1917-1 Julai 1946


Sir Charles Vyner deWindt Brooke (30 September 1874 – 9 Mei 1963) ialah Raja Putih ketiga dan terakhir Sarawak.

Brooke menghabiskan masa mudanya didalam perkhidmatan awam Sarawak sebelum belayar ke England dan berjumpa dan seterusnya mengahwini Sylvia Brett anak kepada Lord Esher pada 21 Februari 1911 dan kemudiannya kembali ke Sarawak bersama-sama dengannya.

Selepas kematian Raja Putih kedua Sarawak, Charles Brooke, Brooke kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24 Mei 1917. Perkembangan Sarawak semasa pemerintahan awal Brooke menyaksikan Sarawak menjadi antara maju kerana pengeluaran getah dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke memodenkan institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awamnya.


Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada antara dasar tersebut seperti pengharaman mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25 Disember 1941. Brooke melarikan diri bersama-sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana dia berada di situ sehinggalah tamatnya peperangan.

Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946 dan kembali menjadi raja sehinggalah pada 1 Julai 1946 apabila Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Hal ini menyebabkan berakhirnya pemerintahan raja putih di Sarawak.

Itu sahaja yang dapat Mr J kongsikan dan sejarah tidak dapat diubah tetapi mungkin sejarah dapat dirahsiakan ?..


Sumber rujukkan : wikipedia.com , The Esoteric Curiosa , google search

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

hmmm bangsa penjajah juga kamu agungkan.

Tanpa Nama berkata...

cntik info...nasib la brooke dtg..klau x masih "mengayau" la kaum bumiputera Sarawak..

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©