Tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang melepaskan Tembakan ke atas Jurukamera BernamaTV3 Noramfaizul Mohd Nor

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tembakan yang membunuh jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan jurukamera TV3 dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU), lapor media Barat dan Afrika.

"Fakta sekarang agak kabur, saya bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan.

"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati bertindak melulu, " lapor New York Times yang memetik komander tentera pengaman AU Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang di sebalik kejadian Jumaat lalu itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan dijanjikan laporan penuh oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed sebaik sisatan selesai.

Pembangkang, keluarga allahyarham dan anggota NGO sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan mencukupi kepada kumpulan wartawan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan.

Wartawan terlibat memaklumkan mereka tidak dibekalkan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya di zon pertempuran.

Najib pula pada sidang akhbarnya semalam berkata, kini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV itu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan).

"Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tetapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya. Yahoo News.



Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©