Kehilangan dan kebangkitan Generasi Muda Sarawak serta komen mengenai Taib.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Lingkungan jam 8.30 pagi bertarikh 29 October 2011 Mr J menerima panggilan daripada
Radio Free Sarawak yang berpangkalan di luar negara mengenai sedikit isu - isu di sarawak seperti contoh peluang pekerjaan serta gaji yang amat rendah diberikan berbanding dengan negeri - negeri lain di Malaysia dan ini membuatkan ramai anak muda Sarawak semakin berani untuk menyuarakan pendapat mereka tidak kiralah samaada melalui medium alternatif seperti Internet dan juga pembabitan serta kebangkitan para bloggers Sarawak juga dilihat semakin berkembang dan semakin berani dalam penulisan mereka.

Siapakah Taib di kalangan Generasi Muda Sarawak ?

Tidak dinafikan perkembangan pembabitan masyarakat muda sarawak semakin positif dan ini terbukti dengan tinjauan Mr J sendiri iaitu hampir 9/10 respon anak muda Sarawak yang menetap Semenangjung dan juga di Sarawak akan memberikan jawapan yang "Negetif" apabila diminta menjawap soalan seperti diatas. Kita lihat screen shot tersebut.


Salah satu dimana responden tidak menyukai pemerintahan Taib sekarang kerana terlalu lama .

Adakah Sektor pekerjaan di Sarawak menjamin masa depan & gaji yang tinggi?

Dua gambar diatas adalah daripada responden yang berasal daripada Miri, Sarawak (Wanita). Komennya adalah " Selagi Taib masih menjadi ketua menteri , tidak akan menjamin masa depan & gaji yang tinggi , Dinasti Taib tidak dipercayai dan cukup pandai bersandiwara"

Dibawah ini adalah komen yang cukup menarik sekali dan ayat yang menarik adalah "Jikalau beliau menggunakan cara yang BERSIH , sampai beliau meninggal dunia pun orang akan sokong"


Mr J hanya risau bila tiba masanya nanti Masyarakat akan berpesta sekiranya pengunduran taib berlaku.

Jadi itu adalah sebahagian kaji selidik mengenai isu di Sarawak . Jadi sebagai anak jati Sarawak anda adalah penentu masa depan Sarawak itupun... kalau pengundian mengunakan cara yang bersih.

Kehilangan

Hampir kesemua generasi Muda Sarawak sudah kehilangan Kepercayaan terhadap Taib. Kalau dahulu media dikawal oleh Taib tetapi sekarang "The New Generation Voters" lebih bijak memilih dan tidak berdasarkan risalah basi Taib. Blog serta media alternatif menjadi pilihan .

Kenapa DAP di Sibu boleh menang ? sebab mereka berkempen melalui Facebook , Twiter iaitu satu medium massa untuk orang muda sekarang . SUPP? masih berkempen dalam kelompok , dengan membuka pentas dan menjerit sana sini. DAP silent killer untuk SUPP di Sarawak!.


Terbaru pihak SPR akan memperluaskan undian Pos? adakah anda setuju dengan perubahan oleh SPR?
IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). kosmo
Kita boleh lihat secara zahirnya kenapa generasi muda Sarawak sanggup berhirjah ke Kuala Lumpur sehingga ke Singapura mahupun keluar Negara. Ia dianggap seperti satu fenomena pelik jika dilihat daripada sumber Sarawak yang sangat Kaya seperti contoh : Sumber Petroleom , Balak dan pelancongan yang pesat jadi kenapa anak muda Sarawak memilih untuk keluar daripada Sarawak dan bermastautin di Semenangjung Malaysia seperti Johor dan lain - lain. Jawapannya senang sekali , ini kerana pemerintahan yang bersifat penkronian dan rasuah! dimanakah wang balak Sarawak? Poket siapa? .



Ayuh bangkitlah anak muda Sarawak sekarang kerana segalanya dah terletak pada tangan kita!




Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

8 comments:

Mohd Khairul berkata...

yar!!! agi hidup agi gelaban! ya ia nembiak sarawak dah makin berani! tumbangkan hantu taib.. nya ia tulah anak ia kenak Aids.

Sherren berkata...

@Mohd Khairul.

sikpa , sarawak banyak kokgo/tokek kei gubat .. ia kan kaya hahaha.

Robert Kwok berkata...

650 as a general clerk?!Crazy company! they should be shame for the lowest wages in Malaysia? Sarawak labour should take an action.

Nizamri berkata...

Penulisan yg cukup menarik , jarang ada org muda seperti mr j sekarang. i ur silent reader .

Mr.J berkata...

@Mohd Khairul. sebatang lidi mudah dipatahkan tapi kalau lidi jadi penyapu? menyapu dan kena sapu. :)

Mr.J berkata...

@Robert Kwok. from my experience . if u live at any part of Sarawak you will know . The waiter at kedai mamak can get 1K wages in month but in sarawak kopitiam wages is below 400.

Mr.J berkata...

@Nizamri. Thank for being my "silent reader" akhirnya i berjaya membuatkan u berkata. :P .

Tanpa Nama berkata...

Orang makan rasuah selalu mati lambat. cubalah pergi haji ke..

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©